Saturday, November 24

Kehidupan di bandar berbeza dari kampung.





Bismillah hi rahma nir  rahim....


Hari pertama penulis sampai di bandar pelbagai cerita dapat penulis coretkan..Bagaimana penulis melihat kehidupan di bandar berbeza...masih belum kuat sinarnya di bandar..manakan tidak penulis meletakkan kalam sebegitu rendah apabila masih ada dua golongan yang berbeza fahaman di negara kita...Di ketika muazin melaungkan azan masih ada golongan yang menyahut seruan azan itu di kedai makan,menyahut seruan dalam situasi terkejar-kejar meneruskan perjalanan ..hati ini sanggup melintasi pelbagai jenis bentuk masjid..pelbagai suara nyaringya luangan azan..sedangkan dalam al quran sendiri allah s.a.w berfirman mahumnya...

" kerjakanlah solat tunaikanlah zakat"

adakah allah menekankan pasal mempercepatkan perjalanan tidak adakan...tetapi kita lebih pentingkan mempercepatkan perjalanan dari  menunaikan solat.islam itukah yang diri kata kita sayang..sedangkan kalau ditanya kita kata kita amat sayangi islam...


Diketika penulis berehat sebentar di beberapa perhentian rehat ..penulis melihat situasi yang berbeza masih ramai anak muda yang bukan muhrin naik kereta sekali berduan di dalam kereta..berduan di kedai makan..sedangkan allah .s.w.t ada berfirman dalam suruah al hujarat ayat 13 yang berbunyi

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

sama-sama la kita renungkan wallahualam...


Thursday, November 22

Kata disebalik hudud........




Bismillah hirahmanirahim....

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarahkatuh.......


H.U.D.U.D......

Tiga hingga empat hari ini penulis dikecam hebat pasal kenyataan penulis mengenai hudud...penulis digelarkan sebagai orang yang cuba menyesatkan orang lain..syaitan yang bertopengkan manusia ..bercakap tak pakai ilmu..macam-macam lagilah gelaran yang dikenakan terhadap penulis..namun hati ini masih boleh menerima segala tuduhan yang dikenakan terhadap penulis....

Sidang pembaca yang dirahmati allah..demi allah tuhan yang satu ..penulis tidak pernah berniat untuk menolak hukum hudud allah...

tetapi penulis memberi pendapat apabila penulis ditanya kenapa kerajaan dibawah kepimpinan barisan nasional menolak hudud yang cuba dilaksanakan di  inegeri kelantan....

penulis memberi pendapat..penulis tidak mahu menidakkan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan iatu menolak hukum allah..kalau ya pun mereka tidak setuju dengan enakmen undang-undang islam yang telah dicadangkan oleh kerajaan negeri kelantan mereka boleh mencadangkan perubahan kepada enakmen itu bukan menolak dengan membuta tuli...itu penulis tidak menafikan tindakkan itu..

cuma masalahnya sekarang sahabat-sahabat penulis yang terlalu fanatik dengan pas sehingga sanggup mengakafirkan orang lain,menuduh orang lain menyesatkan orang...satu persoalan penulis nak tanyakan..adakah tuan-tuan ..puan -puan ..sahabat-sahabat sekalian sudah membaca enakmen undang-undang islam kerajaan negeri kelantan yang telah ditolak,,baca dan fahamilah la dulu..sebelum berkata-kata...jangan terlalu fanatik dengan sesuatu isu.....

satu soalan lagi ditanyakan penulis apabila menulis meletakkan gambar tun mahathir sebagai pejuang islam di laman sosial penulis...

adakah tun boleh terus dianggap pejuang islam apabila mengatakan hukum hudud tiada dalam islam..?

sidang pembaca sekalian..

penulis meletakkan gambar itu kerana menulis kagum dengan tidakkan tun lantang bersuara di peringkat antarabangsa mahupun dalam negara mengenai agama islam...bukan mcm menteri kabinet yang ada sekarang,yang berhormat pm kita,yang berhormat tpm kita.....serta kepimpinan pembangkang berani dalam parlimen di luar parlimen promosi perdagangan ke israel dan masih mampu bersalam dengan presiden amerika ...

pasal bab hukum hudud kenyataan tun tu..sebab mungkin tun ada alasan tersendiri..so penulis tak perlulah bagi komen..wallahualam...


Tuesday, November 20

Rawatan bukan tekanan...




Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.....

Baru-baru ini penulis ada mengunjungi sebuah hospital kerana ingin melakukan ziarah kepada sahabat penulis yang mendapat dugaan dari allah s.w.t.....

Kebetulan penulis sampai dalam pukul 11 pagi macam tu..so tak ley la masuk lagi kerana waktu melawat pada pukul 12:30 ..ada lagi sejam setengah..penulis pun membeli "penyampai berita paling cepat dan padat dengan harga yang berpatutan" hehehehe...akhbar la...kalau tak faham juga newspaper sejak ada ppsmi dijalankan di sekolah satu ketika dahulu orang kita dah pandai cakap bahasa inggeris..alhamdulillah ada kemajuan sikit ..kena bersyukur la kan..walaupun ramai yang benci ppsmi ini .ada juga hasil dari yang benci itu....kita sambung cerita tadi melencong jap ye....dan sekotak air .Sambil membaca surat khabar dengan berita-berita yang diolah dengan pelbagai isu..penulis pun memerhati gelagat orang ramai dan nurse serta doktor mahupun pekerja hospital yang lalu lalang di kawasan lobi hospital itu...rupanya penduduk malaysia ini macam-macam ragamkan ada yang membaca..ada yang membuat panggilan..ada yang bermesej..ada yang posing gambar (walaupun kat hospital..jadi la )...Yang penulis paling tertarik dengan golongan perkerja hospital itu macam-macam gelagat..

Yang penulis pelik berkerja satu bangunan tapi tak bertegur sapa..bak kata orang indonesia "enggak saling sapa" oh...penulis faham..lain-lain department .kalau di bahasa orang yang tak pandai bi macam penulis ini lain-lain bahagian la..tapi pada penulis masih dikonteks dan misi yang sama... " iatu memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat malaysia"..tetapi cuba sidang pembaca fikirkan macam mana nak perkhidmatan kalau sesama anda pun tak begitu rapat ukwahnya... tak tegur tak semestinya tak rapat kan..wau ...begitu pulak dah alasanya...kalau macam itu apa kaedah untuk menunjukkan ukhwah anda tu rapat..cecita..cecita...kami waktu berkerja kami profesional ..waktu luar kami lain..oh mungkin itu la kan..jawapan yang akan dikeluarkan ..tapi penulis tidak rasa benda itu boleh berlaku..dusta lebih banyak dari fakta..tak pe la itu hak masing-masing...penulis tak nak mempertikaikan pendapat orang lain...

penulis pandang-pandang pula  dekat sikap nurse -nurse kita ni...rupa-rupanya nurse-nurse di malaysia ini rajin berdandan..muka putih je...siap listik..air shaddow...blashher..macam -macam lagi la alatan make up perempuan sekarang..bagi penulis tidak salah kalau nurse-nurse ni berdandan..sebab boleh menambah kecerian kepada pesakit mereka..ada pesakit kat malaysia yang gatal-gatal...nampak nurse comel sikit je ..dia semangat nak buat sihat sebab takut nurse u tak minat orang sakit...sedangkan dia tak sedar yang dia tu kubur dah kata mari rumah dah kata pergi ...itu pun nak gatal lagi ..satu lagu sikap cik dan puan nurse kita ni..kali ni agak kurang elok sikit...mereka ni rajin bergosip..kadang-kadang sambil jalan,sambil naik lift,yang lebih teruk sambil duk rawat pesakit pun sempat lagi bergosip..doktor sana handsome.pesaikit tak handsome...mak cik tu berlagak,,,pak cik tu sombong..budak tu buas..macam-macam lagi la tajuk gosip mereka tu..kalau penulis ..penulis tanya je..yang akak senyum pun payah sekali kat orang..tak berlagak je...betul sidang pembaca sekalian penulis melihat golongan nurse di payah nak senyum kalau kita masuk wad melawat ..dia buat tak tahu je..sedangkan kat baju tu ada lambang senyum amalan yang mulia..tapi tuan pemikai lambang tu...wallahualam....balik balik kepada amalan mengumpat tadi...ataupun bergosip  ...sabda nabi mengenai orang yang megumpat ini berbunyi...

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. so nurse sekalian tak perlu melakukan perbuatan megumpat ini......

kadang-kadang tugas anda sebagai pemberi rawatan kepada pesakit bertukar penambah tekanan kepada pesakit dah la..pesakit tahan sikit...kena denganr pula leteran anda tu...kesian kat pesakit..cuba bertukar anda jadi pesakit ..pesakit jadi anda..apa anda rasa ..sama la juga dengan apa yang dia rasa pada anda....

wallahualam....



