Monday, July 30

Ludah sambil jilat....


Salam ....baru ini saya dikritik hebat  di laman sosial facebook apabila saya mengeluarkan pendapat tentang perjuangan islam di arena politik. agak-agaknya kalau saya tulis dalam blog...mungkin laporan polis juga akan dibuat ke atas saya

Tetapi secara periba la...saya bukan orang yang dah ludah tapi jilat balik..saya tetap dengan kenyataan saya yang politik dalam malaysia bukanlah membawa kebaikkan ke dalam agama islam tetapi lebih banyak membawa keburukkan...

Saya kadang-kadang merasa nak ketawa dan menitiskan air mata apabila ada sesetengah parti dalam arena poitik malaysia konon-kononya membawa mesej islam dan perjuangan islam..biar mati kerana islam..itula kononya mesej yang dibawa oleh parti itu

Tetapi yang seronoknya apabila ramai ahli yang mereka mati .....bertukar pula nak negara kebajikkan....

Wau !!!! panas...

itu soal politik sebenarnya saya bukanlah ahli politik dan tidak mahu terlibat dalam arena politik...

tetapi saya memberi pendapat mengikut perspektif pandangan saya...so terpulang la...kepada anda semua ..

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti amal Islami ke arah mencapai cita-cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah Taala sehingga ia mampu mengatasi ideologi ciptaan manusia. Penyertaan PAS dalam medan siasah (politik) adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah Taala di atas muka bumi ini. Manakala siasah PAS adalah siasah Islamiyyah yang mesti dikayakan dengan adab, akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah RasuliLlah S.A.W. Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan, maka pelanggaran terhadap prinsip-prinsip tersebut dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS.

Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik. Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami, PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah (pemikiran), syakhsiah (peribadi) dan ruhiyyah (spiritual) masyarakat. Justeru itu, kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerak kerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan. Tidak hanya menumpukan isu-isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerak kerja dan aktiviti amal Islami yang lain seperti pemantapan aqidah dan fikrah.

Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan. Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang mengabaikan solat berjamaah, menjauhkan diri dari majlis-majlis ilmu, tidak lagi melazimi usrah. Ucapannya pula tiada lagi hikmah, sebaliknya kasar dan keras. Tindakannya gelojoh, egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai. Gemar bertelingkah dan suka memfitnah. Melakukan dosa tanpa sedar ia berdepan murka dan kutukan Allah Taala. Sebagai contoh mudah, apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut, tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal. Sebaliknya berlumba-lumba menyalakan lagi isu yang sedia membara di dalam sidang media dan sebagainya.

Saban waktu dan ketika, fikiran aktivis-aktivis gerakan hanya disibukkan merancang "Bagaimana nak jatuhkan si fulan dan si fulan (saingan politiknya)", kerana ia tidak sama pendapat. Atau ada juga yang memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi, "Demi kebaikan jamaah...""Demi masa depan jamaah..." sebagai melindungi perkataan sebenar, "Demi kebaikan aku..." atau "Demi masa depan politik aku...". Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak. 

Hitungan seharian dalam dunia politik hari ini ialah bagaimana mahu menang! Bagaimana mahu dapat undi Melayu dan non-Malay! Tetapi malang, sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka, bagaimana hendak mempertahankan Islam dan memenangkan Islam. Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap deras tentang Islam, kerana nanti kita kurang popular dan non-Muslim menjauhi kita.

Sebagai anggota gerakan Islam, kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam. Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani seluruh umat tanpa mengira bangsa, justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia. Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam. Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sedang kita tidak berusaha untuk menjadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka. Bangga meriwayatkan kesederhanaan dua orang tokoh pemimpin kita, tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan. Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh, liar dan tidak cermat. Bangga dengan karisma dan kewibawaan 2 orang tokoh tok guru ini, sementara kita sendiri sering culas dan "nakal".

Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya. Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya. Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua, ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga-lagakan mereka! Berjuang biarlah dapat pahala, jangan berjuang untuk menambah dosa. Berjuang biarlah ramai sahabat, jangan berjuang meramaikan musuh. Berjuang biarlah tenang, jangan berjuang menambah serabut. Berjuang biarlah damai, jangan berjuang untuk bergaduh. Berjuanglah, jangan tidak berjuang.

Perkasakan amal tarbawi agar ia menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan. Tanpa amal tarbawi atau perlaksanaan amal tarbawi yang lemah serta tidak konsisten, ia nanti bakal mengundang 1001 masalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis. Besar kemungkinan segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemahnya perlaksanaan amal tarbawi. Fahamilah kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam. Bukan membina empayar individu, jauh sekali memburu kekayaan material. Lantaran itu, tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini. Jangan tukar PAS dari sebuah "gerakan Islam" kepada PAS hanya sebuah "parti politik".

Saya ingin mencabar parti yang mengatakan bahawa perjuangan islam yang dibawanya dikatakan betul dengan tunjukkan konsep islam dalam parti mana..bukan islam untuk lindung parti anda...tetapi islam untuk memartabatkan parti anda...

jangan ludah sambil anda jilat balik ketika orang tidak nampak...jangan menjadikan parti sahaja namanya islam

Laman sosial ke arah penghancuran agama



Kita berasa marah apabila soal agama kita dipermainkan di laman-laman sosial...namun sedarkah kita bahawa kita antara punca betapa mudahnya oleh golongan ultra kiasu menjatuhkan maruah agama kita ini...

Mana tidaknya hampir setiap hari kita paparkan cerita-cerita mengenai kehidupan seharian kita di laman-laman sosial..bahkan hal peribadi pun nak diceritakan di laman-laman sosial..

Kalau ditegur maka akan dijawab dengan begitu sinis " bukan semua masalah kita boleh kongsi dengan orang ..fb dan twitter tempat kita meluahkan apa yang tak boleh dikongsi dengan orang "..saya ingin bertanya adakah anda menapis rakan-rakan  yang menjadi rakan atau followers di laman-laman sosial itu...saya berani memberi jaminan dari 20 mungkin hanya 5 orang yang anda tapis...

Apabila mereka menjadi rakan  anda secara automatik apa yang tulis di fb dan twitter  anda boleh dibaca oleh mereka....bukan semua yang kita tulis ialah kelebihan kita..kebanyakkan yang kita tulis merupakan kelemahan kita...

Maka dari kelemahan itu mereka kumpulkan menjadikan satu bahan untuk menjatuhkan maruah agama islam
dan apabila berlaku perkara sebegitu..maka ramailah yang akan mewujudkan page ataupun group untuk menyedarkan kembali tentang kewujudan anasir-anasir yang menjatuhkan maruah agama islam...

Bukankah kita yang mengatakan....

"Mencegah itu lebih baik dari merawat"

Tetapi kita lebih banyakkan melakukan konsep merawat dari mencegah....saya  begitu serius dalam perkara sebegini..kerana saya cukup bimbang akan kemuradatan yang akan berlaku jika perkara sebegini terus berlaku...Tak de faedah kita meletakkan perkara-perkara peribadi dalam laman sosial ..bukan boleh selesai masalah ..malah burukkan lagi masalah....dengan komen-komen yang diberi secara melulu dan tidak berilmiah...siap mengumpat dan mengata orang lain...itu dah dikira sebagai perkara yang mengaibkan orang lain....

