Wednesday, November 14

Masihkan belum timbul keinsafan...




Assalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.......

Di saat menulis entry  ini...umat islam baru menyambut tahun awal bulan islam lebih mudah dipanggil awal muharam....Datangnya satu muharam maknanya buku cacatan dosa dan pahala setiap seorang umat islam akan ditukar...

Namun yang lebih menyedihkan tadi ...apabila sambutan awal muharam yang dilakukan tadi..nampak kurang mendapat sambutan...bayangkan ...

Sidang pembaca sekalian...

Di saat sambutan ambang akhir tahun dilakukan selepas solat asar...masih ada anak muda yang merempit sini sana..masih golongan dewesa yang melepak di kedai kopi tanpa segan silu...masih golongan ibu yang sibuk membeli belah...masih ada pasangan -pasangan kapel di taman-taman....

Di malam harinya..selepas solat maghrib ..Diadakan pula sambutan ambang awal tahun ..Namun situasi yang sama masih terjadi..berapa sah dalam masjid boleh dikira...sedangkan diwaktu itu allah kurniakan satu keampunan yang besar kepada umat islam...

Doa awal tahun...

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


Doa akhir tahun...


Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka

Hebat sangatkah kita ini...

sampai kita tidak sanggup untuk merintih kepada allah s.w.t ..tuhan yang maha pencipta..maha agung dan maha penyanyang...

Luangkanlah sedikit masa sahabat-sahabat untuk pencipta kita

tetapi apakan daya benda yang lepas tidak dapat dikembalikan lagi...

marilah sama-sama kita doa..agar kita sempat lagi bertemu awal muharram yang akan datang..

No comments:

Post a Comment