Monday, August 6

Tak suka tapi tak cakap....


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.......

Saya ingin bertanya adakah budaya main mercun merupakan budaya orang islam.. ??????
Saya ingin bertanya adakah budaya main mercun  terdapat dalam ajaran islam ?????

Wahai sidang pembaca yang bijak pandai....
Wahai  para alim ulama..

Tolong penulis memberikan jawapan kepada yang semua-semua soalan yang mahu  penulis tujukan kepada orang-orang yang bodoh yang hanya islam sekadar nama ini....

Wahai kawan-kawan.....
Wahai sahabat-sahabat...
Wahai rakan-rakan
Wahai saing-saiang...

Adakah kamu benci akan kehadiran ramadhan..........

Wahai orang tua tak sedar diri ....
Wahai golongan muda yang merasa diri lambat lagi nak menemui ajal...

Adakah kamu rasa bulan ramadhan ini merupakan bebanan dari allah s.a.w kepada kita..

Apa lagi tinddakkan yang kamu nak buat untuk menghina agama kamu sendiri
Apa lagi tindakkan yang kamu nak buat untuk menghina bulan ramdhan....

Kamu munafik pada diri kamu sendiri...
Kamu tipu semua orang.....
Kamu mendustai allah s.a.w

Kamu rasa hebat ke ....eh !!!!!!....sedarlah !!!! 

Orang menyampah tengok kamu..
Orang meluat tengok kamu...

lillah hi talla...kamu tak hebat mana pun...allah s.a.w tiada tandinganya...

Tuan-tuan dan puan-puan....yang dirahmati sekalian....

Saya selaku penulis semakin meluat dengan telatah saudara seagama penulis sendiri

Di pagi hari di permulaan setiap hari di bulan ramadhan...rakan-rakan kita di pihak kaum hawa pergi mencari  rrezeki di dalam pakaian yang cukup cantik...


Di pagi hari rakan-rakan rakan-rakan kita memperbualkan benda yang sepatutnya di bualkan di bulan ramadhan di tempat yang tidak sepatutnya...


Cerita habis pasal luar dalam sebuah keluarga..cerita habis pasal apa yang dibuat di kehidupan semalam..malah yang lebih menyedihkan apabila yang sanggup menggunakan webcam didalam keadaan yang tidak menutup aurat...malah yang lelaki sanggup meminta teman wanitanya tidak berpakian di dalam beliau...

Di kehidupan pagi di setiap hari ramadhan juga ada pasangan -pasangan yang kuar berjoging dan bersenam atau menikmati keindahan kurnian allah ini.....tetapi mereka menyeksa zahir dan batin umat islam yang melihat perlakuan mereka...yang melihat pakaian mereka...tidak rasa kesian mereka kepada saudara sesama agama yang cukup menjaga pandagan matanya di bulan ramadhan...

Di waktu tengah hari ada rakan-rakan yang bersahur pula..malah yang lebih menyedihkan mereka bersahur di khalayak ramai..ada yang sanggup membeli di kedai orang bukan islam..yang selama ini mereka jijik untuk melangkah kaki ke premis itu..tetapi di bulan ramadhan mereka sanggup membuang perasaan itu semata-mata untuk memuaskan nafsu dan godaan syaitan ... Yang lebih malu tuan-tuan ada orang islam bertanya dengan soalan yang cukup hebat... hey you tak puasa ke ???? ..agak-agak jawapan apa yang kuar pada ketika itu..ramai yang hanya mampu tersenyum ..ada anak-anak yang baru nak belajar berpuasa bertanya kepada ibu bapa mereka ..ibu ,ayah !!! pak cik itu tak puasa tuhan tak marah ke ????...saya cadangkan jawapan ini diberi kepada anak-anak itu pak cik itu bukan setakat tuhan diri dia sendiri malu nak mengaku di akhirkat kelak !!! manusia bertoping iblis itu anak ...kita tunjukkan bahawa orang sebegini tidak rendah martabatnya dalam islam...