Saya pohon juga kepada si tukang - tukang komen ini...jangan komen ikut sedap mulut je..saya kadang terfikir apabila masuk dan join group -group perbincangan mengenai isu agama ini...kadang-kadang jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan kita tidak logik dan tidak bermunasabah...saya lebih suka akan rakan-rakan yang  " mentag" jawapan-jawapan yang telah dikeluarkan oleh ilmuan agama daripada menciptaa jawapan ikut kefahaman sendiri..ingat apa yang kita faham tidak sebenarnya betul ...apabila terdapat group-group yang membincangkan soal agama ini...banyak soalan-soalan yang ditanya saya lihat memang ditujukan untuk menjawab  kemusykilan dalam hati mereka... dan apabila jawapan yang diberikan agak bercanggah dan tidak tepat .maka saya bimbang si tukang tanya mengambil jawapan anda itu sebagai jawapan kepada soalan dia...YA !!!....memang kita kata mustahil...tetapi benda-benda mustahil yang banyak berlaku sekarang ini....

salam....






Sunday, July 29

Masihkah ada ramadhan...


Salam ahyatul ramadhan...

kadang-kandang saya penulis menjadi pelik dengan suasana kehidupan kita sekarang ini....

puasa tapi solatnya tidak..
puasa tapi datingya tetap ada...

Penulis lagi pelik dengan sesetengah masyarakat yang lebih mementingkan solat terawih dari solat fardu 5 waktu .Sedarkah kita bahawa solat terawih itu sunat.. di awal permulaan kita solat pun bilal dah melaungkan "asolat tu terawih syahri ramdhanna sunaatan lillah hitaala.." itu dah menunjukkan bahawa terawih itu sunat yang wajib ialah solat fardu 5 waktu itu.....

Tetapi ada juga...yang p solat terawih tapi solat maghribnya ditinggalkan ..isya penulis  rasa tak kut sebab kebanyakkan dari kita akan menunaikan solat isya secara berjemaah di masjid....

Ada satu jenis sahabat kita lagi yang p bazar ramadhan berpegang tangan dengan kekasih pujaan hati ingatkan rupanya baru kahwin secara batin,zahirnya belum..panggil abang dan sayang dah tapi kahwinya tidak lagi.....penulis ingin ingatkan bahawa apa yang haram pada bulan bukan ramadhan .dia menjadi lebih haram pada bulan ramadhan ..sebab bercampur dengan perkataan "haram jadah" yang dikeluarkan oleh mulut-mulut yang memerhati....itu tak ley kata apa dah memang tabiat dah...

Penulis ingin kembali ke persoalan di bulan ramadhan ini....penulis tidak rasa amalan membazir terlalu ketara pada bulan ramadhan ..maaf la kalau sidang pembaca agak kurang puas hati dengan pendapat penulis...tetapi bagi pendapat penulis apa salahnya membeli secara berlebihan kalau mereka mampu untuk makan dan berniat untuk sedekah...kita kena ingat apa yang kita lihat belum tentu itu realiti..ni tidak tengok orang kuar bawak banyak makanan dah cakap dah yang dia ingin membazir...pernakah kita ikut sampai umah dia..apa yang dia buat dengan makanan itu.....tetapi si pembeli janganlah sampai meninggalkan apa yang disuruh..itu di konteks lain pula tu...



Penulis juga amat pelik apabila sesetengah imamt tidak boleh menerima kehadiran para tahfiz untuk mengimamkan solat di bulan ramadhan...masyallah !!!..penulis amat kecewa dan pelik dengan suasa sebegini..tetapi penulis tidak katakan pada semua imam hanya sesetengah sahaja..dan ia berlaku di kawasan tempat tinggal penulis..sampai kan ada yang kata tahfiz baca al fatihah silap..untuk pengetahuan cerdik pandai sekalian ..bukan senang nak menjadi seorang tahfiz..apabila dah mula menghafal al quran tinggal terlupa satu patah huruf sudah dikira berdosa...sebab itu kerajaan arab saudi membayar gaji para tahfiz ini..dan ada sesetengah ulama mengatakan .bahawa mereka umpama payung di sebuah kawasan....so kalau betul dia salah pun pergi la tegur..jangan mengata membelakang..itu dah di kira lain itu......



