Wednesday, February 27

Penangan serangan kesultanan sulu...



Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...

bismillah hi rahma ni rahim....

sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian....

baru-baru ni kita digemparkan dengan satu kejadian yang amat mengejutkan keselematan negara

iatu penceborohan warga filipina yang dikatakan dari kesultanan raja sulu

tak kira mana pun asalnya ia tetap pendatang asing

penulis tak mahu menolak hakikat yang mengatakan bahawa hasil penceborohan itu menunjukkan bahawa kawalan keselamatan di perairan malaysia masih di tahap yang membimbangkan...

lebih membimbangkan mereka ini mempunyai senjata api..sidang pembaca sekalian

setel masalah pencerobohan itu...

sekarang ini timbul pula ..masalah apabila nak mengusir kuar pendatang tanpa izin itu...

ada sesetengah pihak mengatakan bahawa kerajaan terlalu berlembut dalam isu proses usir warga asing ini....walaupun keadaan agak kritikal..

sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian ..ini bukan soal berlembut atau berkeras...

ini soal.win to win....

soal hubungan diplomatik...

kalau kita usir dengan cara kekerasan ...kita kena ingat bahawa yang kita nak usir warganegara filipina ia pasti akan melibatkan kerajaan filipina...

namun pada masa yang sama kita ..kita tak boleh membiarkan golongan rakyat filipina itu terus berada di negara kita...

inilah penulis konsep win to win..

kalau nak tarik rambut dalam tepung ..kita kena pastikan tepung jangan berselerak ..rambut jangan putus...

wallhualam...

Wednesday, February 20

Suara kebangkitan mahasiswa












assalamualaikum warahamtullah hi wabarakatuh 

bismillah hi rahma ni rahim..

penulis secara peribadi cukup kagum dengan suara kebangkitan mahasiswa....

namun ada bagi pandangan peribadi penulis....

suara kebangkitan ini nampak jelas lagi bersuluh ia terbahagi kepada  2:

1)mahasiswa yang bersuara untuk menunjukkan suara kebangkitan mahasiswa iatu menunjukkan bahawa   
   mahasiswa sekarang sudah matang dan mampu bersuara di pentas sendiri mempertahankan sebagai 
   mahasiswa 

2)mahasiswa yang bersuara untuk menunjukkan kematangan mahasiswa dalam arena politik...

Yang penulis sokong secara kukuh dan sahih ialah dari aspek yang pertama tu..itu sebenarnya cantik...

pada pendapat penulis suara kebangkitan itu jelas arah tujunya....

Sebenarnya hak sebagai seorang mahasiswa harus diberikan....

contohnya hidupkan sidang plano disetiap ipta dan ipts dan pada setiap kali adanya sidang ada wakil pentadbiran datang mendengar suara mahasiswa ..namun pada sidang itu jangan ada sekatan..yang terlalu melampau..contohnya nak cakap pasal kerajaan tak boleh...nak cakap pasal kekurangan kolej tak boleh....nak cakap pasal kelemahan pentadbiran tak boleh...kalau perkara sebigini terus disekat bagaimana kita nak mendengar suara hati jujur seorang mahasiswa....hak bersuara seorang mahasiswa disekat...maka bagaimana kerajaan dengan lantang memperkenalkan konsep hak kebebasan bersuara?? kalau diperingkat akar umbi pun ada sekatan....

Yang penulis kurang setuju  ialah suara kebangkitan di aspek yang kedua....

kerana cara suara kebangkitan ini boleh dibahagi kepada 2....
1)mahasiswa yang pro kerajaan
2)mahasiswa yang pro pembangkang...

kalau mahasiswa yang pro kerajaan janganlah terlalu fanatik sampaikan kerajaan buat salah pun...golongan mahasiswa golongan pertama yang menyokong ..nampak sangatlah kematangan kebangkitakan suara mahasiswa itu tidak begitu cantik.....

kalau mahasiwa yang serius pro pembangkang sampaikan yang kerajaan buat pun salah ..anda harus menunjukkan kematangan anda  jangan hanya pandai bersuara pemberian orang ambil juga.......itu orang panggil cakap kosong tak serupa bikin


yang lebih smart tindakkan golongan mahasiswa tersebut  kalau dah betul anda tak suka apa jua tindakkan kerajaan jangan ambil apa jua pemberian kerajaan walaupun anda tahu bahawa itu tangungjawab kerajaan kepada anda..itu baru nampak bahawa hidup tanpa kerajaan yang anda tentang....

wallhualam..





Monday, February 11

Budaya orang melayu berkerja.....