Di waktu petang tuan-tuan ...kita sibuk dengan bazar ramadhan..kadang-kadang pergi sendiri ,kadang-kadang pergi dengan kawan dan family...tetapi tuan-tuan adakah tuan pandang .di sekeliling tuan-tuan bagaimana pakaian para mujahidah islam yang merupakan martabatnya diangkat tinggi oleh allah s.w.t datang ke bazar ramadhan..ada yang tak tutup aurat..ada yang memikai pakaian yang tidak sepatutnya dipakai..bazar ramadhan merupakan ikon bulan ramadhan yang mana setiap insan yang berpuasa akan datang ke situ untuk membeli juadah berbuka  ..tetapi bayangkan kita datang ke situ bukan setakat nak beli juadah berbuka malah untuk mengurangkan lagi pahala puasa rakan-rakan kita yang datang dan terpaksa melihat akan gelagat kita..




Trend sekarang ini orang bukan islam pun dah berminat untuk hadir ke bazar ramadhan untuk membeli juadah ..jadi di sini akan menjadi konflik untuk membezakan antara seseorang islam itu islam atau tidak kerana pakaianya hampir sama..terjadi juga di bulan ramadhan ini trend wanita yang membaluti auratnya bukan menutup auaratnya...

Maka setelah seharian kita menahan perut dari lapar dan dahaga..kita berbuka ..dan pada malam itu juga kita sama-sama kita masjid untuk menunaikan solat sunat tarawwih...tetapi rakan-rakan bukan semua sanggup datang ke masjid untuk menunaikan solat sunat ni..

mereka membunyikan bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya ada bulan ramadhan ..mereka membazirkan duit mereka...mereka membahnyakan mereka....kita marah apabila umat bukan islam menghina agama kita tetapi adakah kita marah jika diri kita sendiri cuba untuk mencemarkan maruah agama kita....wajarkah tindakkan itu...kita marah rimau makan rusa..tapi bila kita makan rusa..senyap tanpa berita..yang tahu ketika bunyi sedawa sahaja..

kuatnya bunyi mercun ..kuatnya bunyi motor...itulah rungutan yang diungkapkan ketika saudara seagama kita lain sedang menunaikan solat tarawih...kita baling mercun di depan masjid...kita lumba motor di depan rumah allah...

fikirlah...
fikirlah...

kita dah besar..agama kita dah tak sekuat dahulu..sering dipermaikan..sering diperkotak-katikkan tetapi kita tak sedar hakikat itu.

Kita benci bulan ramadhan....
kerana kita anggap allah nak seksa kita..

Kita alukan kedatang syawal..
kerana kita anggap itu bulan mulia dalam islam

masyallah......

FIKIR-FIKIRKAN LAH...

KATA TAK FAHAM
BICARA TAK RETI...

WAALLAHUALAM...




Cuti tanpa tahu...


Salam....

Pada hari tanggal 8/6/2012 merupakan hari yang penting sepatutnya dirasai oleh semua manusia yang bergelar umat islam di seluruh dunia...

Kerana pada hari yang bergelar "nuzul al quran" merupakan satu sejarah diturunkan kitab yang paling suci di bumi kurnian allah ini..di dalamnya terdapatnya seribu satu penawar yang bisa menyelesaikan apa jua masalah yang terdapat dalam bumi kurnian allah ini..Nabi muhamaad 

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq

Namun di masa dan waktu ini masyarakat kurang mengambil tahu akan situasi ini...Yang kita lebih pentingkan ialah cuti sempena hari dan tarikh ini...

Yang lebih menyedihkan  ialah apabila kita bertanya pada generasi muda mengenai hari atau tarikh ini..mereka hanya tahu akan nama cuti yang diberikan ..tanpa mengetahui sejarah disebalik cuti itu..

Sedarlah dan buktikanlah....!!!!!

Bahawa cuti itu tidak berapa penting bagi kita yang penting ialah kita sama-sama membuktikan bahawa al quran merupakan kitab suci yang paling indahnya di bumi kurnian allah ini

Saturday, August 4

Selesai isu bukan menambah isu....




 Salam...

Baru-baru ini ada seorang teman seperjuangan menghubungi penulis menceritakan masalah air di negeri darul ehsan...sampaikan nak mandi pun kena catu air..