Akhir kalam di bulan ramdhan ini ..marilah sama-sama kita meninggalakan apa yang dilarah oleh allah s.w.t dan kita kukuhkan apa yang disuruh oleh allah s.w.t....kalau ada yang masih belum memulakan pembacaan ayat suci al quran marilah sama-sama kita memulakanya dan bertekah untuk menghabiskan seberapa banyak yang kita mampu lakukan...kalau ada yang dah mula...hayatilah ..apa yang ada dalam kitab suci ketika anda membacanya kerana penulis yakin di dalamnya ada nur yang tak mampu kita miliki dalam dunia ni....habiskan lah juga bacaan anda  seberapa banyak yang mampu dalam bulan ramadhan ini.....


Salam amal makruf nahi mungkar...

akhir kalam....

TAKBIR !!!!!!!

ALLAH HU AKBAR...





Wednesday, July 25

Ye....arsenal menang.....


Assalamualaikum........

Kepada peminat -peminat arsenal penulis  ingin mengucapkan ribuan tahniah kerana kelab pillihan anda telah berjaya mencatat kemenangan kepada pasukan malaysia 2-1

Namun sebenarnya penulis lebih berbangga kerana pasukan pilihan anda berjaya menyebabkan anda tidak dapat meluangkan masa untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid yang berdekatan...

secara logik orang akan kata sunat kat mana pun boleh buat..namun sebenarnya yang penting kesatuan waktu solat terawih...apabila khatib melaungkan zikir di pertengahan setiap rakaat itu..berapa ramai yang menyahutnya..kalau dah sebelum ini pun kita kekurangan sahutan itu maka sewaktu perlawanan ini kuranglah lagi sahutan itu...

itu sebenarnya yang kita perlu ingatkan...

kita perlu sedar bahawa kafir laknatullah sentiasa ingin melihat umat islam jatuh walau sebaik mana pun kita dengan mereka


Saturday, July 21

30 hari dalam ramadhan...


Salam ahyatul ramadhan....

Bagi seluruh umat islam di seluruh dunia....

Di awal kalam ..penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang menghantar ucapan dalam bentuk sistem pesanan ringkas (sms) ..dan penulis ingin memohon maaf kerana tak dapat balas mesej-mesej anda kerana kalau penulis balas seorang maka kena balas pula...kalau balas semua maka habisla kredit penulis ...so.. atas sifat nak adil untuk semua tak yah balas 1 pun....penulis ingin memuji cara ucapan korang memang best la bro !! setiap orang lain caranya...tersenyum sendiri penulis membaca ucapan itu tadi...

Sembonyan telah pun ditiupkan pada hari sabtu 21/7/2012 maka bermulalah proses menahan diri dalam lapar dah dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan....

Maka bermula pada hari sabtu ini juga..maka penuhlah kedai-kedai mamak pada  waktu tengah hari.......ini amalan yang penulis pelik dan hairan... kenapa hanya pada bulan puasa sahaja mamak menurunkan  harga dengan begitu  mendadak..nasi putih+ ayam goreng + kuah kari +teh o ais hanya 4 ringgit..kalau bukan bulas puasa naik la seringgit....itu lah dikatakan sesetengah mamak ini islam hanya sekadar nama....perangai tetap macam c dan i...

Penulis juga berharap pada bulan yang baik ini tiada la pasangan isteri tanpa sijil dan akad membuat perjumpaan yang bertujuan untuk melepaskan nafsu di sekitar taman dan pasar raya ( shopping complex) ..puasa la kejap adik dia.....jangan la cemarkan bulan dan waktu yang baik ini.....ambil berkat di bulan ini....

Ya pun rindu...dengarlah lagu spoo itu puas-puas agar rindu itu membuak-membuak...


Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli

Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu

Siap bagi lirik lagi...baik tak penulis...

Tapi ingat !!!!!!

barang sesiapa yang menyimpan perasaan rindu kepada seseorang melebihi rindu kepada allah maka allah juga tidak akan merinduinya...so dah besar ada otak fikirlah la sendiri

Satu lagi jangan kita puasa saje tapi solatnya tetap tidak..itu bagaikan puasa yang sia-sia je la...punya la semangat berpuasa tp solatnya haram tak pernah pun..kadang-kadang punya nak cover takut orang kata dia malas solat....tersilap sebut kata dia cuti...orang itu pun pandang atas bawah atas bawah..maklumah batangnya ada cuti apa pula ini..ambil dari kitab mana pula dah ....

