Monday, October 29

Rintihan perjuangan


Bila nur melimpah di hati
manusia itu bangun ....
dari alam kegelapan 
ibarat mata yang bersinar

ya allah ..bukan senang jalan untuk memperjuangkan fitrah sebenar kehidupan di dunia ini..
aku tak kuat ya allah..
aku lemah  ya allah..

Sampai bila ya allah....
aku harus melihat perpecahan sesama saudara seislam aku....
ya allah...
sampai bila ya allah
aku nak melihat saudara seagama ku cuba nak menjatuhkan sesama sendiri
ya allah...
sampai bila ya allah..
aku harus melihat saudara seagamaku hanyut dalam fatamorgana dunia
aku dayus ya allah..
aku tak mampu nak melakukan apa-apa

Sidang pembaca sekalian

Di saat tuan-tuan seronok membaca entri-entri yang ditulis oleh penulis ...di saat penulis cuba untuk mempertegakkan apa yang penulis rasakan benar..risiko penulis terpaksa tangung amat besar....tetapi tuan-tuan buat la apa pun pada diri penulis cuma penulis memohon kepada pihak yang dengki sangat dengan penulis jangan serang ahli keluarga penulis..mereka tidak bersalah langsung dalam perjuangan penulis..penulis yang bersalah biarlah penulis yang menangung segalanya...

Saturday, October 20

Demam final lagi malaysia



Salam ukhwah fillah fil ibadillah....

Malam ni tanggal 20/10/2012 merupakan hari penentuan bagi peminat the red warrior dan harimau hutan..penulis  berani beri jaminan akan penuh dan gempita stadium nasional bukit jalil malam ni....namun ingatlah wahai rakan walau bagaiman sekalipun kita fanatik kepada sukan bola sepak ini janga kita lupa akan amal maaruf nahi mungkar 

Kadang-kadang rasa malu dan segan pun ada juga apabila kamera menfokuskan kepada penonton yang duduk berbuan malah golongan hawa yang menjerit mencorakkan badan dengan lambang atau tanda kebangaan pasukan yang diminatinya...pada pendapat penulis tidak perlu la sampai begitu macam mana fanatik kita sekalipun

Kalau kita perhatikan kebanyakkan penyokong untuk sesuatu perlawanan bola sepak akan masuk awal ke dalam stadium kerana untuk mengelak dari kesesakkan dan mendapatkan tempat duduk yang lebih selesa..tapi dalam mengelak dari benda seperti itu terjadi ..adakah kita memasang niat untuk mengelak daripada tidak meninggalkan solat..kadang-kadang perkara solat ini diambil mudah oleh sesetengah masyarakat...jangan lah sampai nak tinggal suruhan allah semata-mata untuk duniawi..kan tak molek gayanya tu..sedih tenggokkan kan ..

penulis bukanlah orang yang layak untuk menegur sahabat-sahabat sekalian ...tetapi atas dasar islam kita dan saudara seagama penulis ..hablum minas..hablum minaallah..kita salinglah tegur menegur kan...

Salam 1 tentera ....kita pasti menang malam ni..hehehehhe ..lari...assalamualaikum...


Sunday, October 14

Kalau pasal ilmu pun nak dipolitikkan jangan jadi pemimpin



Salam perpaduan ummah...

Baru-baru ini di negeri kelahiran saya terdapat satu isu yang amat mengelikan hati saya..dekat-dekat nak pilihanraya ni..buat apa pun akan politikan asalkan ada isu..bayangkan pasal sebuah kolej yang telah melahirkan dan bakal melahirkan cendikawan yang arif dalam konteks islam pun nak dijadikan bahan tajuk politik..satu puak menafikan ..satu puak menuduh..

Pada pendapat saya mudah je...kalau betul kolej yang disebutkan hampir bankrap ..pihak pentadbiran tidak perlu nak sembunyikan apa-apa dedahkan saje perkara yang betul dan cari jalan penyelesian.... kolej yang disebutkan itu ialah kolej milik kerajaan negeri so tak ade masalah la kan..that is a easy thing..dan kepada puak yang menyebarkan fakta yang di muka surat khabar dan laman alternatif media jangan pandai keluarkan saje.sama-sama la cari penyelesian ..ni tidak kuarkan pandai bantunya tidak..tak ke kurang cerdik tindakkan itu

Kalau fakta yang dikeluarkan itu tidak betul..nasihat saya...wahai si pengeluar insaflah dengan kata-katamu belajarlah ingat dosa dan pahala..wallahualam...