Penulis memuji usaha sesetengah pihak meletakkan isu air selangor di tahap yang cukup kritikal..Hampir setiap hari ada sahaja cerita mengenai air selangor ini di dada akhbar dan di media eletronik di laman sosial 
tetapi yang penulis kecewanya isu ini dipermainkan di peringkat dunia politik

Apabila isu sebegini masuk ke dunia politik sebenarnya  ia hanya akan nampak popular tapi jalan penyelesianya lamat untuk ditemui bukan tak dapat ditemui tapi lambat ditemui...

Tengoklah sekarang.isu ini dipermainkan dengan hebat di dunia politik...tetapi jalan penyelesianya langsung tak dapat ditemui..pihak a salah pihak b..pihak salahkan pihak b..tapi yang menderita rakyat..kononya-kononya kedua-dua parti membawa mesej membangun bersama rakayat..tetapi hanya indah khabar dari rupa..

Inilah permainan politik yang semakin hari semakin meninggalkan rakyat...

Beb kita saudara beb...apa cer...



Saudara dan saudari yang dirahmati allah sekalian...


Inilah perkataan yang sering digunakan oleh pengerusi majlis di mana -mana majlis ..tak kira la majlis agama atau sebarang majlis rasmi atau tidak rasmi




Betul ke kita semua ni saudara ????..apa buktinya...






Salah satu sifat seorang Muslim sejati yang paling istimewa adalah kecintaannya kepada teman-teman dan saudara-saudaranya seIslam.Sebuah cinta yang tidak tergantung oleh kepentingan-kepentingan duniawi atau motif-motif apa pun. Cinta ini merupakan cinta sejati seorang saudara, yang kesuciannya berasal daripada sinar tuntutan agama Islam.
Batas-batas yang menghubungan seorang Muslim dengan saudaranya melampaui batas ras, warna kulit atau bahasa adalah batas keimanan kepada Allah.
Justeru Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.” (a-Hujurat: 10)
Persaudaraan seiman merupakan ikatan paling kuat antara hati dan fikiran. Tidak menghairankan, persaudaraan yang unik ini melahirkan buah cinta yang benar-benar mulia, suci, mendalam dan abadi. Islam menyebutnya “Cinta demi / kerana Allah,” di mana seorang Muslim sejati menemukan manisnya iman.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Ada tiga hal yang barang siapa mencapainya akan menemukan manisnya iman: Jika Allah dan Nabi-Nyaa lebih dicintai dibandingkan yang lain; jika dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah; jika dia membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana kebenciannya dilemparkan ke dalam neraka.” (Muttafaq ‘alaih)
Banyak hadis yang menggambarkan kedudukan dua manusia yang saling mencintai kerana Allah dan menggambarkan posisi mulia di syurga yang telah Dia janjikan kepada mereka dan kehormatan luhur yang akan Dia limpahkan kepada mereka pada hari ketika umat manusia dibangkitkan menghadap Raja Sekalian Alam. Di antara hadis-hadis adalah hadis yang mengambarkan tujuh macam manusia yang akan mendapatkan perlindungan Allah pada Hari ketika tidak ada perlindungan melainkan perlindungan-Nya.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“… Pemimpin yang adil, pemuda yang menanjak dewasa dengan sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terpaut kepada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu kerana Dia dan berpisah kerana Dia. Orang yang telah dibujuk untuk melakukan perbuatan terlarang oleh wanita yang berkedudukan serta cantik tetapi diamengatakan ‘Aku takut kepada Allah’ orang yang memberi sedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekah oleh tangan kanannya dan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya, dan orang yang berzikir kepada Allah di keheningan malam hingga menitiskan air mata.” (Muttafaq “alaih)
“Dua orang yang saling mencintai satu dengan lainnya kerana Allah jelas termasuk di antara mereka yang akan dilindungi Allah dengan perlindunga-nNya dan akan di kurniakan rahmat dan kemurahan-Nya. Betapa merupakan sebuah kehormatan yang besar! Cukup terhormat bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Allah sehingga Tuhan akan menghormati mereka pada Hari Kebangkitan dan mengatakan: “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana Aku? Hari ini Aku akan melindungi mereka dalam perlindungan-Ku pada Hari ketika tidak ada perlindungan kecuali perlindungan-Ku.” (Riwayat Muslim)