PUASA YANG BAIK DISELUMUTI DENGAN SOLAT YANG CEMERLANG...

PESANAN TERAKHIR......


SELALULAH KUNJUNGI BANGUNAN PADA BULAN YANG MULIA INI..TAPI PESAN PENULIS KALAU DAH SEDAR KITAA ITU ORANG YANG PALING RAJIN KE MASJID....KALAU NAMPAK PERUBAHAN KAT MASJID ITU..JANGANLAH P TANYA KAT ORANG LAIN...NAMPAK SANGAT KERAJINAN KITA....

TO ALL....AL RAMADHAN MUBARAKKAH..PENYUCI SEGALA JIWA...

TAKBIR !!!!!





Thursday, July 19

DI mana lagi kekuatan kesatuan umat islam......


Salam ukhwah fillah.....
salam perpaduan umat....

Tak kurang dari 2 hari lagi seluruh umat islam akan menyambut suatu bulan yang cukup mulia dikalangan bulan-bulan islam...

Bak kata lagu raihan..:

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh   dengan sempurna..

Namun dihati penulis sebenarnya tersimpan suatu perasaan yang bagi penulis amat penulis bimbangkan dan tidak mahu berlaku seperti apa yang penulis bayangkan.....

Kalau penulis tanyakan soalan ini kepada rakan sidang pembaca sekalian.....adakah ada jawapan yang akan terdetik di kalam dan hati ....

Di mana lagi kekuatan kesatuan islam ????

Jika sedetik masa dahulu ramai yang akan menjawab di masjid atau surau ..namun secara jujur dari lubuk hati nurani penulis ingin menolak dakwaan itu...bukan nak kata penulis ini hebat orangnya ...waallah hi sidang rakan pembaca sekalian lebih hebat ilmunya dari penulis..

namun sebenarnya penulis amat kecewa dengan perpecahan yang berlaku di kalangan umat islam di masa kini..sebenarnya perpecahan ini berlaku dalam keadaan yang sudah kritikal...

Bayangkan sudah berlaku dua imam dalam satu masjid ketika solat jemaah ...memang jika kita lihat ia ialah perkara biasa di masa kini..namun jika lihat dari perspektif berbeza...masjid merupakan tempat penyatuan umat pada zaman baginda rasullah s.a.w

so pada anda apakah fungsi masjid tidak dapat dikelkan seperti mana yang berlaku di zaman rasullah .s.a.w...

Ini kerana adanya sifat sebegini dalam diri setiap orang islam yang semakin menebal !!!!!

1)ego
2) bongkak
3) pentingkan diri sendiri
4)berlagak sombong...

Marilah dengan hati yang terbuka diriku menyeru kita bersatu semula..

Biar orang kata kita lemah
Biar orang kata kita penakut
tapi andai agama dipermainkan
bangsa di perkotak-katikkan...
maka kenalah musuh kita siapa lemah..
siapa penakut....

Andai kata israel laknatullah bisa menjatuhkan masjidil al aqsar,,,,
maka tidak mustahil.....rakan dan teman 
KALAU KITA BERSATU.....
MAKA KITA HANCURKAN PULA.....
NEGARA-NEGARA PEMUSNAH AGAMA ISLAM..

Takbir.....allah huakabar...









Wednesday, July 18

Usaha jihad pejuang fisabillah.....



Salam ukhwatun muslimin.....

Pada awal kalam, penulis ingin memuji semangat fisabillah yang telah semakin kuat dikalangan semua golongan lapisan masyarakat ..

Pantang mendengar laungan ...Takbir !!!! ..maka jawabnya allah hu akbar....

