Monday, March 12

KEKASIH ALLAH



Telah tercatat dalam lipatan sejarah,pada 1474 tahun yang lalu.di tanah hijaz yang penuh barakah,allah swt menentukan kelahiran seorang manusia yang membawa perubahan kepada seluruh alam perubahan yang mengajak manusia menyembah allah swt dan meninggalkan tabiat menyembah berhala-berhala.pokok,matahari,bulan,bintang dan sebagainya

Manusia yang dimaksudkan di sini tidak lain dan tidak bukan muhammad bin abdullah s.a.w selaku nabi dan rasul yang paling bongusu.Dengan kelahiran hamba allah ini.maka telah datanglah  pertolongan darinya iatu menyelamatkan manusia daripada kegelapan dan menuju kepada nur ilahi.Firmah allah swt bermaksud " Dan tidak kami utuskanmu melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Sebagai muslim lagi mukmin sudah menjadi sudah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk memanjangkan rasa syukur kepada allah swt yang telah mengutuskan persuruhnya dengan membawa petunjuk dan agama benar yang lantas disampaikan kepada umat sungguh[un dibenci oleh golongan musykirin.Namun begitu perlu dilontarkan beberapa persoalan kepada diri sendiri sebagai ruang utuk bermuhasabah.Sudah pasti soalan pertama yang ditanyakan ialah Adakah kita benar-benar mencintai rasullah saw dengan sebenar-benar kecintaan?jika jawapanya ialah ya "apakah buktinya?

Kumpulan nasyid hijjaz ada bermada" malunya rasanya mengatakan cinta kepada dia kekasih allah kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa

Di sini saya ingin menyenaraikan beberapa contoh tindakkan yang sewajarnya kita tonjolkan demi menambah rasa kasih dan rindu kepada bagnda saw.Pertama kali kita hendaklah megutamakan dan melebihkan baginda berbanding insan lain.Ini adalah kerana baginda ialah khatimul anbiya.oleh sebab itu  baginda lebih layak menerima penghormatan ini daripada mereka yang mengaku sebagai pengikutnya.Bukankah baginda ada bersabda yang bermaksud,"tidak sempurna keimanan kamu sehinggalah aku ini lebih dicantai olehnya berabading ibu bapanya,anak-anaknya dan seluruh manusia lain

Seterusnya adalah dengan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda..allah swt telah berfirman "sesugunya aku dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi oleh yang demikian wahai orang beriman berselawat kamu keatasnya dengan penghormatan yang sepenuhnya...

Untuk akhirnya saya meningatkan diri sendiri dan juga para pembaca yang budiman sebarnya kewajipan dan tindakkan yang telah disenaraikan tadi terletak di atas bahu seluaruh umat islam..

No comments:

Post a Comment