Salam....
Sedih rasa hati apabila melihat agama yang indah ini dipermainkan dengan begitu mudah ..kadang kala timbul masa marah yang meluak-luak namun apa kan daya diri ini belum cukup layak untuk mengubah segala permasalahan yang berlaku dalam dunia ini ..namun cukup la rasanya dengan menyimpan perasaan marah,benci dan sedih melihat segala permasalahan ini
Bayangkan mudah mulut mengaku diri sebagai imam mahdi.. semata-mata dengan niat untuk kebaikkan dan kelebihan kepada diri sendiri .Dengan mudahnya mengakalamkan diri sebagai rasul melayu semata-mata untuk kemegahan diri sendiri...
Betul walaupun niat anda semua untuk menjalankan amal maaruf nahi mungkar jangan sampai melanggar apa yang sepatutnya itu dah dikira salah konsep.....lain jadinya
Yang lebih menyedihkan ada dikalanga kita yang menyebarkan agama secara songsang..lain disebut dalam al quran dan sunnah lain yang diajarnya...maka ramailah lagi yang tak jumpa jalan nak balik ke penciptanya.....sekali lagi niatnya baik..tapi caranya juga silap
Ada pula golongan yang pandai ilmu agama tetapi tidak mengamalkanya ..itul dikira kufur nikmat la kan..allah dah beri nikmat diorang tolak bulat-bulat ..sedangkan orang lain berebut-rebut mencarinya...
anak muda sekarang pula amik jalan tengah join je mana-mana kumpulan yang menjamin masuk syurga terus walaupun tanpa amalan yang dilakukan .. ini kurang waras punya orang !!!!!.....hope come back to a straight road!!..
Saya juga merasa sedih dengan sesetengah golongan yang dipanggil "ustaz muda " ni ...mereka memanglah arif dalam hal ehwal ilmu agama walaupun masih banyak kekurangan tetapi yang tak sedapnya kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan...gaya macam ustaz..tapi perangai macam s y.n... faham -faham je la...come on guys..jangan sampai orang hilang respect kepada orang beragama hanya kerana segelintir dari anda......
Salam dari si perantau sepi
No comments:
Post a Comment