Tetapi yang meralatkan hati penulis semangat perjuangan fisabillah diserapkan dan ditafsirkan dengan cara yang silap oleh sesetengah daripada kita....

Bayangkan dengan tak ke mengena wujudnya imam mahdi??
dahulunya al maunah... !!!??
selepas ini tak tahu la apa lagi ?????

Yang musykil dalam hati penulis apabila golongan ini menggunakan nama allah untuk tujuan peribadi mereka

kalau kita fikirkan secara logik tidak apa pula yang sanggup pergi membuat rusuhan di kedutaan israel sewaktu pencerobohon israel pada palestin ..Namun ada pula yang sanggup meminta bantuan mereka apabila sesuatu ancaman dianggap berbahaya kepadanya sampai sanggup meminta bantuan diplomatik daripada mereka untuk kepentingan diri mereka sendiri

Malah yang mengecawakan penulis apabila semangat pejuang fisabillah yang exterm ini tidak mengenal lawan atau pemimpin sendiri...

Sampai ada yang sanggup melaungkan perkataan takbir  dan mengistihirkan jihad menentang pemerintah sendiri ..SANGGUP TIDUR DI ATAS JALAN SEMATA-MATA UNTUK MENGHALANG  PROSES PERLANTIKKAN SESEORANG PEMERINTAH..

Adakah itu yang dipanggil semangat islam....

kita bukanlah kecil lagi untuk disekolahkan ....
kita sudah jemu melalui jemu...
tetapi kadang-kadang kita perlu kembali kepada alam itu
meingati akan siapa kita dahlu...sebelum..kononya nak jadi perwira yang tak menentu....







Monday, July 16

Jatuhnya sehelai kain.......


Jika dilihat berdasarkan tajuk mestilah orang kata tajuk yang diberikan agak keteralulan namun yang ingin penulis sampaikan di sini adalah sebuah mesej yang hanya sekadar pandangan hati penulis...

PURDAH !!!!

Dalam erti kata lain niqab atau purdah sebenarnya ialah satu pakaian bagi wanita di  emeriah arab bersatu ( uae) ia bertujuan untuk mengelak dari habuk atau melindungi kecantikkan dari dicemari oleh kaum ajnabi ...

Namun di negara kita juga ada trend yang sama macam negara uae ini....tetapi sejauh mana ketahanan dan kekuatanya.....

Penulis ada mengenali seorang sahabat yang bernama f bukan nama sebenar dahulunya si gadis f memakai purdah tetapi atas alasan hendak mengenali bergaul dengan kaum ajnabi dan merasakan diri tidak layak dia membuka halangan kain di bahagian mukanya itu....

Bagi penulis  di malaysia perempuan yang memakai purdah dianggap muslimah sejati..namun sejauhkan kebenaran itu ????

Ingat iman seseorang bukan terletak di pakainya...tetapi dihatinya....jiwanya

so bagi pihak penulis merasakan bahawa kenyataan itu ternyata meleset sedikit walaupun tak banyak....tetapi kepada kaum hawa kalau nak pakai purdah !! anda boleh pakai tetapi kalau rasa tak tahan lama..tak payah pakai langsung dan kalau dah pakai itu selalu la cermin diri kerana anda sentiasa diperhati ...sebab akan mendatangkan kutukkan dan fitnah orang .....

Bak kata seorang sahabat...kalau kita sayang seseorang itu...jangan adakan benda yang boleh menjadi bahan untuk beliau melakukan fitnah dan kutukkan kepada seseorang...








Apabila addin dipermainkan


Salam....

Sedih rasa hati apabila melihat agama yang indah ini dipermainkan dengan begitu mudah ..kadang kala timbul masa marah yang meluak-luak  namun apa kan daya diri ini belum cukup layak untuk mengubah  segala permasalahan yang berlaku dalam dunia ini ..namun cukup la rasanya dengan menyimpan perasaan marah,benci dan sedih melihat segala permasalahan ini

Bayangkan mudah mulut mengaku diri sebagai imam mahdi.. semata-mata dengan niat untuk kebaikkan dan kelebihan kepada diri sendiri .Dengan mudahnya mengakalamkan diri sebagai rasul melayu semata-mata untuk kemegahan diri sendiri...

