Monday, March 19

ISLAM AKAN DITERIMA DI BARAT.....




Masa hadapan adalah untuk islam dan petanda-petanda awal ke arah itu sudah mulai kelihatan pada hari ini.Sebagai contoh Lucy berringhton dalam majalah the times bertarikh 9 november 1993 yang membincangkan tajuk "the spread of the world creed " berkata semakin ramai rakyat terutama dari kalangan kaum wanita yang memeluk islam. Jumlah mereka dianggarkan seramai 10,000 orang hingga 20,000 orang. Dijangkakan dalam tempoh 20 tahun jumlah ini akan mengatasi masalah keseluruhan pendatang-pendatang asing muslim

Marc ramirez dari seattetimed dalam artikelnya yang diterbitkan pada 24 januari 1999 melaporkan "Di antara 6 juta penganut islam di amerika islam menjadi agama yang paling berkembang di amerika..

Justeru umat islam perlu menjalankan peranan masing-masing dalam usaha mendaulatkan kalimah islam.Kemenangan islam memerlukan perjuangan dan pengorbanan.Kedua-dua ini adalah ramuan asas yang perlu dilalui oleh setiap pencinta agama . Mereka akan berusaha ke arah ini akhirnya akan penuh alpa akan menderita. Inilah yang diisyaratkan oleh asyafie melalui syairnya

Singa yang tidak meningalkan tempat rehanya di rimba
tidak akan menemui makananya
Anak panah  yang tidak akan tinggalakan busurnya
tidak akan menepati sasaranya

Islam akan bersinar semula di muka bumi walaupun cuba dihalangnya oleh musuh-musuhnya . allah berkata di dalam surah as -saff ayat 8 ":mereka mahu memadamkan cahaya agama allah dengan mulut mereka .Allah tetap menyempurkan cahaya agamanya walaupun dibenci oleh orang kafir


4 comments: