Thursday, May 31

Kilauan nyanyian si warga emas






Salam kilauan emas musim ke 2 . ..Lepas habis astro  lancarkan demam akademi fantasi dan hampir 108 orang peseta yang menyetainya.. kita terpaksa lihat  mereka menyanyi dan membuka aurat tak tertentu arah..berpelukkan sesama bukan muhrim.. akhirnya tamatlah sudah demam akademi fantasia  selama 9 musim....

Maka sekarang ini astro melancarkan pertandingan mak cik dan pak cik yang pandai menyayi dan berniat nak jadi artis...

Apa yang perlu nak dikata saya pun tak  tahu..tapi yang saya ingin tegaskan sepatutnya program ini tidak patut di wujudkan ..tak payah la nak kita perhatikan bab lain hanya sekadar  melihat dari segi syaratnya pun sudah tentu langsung tidak logik.

Tidak sepatutnya mak cik dan pak cik yang berumur sekitar 40 tahun melakak di depan ribuan orang..Yang lebih memalukan menyanyi secara live di depan anak -anak muda dan cucu -cucu ...

Pada pendapat usia sebegitu lebih baik la meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan cuba-cubalah mendekatkan diri dengan yang maha esa...

Bukan saya nak menghalang niat pak cik dan mak cik..untuk menjadi penyayi terkenal dan artis...tetapi secara jujurnya menjadi diri pak cik dan mak cik sekarang lebih elok dari menceborkan diri dalam golongan artis yang penuh dengan  fatomorgana dan penipuan....

TUAI PADI SEMENTARA MASAK 
ESOK JANGAN TUNGGU-TUNGGUAN
GUNALAH MATA DAH HATI SEMENTERA NAMPAK
ESOK JANGAN SESAL-SESALKAN...


SALAM PERPADUAN..ONE PEACE.....




1 JUTA SERIBU MAKNA



Pada 23-27 mei yang lalu berlaku satu perhimpunan di putrajaya yang mana dikatakan hampir 1 juta belia seluruh berkumpul di sana untuk menyambut hari belia negara...saya tidak mahu orang yang menafikan sesatu yang benar walaupun ia nampak pahit di mata dan mengaibkan hati kita....

Kadang-kadang terfikir juga apakah niat dan tujuan utama himpunan ini diadakan  kalau saya persoalkan perkara ini di dalam page facebook  "himpunan belia 2012" maka akan adalah orang-orang yang akan memberi komen mengatakn hanya orang bodoh kenapa perhimpunan ini diadakan ..silap-silap hari ada pula orang tag saya dan memaki hamun saya

Saya pun tahu kerana hati dan fikiran saya belum buta..Tujuan perhimpunan ini diadakan ialah untuk menghimpunkan belia seluruh malaysia dan menunjukkan pada mata dunia bahawa belia seluruh malaysia hidup bersatu bersama kerajaan...

Ikhlas cakap  saya rasa tujuan utama perhimpunan ini diadakan ialah berbentuk politik..faham-faham je lah angin pilihanraya semakin kuat bergoncang ini.. so ini adalah antara usaha-usaha kerajaan untuk menarik sokongan belia.


Tetapi saya bimbang apa yang dihajatkan tak dapat dicapai apa yang yang cuba nak diealak akhirnya rosak binasa....


Cuba kita fikirkan secara hati yang terbuka..jiwa yang suci..Mampukah pihak berwajib mengawal sejuta orang belia yang datang dari pelbagai latar belakang dan tempat...?????

Saya berani jamin pihak yang berwajib tidak akan mampu mengawal golongan ini..tetapi alasan yang akan diberikan ialah "Depa dah besar-besar pandai la jaga diri" dan " kalau benda nak jadi jaga la ramai mana pun tetap akan terjadi"

Tetapi pihak kerajaan dan pihak pelaksana juga yang akan menangung akibat apabila terjadi sesuatu perkara yang buruk...

Kita mahu mengurangkan gejala pembuangan bayi.kita mahu mengurangkan gejala sumbang mahram di kalangan belia dan remaja,kita mahu mengurangkan gejala dada di kalangan belia dan remaja..tetapi kita cuba fikirkan adakah kita kurangkan aktiviti -aktiviti yang mengalakkan benda-benda sebegini...


Jawapanya tidak !!!! malah kita mengalakkan aktiviti -aktiviti sebegini....kita laksanakan malam final countdown pada setiap tahun malah kita laksanakan 2 kali dalam setahun ..Yang pertama untuk menyambut bulan kemeredekaan dan yang kedua pada sambutan awal tahun.... feedback yang diberikan amat buruk tetapi adakah kita bertindak menghentikan perkara itu.....?? jawapanya tidak !! 

So apa guna kita laksanakan kempen-kempen untuk mencegah perkara-perkara buruk sebegini kalau kita sendiri yang mengalakkan perkara sebegini

Kita kembali ke aktiviti yang dilakukan pada perhimpunan belia itu..memang saya akui banyak program berbentuk pembangunan modal insan dilaksanakan...tetapi dalam masa yang sama kita telah tenggelamkan input program itu dengan aktiviti-aktiviti lain yang lebih kepada berbentuk hiburan yang melampau....

Yang lebih menyedihkan kerajaan sendiri mengikut trend anak muda waktu dan masa ini iatu menjalankan tarian kpop dan penarinya menari separuh bogel...

Itu yang belum kita dapatkan laporan yang jujur dari pihak polis dan jakim mengenai bilangan kapel dan sumbang mahram yang dilakukan sempanjang perhimpunan itu..atau pihak jakim tidak akan buat operasi sebab ia program kerajaan...mahu menutup aib kerajaan..kalau ada pun sudah tentula laporan mengenai operasi itu tidak akan didedahkan ..tetapi saya yakin !!! tidak terkira bilangan anak dara yang pecah dara sewaktu program itu dijalankan ...saya yakin !!!! tidak terkira bilangan penagih boleh ditangkap di waktu program itu dijalankan ......