Monday, November 19

Seksa disebalik kuasa






Assalamualikum warahmatullah hi wabarakatuh.....


Gaza di bom
Gadis muda gaza di diperkosa..
Anak muda gaza di dibunuh..kerana di anggap penentang..
Wanita gaza hidup dalam ketakutan...

Di gaza....

siapa saja harus menjadi pejuang...
tiada pilihan...
tiada paksaan
tiada kerelaan...
mahu tak mahu...
suka atau tidak..
senjata harus digalas...
mempertahankan ribuan nyawa dan nyawa diri sendiri

Di gaza....

senjata dianggap penyambung  nyawa....
satu butir peluru dianggap nyawa
walau buruk...walau tak berfungsi 
itulah sahaja yang ada..

Di gaza

jenazah dianggap biasa..
tiada kafan membaluti...
linangan air mata ikhlas dari pejuang syuhada...
kerana kehilangan teman seperjuangan

Di gaza....

Anak kecil sudah pandai mengendalikan senjata
M16 dan senjata lain dianggap macam mainan sahaja..
maklumlah mana la ada
kereta control,psp,ps3,ps1 ,,x box ,,seperti permainan lain


Di gaza...

Kanji dan roti  dianggap makanan paling istimewa..
itu pun sekadar mampu sahaja..
apa yang ada tanpa memilih makan sahaja..
maklumlah mana la ada
kfc,mc donald,secret recipe,dan lain lagi,,
kalau la ada mc donald dan kfc di gaza
dah lamanya dibakar oleh penduduk mereka rasanya..

manakan tidak mereka makan benda yang akan memutuskan hayat mereka sendiri...

Namun hati penduduk gaza amat suci..
mereka yakin akan kekusaan allah
kerana hanya dengan itulah mereka bertahan sehingga sekarang...

Sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian...

Di atas sebentar tadi penulis menyingkap sedikt corak-corak bumi gaza..

Sidang pembaca sekalian..

pada tulisan kali ini penulis  ingin menyingkap sedikit disebalik corak-corak bumi gaza....

OIC...

Pada pendapat sidang pembaca sekalian..apakah itu oic...

Organisation islamic congress...
pertubuhan negara-negara islam...

oic bermaksud....

Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC (منظمة المؤتمر الإسلامي; Organisation of Islamic Cooperation) merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan UtaraAfrikaCaucasusAsia TenggaraAsia TengahBalkan, dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.


Dalam oic ada gabungan negara islam..