Saturday, October 13

Perjuangan islam nak dipolitikkan ..apa ni



Salam perpaduan sesama islam...


Penulis amat memuji seorang tokoh politik yang sudah keluar dari kepompong kepolitikkannya..,,tahniah diucapkan...Beliau amat bertahan dengan usaha beliau untuk menyampaikan dakwah kepada umat islam di seluruh negara..beliau adalah musuh utama parti democratic malaysia ( dap)..kekanda al juburi anwar ibrahim..puak-puak pelesit dalam parti beliau sendiri yang cukup membenci beliau..malah yang lebih menyedihkan rakan sejawat separlimen beliau pun berkata beliau menghina jawatankuasa yang dibentuk dalam parti beliau

Tetapi atas dasar " ulil hak walau ka namuran" beliau terus berjuang memertabatkan agama yang kita cintai ini tanpa mengira fahaman politik kotor malaysia ini..malah beliau menjadi hero dalam perjuangan memertabatkan islam apabila beliau muncul dalam kubu kuat parti lawan beliau baru-baru ini...panas lagi la rakan dan musuh beliau...kepada kekanda nasharudin mat isa adinda yakin bahawa seluruh umat islam yang faham perjuangan islam bukan bercakap hanya bercakap kosong tetapi tidak melaksanakanya akan terus bersama kekanda...takbir..allahuakbar..

Berilah yang hak kepada hak



Salam ukhwah fillah fi ibadillah....
"
Penulis amat tertarik dengan isu yang dibawa oleh hampir 1/2 rakyat kelantan mengenai tuntutan "royalti" yang menuntut hak pendaratan minyak dan gas di negeri kelantan..pada pendapat penulis mereka berada di pihak yang benar kerana apa yang mereka buat ialah apa yang mereka sepatutnya minta..

Pada pendapat penulis yang kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan datuk seri muhamaad najib tun razak harus menunaikan permintaan rakyat kelantan walaupun pentadbiran kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang...kita kan satu malaysia ..so laksanakanlah apa yang dikata..yang hanya kata tak dikota...janji ditepati.


Penting sangatkah kemenangan..??



Salam perpaduan ummah...ya allah satukanlah hati-hati kami

Pada tanggal 12/10/2012 penulis ada membaca satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh al fadhli al ustaz yang berbahagia ayahnanda tuan guru haji datuk nik aziz che mat dalam beberapa akhbar tempatan..

Cukup kecewa rasa hati apabila anaknanda  membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh ayahnanda..terdetik soalan di dalam hati anda yang ingin anaknanda tanya jika anda berjumpa dengan ayahnanda ...wajarkah ayahnanda kita bersatu dengan orang yang terang-terang menolak ajaran islam daripada kita bersatu dengan saudara seagama kita sendiri yang mungkin tidak melaksanakan ajaran islm sepenuhnya..

JATUH dan bangunnya sesebuah negara berkait rapat dengan perpaduan dan kesatuan ummah yang menjadi teras kepada kestabilan negara. Ini adalah satu hakikat tidak boleh dinafikan dari segi realiti kehidupan dan kewarasan logik akal.

Pepatah Melayu juga ada berkata, "Bersatu teguh bercerai roboh". Ini diperkuatkan lagi dengan sejarah tamadun manusia yang banyak menyaksikan jatuh dan bangunnya sesebuah negara di dunia sejak zaman berzaman.
Apabila merenung kembali dan menginsafi keadaan umat Islam sekarang ini, kita dapati umat Islam masih lagi tidak bersatu dalam segala hal dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila umat Islam saling bercakaran yang akhirnya mengakibatkan padah buruk kepada umat Islam sendiri.

Padahal umat Islam sedia maklum bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan kepada kesatuan dan perpaduan ummah seperti pernah dibina Rasulullah SAW sendiri kepada masyarakat Arab terdiri kaum Muhajirin dan Ansar.