Betul walaupun niat anda semua untuk menjalankan amal maaruf nahi mungkar jangan sampai melanggar apa yang sepatutnya itu dah dikira salah konsep.....lain jadinya

Yang lebih menyedihkan ada dikalanga kita yang menyebarkan agama secara songsang..lain disebut dalam al  quran dan sunnah lain yang diajarnya...maka ramailah lagi yang tak jumpa jalan nak balik ke penciptanya.....sekali lagi niatnya baik..tapi caranya juga silap

Ada pula golongan yang pandai ilmu agama tetapi tidak mengamalkanya ..itul dikira kufur nikmat la kan..allah dah beri nikmat diorang tolak bulat-bulat ..sedangkan orang lain berebut-rebut mencarinya...

anak muda sekarang pula amik jalan tengah join je mana-mana kumpulan yang menjamin masuk syurga terus walaupun tanpa amalan yang dilakukan  .. ini kurang waras punya orang !!!!!.....hope come back to a straight road!!..



Saya juga merasa sedih dengan sesetengah golongan yang dipanggil "ustaz muda " ni ...mereka memanglah arif dalam hal ehwal ilmu agama walaupun masih banyak kekurangan tetapi yang tak sedapnya kedengaran suara-suara sumbang  yang mengatakan...gaya macam ustaz..tapi perangai macam s y.n... faham -faham je la...come on guys..jangan sampai orang hilang respect kepada orang beragama hanya kerana segelintir dari anda......

Salam dari si perantau sepi




Sunday, July 15

RENDAHNYA PANDANGAN MATA...


Salam ukhwah fillah fil ibadillah hi solihin...

Ketika kita seronok menjalani yang penuh keindahan dan ketengan ni..sedarkah kita yang kita telah meninggalkan sekolompok kumpulan jauh dibelakang kita...Mereka ini digelar " pelacur"...Jika dahulu golongan pelacur ini dikatogerikan sebagai golongan yang kurang bernasib baik dalam pelajaran dan berniat untuk mendapat rezeki yang banyak secara cepat

Namun kini secara jujurnya saya menolak tafsiran itu kerana golongan cerdik para mahasiswi yang kesempitan wang dan ingin hidup mewah melakukan kerjaya yang sama ...itu bukanlah pokok kepada isu yang ingin  saya bawakan di sini...

Persoalanya diketika kita sedang menanti-nanti saat daN hari untuk menjalani ibadah puasa ni..sedarkah kita  bahawa kita telah semakin lupa  dengan golongan ini..bagaimana cara untuk kita menyelamatkan saudara seagama kita yang sedang tersempit dalam situasi dunia serba liku?

APABILA MEREKA NAK KELUAR DUNIA MEREKA ???

masyarakat hina dan keji mereka

APABILA MEREKA NAK TAUBAT??

DIKATAKAN TAUBAT MEREKA TAK DITERIMA

DIKATAN MEREKA IALAH GOLONGAN NERAKA

wajarkah begitu tindakkan kita pada mereka ...
itukah islam yang kita fahami...
itukah ajaran islam pada kita

mana....
ikatan persaudaraan kita....

mana ....
ukhwah fillah kita

mana....
jiwa "hablum minal nas" kita

SIAPALAH DIRI HAMBA ALLAH YANG SERBA KEKURANGAN INI  UNTUK MENGAJAR SIDANG PEMBACA SEKALIAN...Tapi saya dengan rendah dirinya menyeru kepada sidang pembaca sekalian untuk bersama-sama membantu menyelamatkan kawan dan rakan-rakan kita di dalam rumah pelacuran di luar sana....supaya mereka sama-sama dapat kembali bersama kita memertabatkan agama yang suci ini...

TAKBIR !!!!!!!!!