Bismillah hi rahma ni rahim ...alhamdulillah hi rabil alamin wasolatowassala tu wassala muala asrafil anbiya  iwal mursalin waala alihi wa sahbihi ajmain....

sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian....

seorang pujangga orang putih...beragama kristain... ada berkata...

you must work for life 
your life need work to survice your life....

maksudnya...

kamu harus berkerja untuk hidup
hidup kamu perlukan perkerjaan untuk mengurus hidup kamu.....

memang betul dalam islam tidak mengalakkan kita mencari ilmu dunia melebihi ilmu akhirat....

namun sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian...

kalau kita tidak mendapat kehidupan yang sempurna...
bagaimana kita nak melakukakan amal ibadat dengan sempurna...

teman sebangsa saya ..selalu marah..jika bangsa lain mendapat peluang kerja lebih dari bangsa kita sedangkan kita kaum bumiputera

namun sidang pembaca sekalian....

cuba kita bandingkan bagaimana teman kita berbangsa lain berkerja ......

mereka serius dalam melakukan perkerjaan ..mereka tidak main-main....

lain pula dibangsa kita..serius lebih sikit bari main....

contoh mudah la....

seorang anak melayu berkeja di kfc....
waktu kerja 7pagi -7 ptg..
berhenti solat zohor 15 minit
berhenti solat asar 15 minit
makan pula 20 minit 
bergosip-bergosip setiap 10 minit
dating dengan teman serkerja 20 minit

so berapa banyak yang ada lagi untuk kita berkerja....

dimana saat anak melayu nak berkerja secara serius....

jawapanya ...tiada....


ingat dalam islam amat menegaskan mencari rezeki yang halal


Al Baqarah ( 2 ) : 172
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُواْ 
لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
 “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.


wallahualam

Sunday, February 10

Kekasihku di valentine day




Assalamualikum warahmatullah hi wabarakatuh....

bismillah hi rahma ni rahim..alhamdulillah hi rabil alamin 

sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian....

Pada tanggal 14 febuari  kita akan dilanda satu lagi fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat islam sekarang...khususnya remaja dan golongan muda..am nya golongan yang merasa diri itu masih muda walaupun dirinya sebenarnya "kubur kata mari..rumah kata pergi la"

14 febuari merupakan hari kekasih
bahasa anak muda sekarang "valentine day"

apa itu valentine day..
kenapa ia dipanggil valentine day..

Pertama : to be my valentine


Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai  maksud “Yang end typing”
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala. 



Kedua : mawar merah 

Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.

     Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saatValentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Hukum meyambut :

Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”

  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.

     Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.

cuba sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian tengok....

adakah letaknya konsep-konsep ajaran islam dalam upacara hari kekasih ini....

jawapan tepat..lagi sahih "tidak ada"

tapi persoalanya kenapa masih ada masyarakat yang dalam kad pengenalanya ditulis perkataan "islam" yang mengucap dua kalimah syadah masih menyambut perayaan ini

kalau pergi  di kampung..akan ada orang kata....masyarakat bandar je sambut perayaan ini orang kampung tak....

kalau pergi di bandar pula ...sesetengah orang je sambut perayaan ini...tak semua 

sidang pembaca sekalian....

kalau allah  s.w.t nak turunkan bala ...dia tak turun pada indiviu sahaja ...dia turun pada semua

kalau orang kampung tak sambut perayaan ini...penulis hanya percaya 25%

sebab kalau pergi dekat pusat-pusat reaksi ..seperti lata mahupun air terjun

sapa mandi kat bahagian bawah memang rugi la sikit...
sebab airnya dah tak semulajadi...
bercampur dengan air yang datang dari atas
kalau orang kencing boleh tahan lagi ...
ni air yang datang dari hubungan luar nikah...
pasangan  kononya sehidup semati....

malah kalau ada individu yang nak pergi melawat kebun sawit mahupun kebun getah ...tanggal 14 febuari ni...

pastikan kawasan anda itu senang orang nampak
sebab confirm bukan kawasan project...

depa ni berani depan pasangan mereka je ..sidang pembaca sekalian...
tak hebat mana pun...
kalau mereka ni buat project  di khalayak ramai la..senang orang tangkap...
malu dapat kahwin free pun dapat..2 in 1
itu lagi mudah....

kalau di bandar jangan cakap la....

masa ni la golongan -golongan sundal nak mencari makan...
kerana ramai lelaki yang nak puaskan nafsu cintanya
masa ni kawasan-kawasan gelap di sekitar-sekitar taman...
menjadi tumpuan ramai...


mengikut data terbaru jabatan pendaftaran negara..

anak yang lahir tanpa ibu bapa dengan di negara didaftarkan ialah 26,000 ribu orang
itu yang didaftarkan tuan-tuan sekalian
yang didaftarkan ..wallahualam,....

salah siapa perkara sebegini berlaku...

kalau nak kata kerajaan...udangan-undang dah dibuat..tp mungkin pelaksananya kurang efektif..tapi adilkah nak salahkan kerajaan...kalau kesadaran individu  langsung x dak....