Justeru, mereka mampu dan berjaya mencipta keunggulan serta kejayaan dalam segala aspek kehidupan selaras dengan kedudukan mereka sebagai khaira ummah.
Banyak nas yang menganjurkan umat Islam sentiasa memelihara kesatuan dan perpaduan ini antaranya firman Allah yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai; dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (ketika jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara." – (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Rasulullah SAW pernah melukiskan mengenai kesatuan dan perpaduan dengan sabdanya yang bermaksud: "Ibarat seorang mukmin dengan mukmin yang lain ialah sebuah binaan yang terdiri daripada bahan yang saling menyokong antara satu sama lain sehingga tercipta sebuah binaan." – (Hadis riwayat Bukhari)

Suasana perpaduan ini dibuktikan sendiri oleh generasi Rasulullah SAW dan sahabatnya sehingga mereka mampu melakarkan sejarah sebagai umat terbaik. Ini bukanlah suatu perkara mustahil bagi kita untuk mengulangi kembali lipatan sejarah dengan syarat kita kembali kepada Islam yang fitrah.

Menyedari akan kepentingan perpaduan ini bagi menjamin kestabilan dan keutuhan satu-satu umat dalam mengharungi gelombang hidup ini, adalah wajar bagi kita menjana kesatuan dan perpaduan yang utuh di kalangan orang Islam sendiri.
Allah memberi peringatan supaya kita memelihara perpaduan dan kesatuan ummah serta menjauhkan sama sekali sebarang permusuhan dan perbalahan yang boleh mengakibatkan perpecahan yang bisa menghancurkan negara.

Allah berfirman bermaksud: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan jangan kamu berbantah-bantahan; jika tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang bersabar." – (Surah al-Anfal, ayat 46)

Umat Islam perlu dan semestinya memupuk unsur membawa kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang kukuh seperti bersaudara atas dasar Islam, berkasih sayang, saling nasihat menasihati, bantu membantu dan ziarah menziarahi.

Ini penting bagi umat Islam, lebih-lebih lagi kita sekarang berada pada alaf baru yang menuntut lebih banyak persediaan serta kesungguhan dalam menobatkan kembali kegemilangan dan kecemerlangan dalam segala aspek kehidupan.

Sehubungan itu, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu berdendam kesumat, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu berpaling muka, jangan kamu pulau memulau, sebaliknya hendaklah kamu bersaudara. Adalah tidak harus bagi seseorang Muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari." – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW ada menyediakan resipi ke arah mengukuhkan perpaduan ummah dengan bersabda yang bermaksud: "Demi nyawaku di bawah genggaman Allah! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Mahukah kamu kalau aku tunjukkan kepada kamu akan satu perbuatan, bila kamu lakukannya kamu akan berkasih sayang iaitu ucapkan salam sesama kamu." – (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, Rasulullah SAW memberikan tips ke arah mewujudkan suasana keharmonian dalam hidup bermasyarakat di bawah lembayung Islam. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebarkanlah salam, perkuatkanlah silaturahim, kasihanilah golongan fakir miskin dan jangan tinggalkan solat malam." – (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis itu, Rasulullah SAW menyampaikan empat pesanan penting ke arah pengukuhan dan pemantapan institusi masyarakat harmoni dan bersatu. Lebih-lebih lagi seruan hadis itu menemui momentumnya selari keadaan mutakhir yang berdepan pelbagai kemelut mencengkam ummah.

Kita sebagai umat Islam dapat menyaksikan kedamaian dan keharmonian semakin tergugat dan berkocak disebabkan longgarnya kesatuan ummah di samping tali silaturahim sesama manusia pun semakin terungkai simpulannya.

Biarpun kedengaran suara supaya kembali kepada Islam dan akhlak Islam namun bagaikan air dicurahkan di daun keladi.

Marilah bersama berusaha untuk merealisasikan cita-cita mencipta perpaduan dan kesatuan ummah seperti pernah dikecapi generasi umat Islam terdahulu. Oleh itu, kita perlu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Pada masa sama, mestilah memelihara perpaduan dan kesatuan ummah supaya terus utuh sepanjang masa berbekalkan ilmu yang mantap dan sinaran

Janganlah kita terlalu pentingkan kemenangan yang kita mahukan sehinggakan terpaksa mengadaikan maruah agama dan bangsa sendiri

wallahualam..