Tuesday, November 20

Rawatan bukan tekanan...




Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.....

Baru-baru ini penulis ada mengunjungi sebuah hospital kerana ingin melakukan ziarah kepada sahabat penulis yang mendapat dugaan dari allah s.w.t.....

Kebetulan penulis sampai dalam pukul 11 pagi macam tu..so tak ley la masuk lagi kerana waktu melawat pada pukul 12:30 ..ada lagi sejam setengah..penulis pun membeli "penyampai berita paling cepat dan padat dengan harga yang berpatutan" hehehehe...akhbar la...kalau tak faham juga newspaper sejak ada ppsmi dijalankan di sekolah satu ketika dahulu orang kita dah pandai cakap bahasa inggeris..alhamdulillah ada kemajuan sikit ..kena bersyukur la kan..walaupun ramai yang benci ppsmi ini .ada juga hasil dari yang benci itu....kita sambung cerita tadi melencong jap ye....dan sekotak air .Sambil membaca surat khabar dengan berita-berita yang diolah dengan pelbagai isu..penulis pun memerhati gelagat orang ramai dan nurse serta doktor mahupun pekerja hospital yang lalu lalang di kawasan lobi hospital itu...rupanya penduduk malaysia ini macam-macam ragamkan ada yang membaca..ada yang membuat panggilan..ada yang bermesej..ada yang posing gambar (walaupun kat hospital..jadi la )...Yang penulis paling tertarik dengan golongan perkerja hospital itu macam-macam gelagat..

Yang penulis pelik berkerja satu bangunan tapi tak bertegur sapa..bak kata orang indonesia "enggak saling sapa" oh...penulis faham..lain-lain department .kalau di bahasa orang yang tak pandai bi macam penulis ini lain-lain bahagian la..tapi pada penulis masih dikonteks dan misi yang sama... " iatu memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat malaysia"..tetapi cuba sidang pembaca fikirkan macam mana nak perkhidmatan kalau sesama anda pun tak begitu rapat ukwahnya... tak tegur tak semestinya tak rapat kan..wau ...begitu pulak dah alasanya...kalau macam itu apa kaedah untuk menunjukkan ukhwah anda tu rapat..cecita..cecita...kami waktu berkerja kami profesional ..waktu luar kami lain..oh mungkin itu la kan..jawapan yang akan dikeluarkan ..tapi penulis tidak rasa benda itu boleh berlaku..dusta lebih banyak dari fakta..tak pe la itu hak masing-masing...penulis tak nak mempertikaikan pendapat orang lain...

penulis pandang-pandang pula  dekat sikap nurse -nurse kita ni...rupa-rupanya nurse-nurse di malaysia ini rajin berdandan..muka putih je...siap listik..air shaddow...blashher..macam -macam lagi la alatan make up perempuan sekarang..bagi penulis tidak salah kalau nurse-nurse ni berdandan..sebab boleh menambah kecerian kepada pesakit mereka..ada pesakit kat malaysia yang gatal-gatal...nampak nurse comel sikit je ..dia semangat nak buat sihat sebab takut nurse u tak minat orang sakit...sedangkan dia tak sedar yang dia tu kubur dah kata mari rumah dah kata pergi ...itu pun nak gatal lagi ..satu lagu sikap cik dan puan nurse kita ni..kali ni agak kurang elok sikit...mereka ni rajin bergosip..kadang-kadang sambil jalan,sambil naik lift,yang lebih teruk sambil duk rawat pesakit pun sempat lagi bergosip..doktor sana handsome.pesaikit tak handsome...mak cik tu berlagak,,,pak cik tu sombong..budak tu buas..macam-macam lagi la tajuk gosip mereka tu..kalau penulis ..penulis tanya je..yang akak senyum pun payah sekali kat orang..tak berlagak je...betul sidang pembaca sekalian penulis melihat golongan nurse di payah nak senyum kalau kita masuk wad melawat ..dia buat tak tahu je..sedangkan kat baju tu ada lambang senyum amalan yang mulia..tapi tuan pemikai lambang tu...wallahualam....balik balik kepada amalan mengumpat tadi...ataupun bergosip  ...sabda nabi mengenai orang yang megumpat ini berbunyi...

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. so nurse sekalian tak perlu melakukan perbuatan megumpat ini......

kadang-kadang tugas anda sebagai pemberi rawatan kepada pesakit bertukar penambah tekanan kepada pesakit dah la..pesakit tahan sikit...kena denganr pula leteran anda tu...kesian kat pesakit..cuba bertukar anda jadi pesakit ..pesakit jadi anda..apa anda rasa ..sama la juga dengan apa yang dia rasa pada anda....

wallahualam....



No comments:

Post a Comment