golongan-golongan berada..mewah..kaya (mudah cerita)

sesetengah dari mereka ni....
setiap kali valentine day..buat parti di rumah..
hantar kad-kad happy valentine day

sidang pembaca sekalian ...

kalau tidak mampu mengubah
kita mampu mencegah pun sudah mencukupi bagi penulis...

penulis tinggalkan satu lirik lagu yang kalau sidang pembaca sekalian hayati insyallah..boleh  belajar mengenal cinta sejati

Bagaikan permata di celahan kaca
kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur Kasih-Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
C/O
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih
(Doa)
Ya Allah kurniakanlah kami isteri dan anak-anak
Sebagai penyejuk mata penawar dihati
Ulang C/O
Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela-ku menjadi miliknya
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disiram Nur Kasih
…disirami Nur Kasih

Akhir kalam  dari penulis ..yang baik datagnya dari allah s.w.t ..yang buruk datagnya dari kelemahan diri saya sendiri..
cinta allah melebihi segalnya
wallahualam...



Thursday, February 7

Suara anak muda penangan maut....



Bismillah hi rahma ni rahim ..alhamdulillah hirabil alamin wasala to wassala wa alahi wasohbihi ajmain...

assamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh....

sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian...

penulis doakan dalam keadaan sihat sejahtera

tuan -tuan dan puan-puan yang dirahmati allah sekalian....

penulis sebenarnya merasa amat bangga dengan kebangkitan anak muda kita bersuara mempertahankan apa jua hak mereka....

walau dengan apa jua cara mereka meluahkan suara mereka...

sebenarnya ini satu corak kehidupan yang amat baik...

cuba sidang pembaca bayangkan jika anak muda lesu dan tak mampu untuk meluhakan pendapat...

mereka dibayangi perasaan takut ...
mereka dibayangi perasaan malu...
itulah lebih susah dan payah sebenarnya....

negera kita tak mampu untuk melahirkan para pemimpin pelapis dikalangan anak muda...

kerana kita kekurangan bakat dan tidak mampu menonjol kehadapan....

memang betul tidak sepatutnya lahir pemimpin yang bersifat tero ..

namun yang buruk kita boleh baikkan...

lebih mudah sebenarnya ..daripada kita nak melahirkan  semangat yang dah mati untuk kita hidupkan kembali...

Dalam arena politik pun sebenarnya...

pihak parti kerajaan mahupun pembangkang sudah menyedari bahawa golongan muda bisa merubah segalanya....

contohnya dari segi parti kerajaan sudah mula ditubuhkan bnvy,himpunan anak muda,kelab putera 1 malaysia,,pemuda umno malaysia dan pelbagai lagi...

parti pembangkang tidak kurang indahnya....dengan kewujudan skuad amk,muslimin dan muslimat pas,sri kandi pkr dan pelbagai ...

mereka cuba menggunakan aspek semangat anak muda yang inginkan perubahan untuk menjatuhakan kerajaaan...

WALLAHUALAM....

ISLAM AKAN DITERIMA BARAT...




Bismillah hi rahim......
Assalamualaiakum warahmatullah hi wabarakatuh….
Mungkin sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian akan merasa penulis berfikiran tidak matang dengan apa yang penulis nak kongsikan di medan pena penulis hari in…
Namun penderian penulis tetap sama,penulis yakin dengan apa yang penulis cuba tonjolkan  untuk sama-sama kita fikir kita renungkan,kita realatikan..
Sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian….
Percaya atau tidak..penulis cukup yakin bahawa suatu hari islam akan diterima barat…
Memang tidak siapa sangkalkan …berbagai ancaman yang kita umat islam terima dari dunia barat..
Mereka serang dan musnahkan bumi Afghanistan…
Mereka serang dan musnahkan bumi Iraq…
Tidak cukup dengan itu mereka cuba nak musnahkan bumi lubnan…
Akhirhnya bumi gaza terus diseksa sehingga sekarang….

Namun sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian ,allah berfirman dalam surah as-saff ayat 8
“Mereka mahu memadamkan cahaya agama dengan mulut mereka .Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamanya walaupun dibenci oleh orang kafir”

Tidak dapat dinafikan secara umumnya kualiti umat islam berada pada tahap yang amat rendah pada hari in ..antara sebabnya ialah bahaya wahan yang sedang melanda  umat islam sejagat…
Wabak ini menyerang dalam melemahkan  serta merosakkan hati mereka sehingga mereka kehilangan  kata dan taring akibat itu mereka senang di racuni
Sidang pembaca yang di rahmati allah sekalian…
Setiap yang buruk pasti ada pembetulanya…
Kalau sikap ghuraba ditanam dalam hati kita maka di situ akan terletak semangat islam yang sejati dalam diri  kita….

"islam membangun teraju wawasan mukminin berhemah tunggak perjuangan"

Insyallah..allah akan bersama orang yang benar…

wallahualam