Bendera Afghanistan Afghanistan, Republik Islam1969Digantung 1980 - Mac 1989
Bendera Algeria Algeria, Republik Demokratik Rakyat1969
Bendera Chad Chad, Republik1969
750px-Flag of Egypt.svg.png Mesir, Republik Arab1969Digantung Mei 1979 - Mac 1984
Bendera Guinea Guinea, Republik1969
Bendera Indonesia Indonesia, Republik1969
Bendera Iran Iran, Republik Islam1969
Bendera Jordan Jordan, Hashemite Kingdom of1969
Bendera Kuwait Kuwait, State of1969
Bendera Lubnan Lubnan, Republik1969
Bendera Libya Libya, Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya1969
Bendera Malaysia Malaysia1969
Bendera Mali Mali, Republic of1969
Bendera Mauritania Mauritania, Republik Islam1969
Bendera Maghribi Maghribi, Kingdom of1969
Bendera Niger Niger, Republik1969
Flag of Pakistan (bordered).svg Pakistan, Republik Demokratik Persekutuan(Republik Islam)1969
Bendera Palestin Palestine[2] (diwakili oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin)1969
Bendera Arab Saudi Arab Saudi, Kingdom of1969
Bendera Senegal Senegal, Republik1969
Bendera Sudan Sudan, Republik1969
Bendera Somalia Somalia1969
Bendera Tunisia Tunisia, Republik1969
800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki, Republik1969
Bendera Republik Arab Yaman Republik Arab Yaman1969Dari 1990 sebagai Republik Yaman bergabung dengan Republik Demokratik Rakyat Yaman
Bendera Bahrain Bahrain, State of1970Dari 2003 sebgai Kerajaan Bahrain
Bendera Oman Oman, Kesultanan1970
Bendera Qatar Qatar, State of1970
Bendera Syria Syria Republik Arab1970
Bendera Emiriah Arab Bersatu United Arab Emirates1970
Bendera Sierra Leone Sierra Leone, Republik1972
Bendera Bangladesh Bangladesh, Republik Rakyat1974
Bendera Gabon Gabon, Republik1974
Bendera Gambia Gambia, Republik1974
Bendera Guinea-Bissau Guinea-Bissau, Republik1974
Flag of Uganda.svg, Republik1974
Bendera Burkina Faso Burkina Faso1975
Bendera Cameroon Cameroon, Republik1975
Flag of the Comoros Comoros, Kesatuan (dulu Republik Persekutuan Islam)1976
800px-Flag of Iraq.svg.png Iraq, Republik1976
Bendera Maldives Maldives, Republik1976
Bendera Djibouti Djibouti, Republik1978
Bendera Benin Benin, Republik1982
Bendera Brunei Brunei Darussalam, Sultanate of1984
Bendera Nigeria Nigeria, Republik Persekutuan1986
Bendera Azerbaijan Azerbaijan, Republik1991
Bendera Albania Albania, Republik1992
Bendera Kyrgyzstan Kyrgyzstan, Republik1992
Bendera Tajikistan Tajikistan, Republik1992
Bendera Turkmenistan Turkmenistan, Republik1992
Bendera Mozambique Mozambique, Republik1994
Bendera Kazakhstan Kazakhstan, Republik1995
Bendera Uzbekistan Uzbekistan, Republik1995
Bendera Suriname Suriname, Republik1996
Bendera Togo Togo, Republik1997
Bendera Guyana Guyana, Republik1998
Flag of Cote d'Ivoire.svg Ivory Coast, Republik2001
Yang menjadi persoalan penulis sekarang apa tindakkan oic terhadap penindasan israel di palestin ..konflik di syria sedangkan kedua-dua negara ini ahli negara gabungan oic...pada pendapat penulis oic sebenarnya negara-negara yang ada dalam gabungan oic tidak berani mengeluarkan pendapat kerana mereka mahu menjaga kepentingan masing-masing termasuklah negara kita malaysia...dalam oic ada iran antara negara islam paling terkuat..dalam oic indonesia yang rakyatnya boleh tahan beraninya..dalam oic ada banyak lagi negara-negara yang dianggap kuat kuasa pentadbiranya...

apa kata kalau negara gabungan oic membentuk gerombolan tentera perang islam dan menjadi mekah al mukarramah sebagai tempat pertemuan dan kubu pertahanan membantu tentera palestin ..mau kecut sil yahudi israel tu....

Sikap assabiyah para pemimpin-pemimpin negara yang berada dalam oic jelas nampak apabila mereka hanya berdiam diri apabila melihat rakan sejawat mereka dalam kesusahan....

Adakah oic mahu menjadi seperti pbb yang penulis yakin dan pasti mereka tidak akan mengambil tindakkan apa -apa terhadap israel kerana di sebalik ada amerika yang menjadi tulang belakang kepada pbb...bagi penulis pertubuhan macam pbb lebih baik tak de daripada ade..buat apa perlu adanya pbb jika kewujudannya umpama tunggul kayu dengan hanya mengikut kehendak sebuah negara berkuasa sahaja...tidak mampu mengeluarkan satu kuasa sendiri....

Tuan-tuan yang penulis pelik lagi sebenarnya....

Sampai bila umat islam seluruh dunia harus berdiam diri..adakah kita nak tunggu bumi gaza dahulu barulah kita nak start lakonan yang kita simpati terhadap penduduk gaza yang tinggal?...

itu yang penulis rasakan saat yang kita tunggu.....

Masihkah kau ingat...

Bagaiman tun asmah muhammad ali bersama-sama pertubuhan aman malaysia....
Pergi menjalankan misi bantuan....
Dan pada ketika itu pesawat beliau tidak dapat mendarat..kerana  dihalang oleh tentera amerika...
tun mahathir terpaksa telefon presiden amerika memohon membenarkan pesawat itu mendarat....

maaf cakap terlanjur sikit...

adakah datin seri rosmah..tidak berani untuk ambil risiko yang sama...
kalau mati ..mati syahid datin...kuranglah sikit dosa kita....

Kalau sebulan dua yang lalu....kita melihat malaysia dipuji kerana berani menyelesaikan masalah tentera moro dan kerajaan filipina..

kali ini penulis ingin mengusulkan agar..datuk seri najib pm malaysia...pergi la selesaikan masalah israel dengan penduduk gaza..baru nampak gentel...wallahulam...