Demikianlah kehormatan agung dan pahala besar yang akan dilimpahkan kepada mereka yang benar-benar saling mencintai semata-mata kerana Allah, pada Hari yang mempesona.
Mencintai kerana Allah, dan bukan kerana sesuatu yang lain dalam kehidupan ini yang dipenuhi dengan ketamakan, nafsu, kepentingan-kepentingan, memang sangat sulit dan tak seorang pun dapat meraihnya melainkan orang yang berhati suci, yang baginya dunia ini tidak ada ertinya dibandingkan dengan kenikmatan Allah.
Maka, tidak mengherankan bahawa Allah akan menganugerahi mereka suatu kedudukan dan berkah yang sepadan yang sepadan dengan posisi mereka di dunia ini, atas ikhtiar-ikhtiar yang telah mereka lakukan. Kita menemukan bukti mengenai hal ini dalam hadis yang diriwayatkan Mu’adz yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Allah berfirman: ”Mereka yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan memperoleh mimbar cahaya, dan Nabi serta para syuhada pun berharap mereka akan memperolehnya juga.”
Allah menganugerahi mereka yang saling mencintai semata-mata kerana Allah suatu kurnia yang bahkan lebih besar daripada status dan kurnia ini, yakni cinta-Nya yang sangat sukar diperoleh. Ini dibuktikan dengan hadis daripada Abu Hurairah di mana Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Seorang lelaki mengunjungi salah seorang saudaranya di kampung lain. Allah mengutus malaikat untuk menunggunya di jalan. Ketika orang itu datang terlambat, malaikat bertanya kepadanya; ’Ke manakah maksud kepergianmu?’ Dia menjawab: ’Saya pergi mengunjungi saudaraku yang tinggal di kampung ini.’ Malaikat berkata: ’Apakah engkau telah berbuat kebaikan kepadanya (sehingga kini engkau menuntut balasan)?’ Dia menjawab, ”Tidak. Tetapi saya mencintainya kerana Allah.’ Malaikat berkata kepadanya: ’Saya diutus Allah kepadamu, untuk memberitahukan bahawa Dia mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu demi Allah’.” (Riwayat Muslim)
Betapa agungnya cinta, yang mengangkat seorang manusia pada posisi yang dicintai dan diredai Allah. Ajaran Nabi s.a.w bahkan mengajarkan lebih jauh bahawa di antara orang yang saling mencintai kerana Allah adalah orang yang lebih besar cintanya kepada saudaranya.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tidak ada dua orang yang saling mencintai melainkan yang lebih baik adalah orang yang cintanya kepada saudaranya lebih besar.”
so dengan penarang itu .. saya rasa ..cukuplah menunjukkan kita semua ni bersaudara...bak kata orang lain ayah  dan ibu..

tetapi yang menjadi persoalanya sejauh mana kita boleh membuktikan kita ni bersaudara....

sedarlah wahai rakan-rakan bahawa ikatan persaudaraan seagama kita itu sudah tidak nampak secara zahir dan batin...

bayangkan nama sahaja kita ni bersaudara tetapi sejauh mana perwatakkan yang kita tunjukkan sebagai seoarang saudara..

kita bersalam tetapi pandang muka kearah lain
kita berpeluk tetapi bukan kerana satu kasih sayang sesama umat
kita sembanhnya satu saf..tetapi safnya kerana ada kekurangan di teman sebelah kita

sejauh kita cakna pada teman-teman saudara sesama islam di palestin  dan bumi-bumi islam

malah ada dikalang kita memberi sokongan kepada israel laknatullah..

saya rasa itu terlalu jauh untuk kita fikirkan...

tetapi fikirkanlah sejauh mana kita mengambil tahu hal-hal melibatkan saudara seagama kita...

sanggupkah kita bersatu dengan saudara sesama islam kita..demi memertabatkan maruah agama islam

mampukah kita membuang sikap untuk menjatuhkan  maruah saudara sesama islam  demi untuk mencapai kepentingan peribadi ...

 fikir-fikirkanlah...

TAKBIR........