Saya ingin menegaskan secara jujur saya tidak bersetuju dengan Himpunan belia negara ini....kerana kebaikkan yang dibawanya langsung tidak dapat ditonjolkan tetapi keburukkan lebih banyak ditonjolkan ...


message to goverment ...jangan buka pekung sendiri kalau orang lain tidak buka pekung di dada anda

salam ukhwah...salam perpaduan


Panggilan murni..,,,,






Apa perasaan anda bila anda melihat gambar ini.......??? 

Saya berani gerenti anda mesti: marah ..maki hamun kat si pelaku...........

Apa tindakkan kerajaan bila melihat gambar ini..???

Sudah semestinya tangkap dan dakwa......

Apa tindakkan pembangkang bila melihat gambar ini...??

Sudah semestinya cakap kerajaan tak buat kerja....

Yang lebih penting apa reaksi golongan remaja dan anak muda melihat gambar ini ?

jawapan mereka mungkin ini  golongan kapel yang bodoh dapat body pastu belah....
hati tak kat  kepala lutut
tetapi apa pula reaksi mereka bila ini terjadi pada mereka
itu tanda saya sayang kat dia...
dia janji nak jaga saya
last sekali....
kembali pada benda yang sama....


Saya ingin bertanya sampai bila perkara ini nak berakhir...?? jujur dari hati saya ,saya berpendapat perkara ini tidak akan ada pengakhiranya sampai ke hari pembalasan..itu pendapat saya......maaf cakap...

saya ingin lontarkan  persoalan kepada golongan si pelaku....anda tak teringin ke nak dengar satu panggilan murni dari mulut bayi yang tidak berdosa bila ia dah besar ia melafazkan ...ibu !!!! saya sayang kat ibu....ayah !!!! saya sayang kat ayah.........

Apa perasaan anda bila saat anda nak buang si bayi di tempat yang anda sendiri tidak pernah dibuang oleh ibu anda sendiri di tempat sebegitu..tandas..dalam plastik ..dalam longkang...

Kalau  anda jijik melihat  anjing.biawak ..babi..ular..tapi anda kena ingat mereka tidak buang anak mereka-mereka merata-rata mereka jaga anak mereka ...tetapi anda yang buang  anak anda lebih j....k la dari mereka sebab anda dikurniakan akal fikiran tetapi anda tidak mengunakanya dengan sebaik mungkin ...sedangkan mereka tidak dikurniakan akal fikiran tetapi mereka jaga dan sayang anak mereka lebih dari anda yang membuang anak dari kandungan anda sendiri... y ???? human you said you are good but attiude like a animal.....

Yang lelaki salahkan kaum wanita...yang wanita salahkan kaum lelaki...saya nak tanya kalau lubang tak dibuka lubang manakan batang boleh masuk...kalau batang tak dijolok masuk lubang manakan perut boleh buncit..kalau hati tidak kotor..manakan mati si bayi yang tidak berdosa..... fikir -fikirkanlah..sampai bila...sendiriwara nak diteruskan.... saya hanya menulis yang membaca pembuat tindakkanya ...

Isu buang bayi yang semakin menular hari ini, kononnya mendapat perhatian sesetengah pihak. Namun, ia tidak seperti yang diwar-warkan. Ia hanyalah gimik semata-mata. Ia berdasarkan beberapa bukti :

1. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu penzinaan tidak pula dilihat.


2. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu pembunuhan manusia tidak diselesaikan dengan cara Islam.


3. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan undang-undang Islam masih lagi diketepikan.


4. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan institusi pelacuran masih hidup


5. Dan banyak lagi.


Di dalam artikel ini, suka untuk saya ketengahkan tentang pengharaman buang bayi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Antara yang boleh dijelaskan di sini ialah :


1. Penzinaan atau pelacuran diharamkan oleh Islam

2. Kes penzinaan tidak diselesaikan dengan undang-undang Islam
3. Undang-undang Islam ditolak
4. Pusat-pusat pelacuran underground masih berkembang biak
5. Pembuangan bayi terhasil daripada amalan-amalan haram yang disebutkan ini

Sebelum Buang Bayi...


1. Penzinaan atau pelacuran yang diharamkan oleh Islam, semakin berleluasa.


a. Islam mengharamkan zina dengan dalil yang jelas di dalam al Quran, Surah al Isra, ayat 32 :


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)


b. Telah disebut di dalam ayat ini bahawa zina tersebut akan membawa kerosakan. Antara kerosakan yang dapat dilihat ialah “pembuangan bayi” yang terjadi hari ini. Maka, Islam melarang sebarang kerosakan, tetapi sekular mempromosikan “zina” melalui serangan pemikiran sekularisme ( Mahyuddin Mokthar, Intisari Diskusi Buku Kenapa Kita Menolak Sekularisme, terbitan Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM, ms 2 )


c. Kajian Nationwide telah menyiarkan statistik pada 2006, menunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke 63, bilangan pengidap Aids yang teramai. Disebut bahawa pengidap Aids di Malaysia seramai 52 000 orang. Sepertimana yang kita ketahui, faktor terbesar Aids ialah disebabkan “zina”.


2. Kes Penzinaan tidak diselesaikan dengan cara Islam

a. Islam menggariskan bahawa hukuman bagi penzina terbahagi kepada dua jenis, iaitu samada sudah berkahwin, atau belum berkahwin. Orang yang berkahwin dikenakan hukuman rejam sehingga mati, manakala orang yang belum berkahwin dikenakan sebat sebanyak 100 kali, dan dibuang negeri. ( Dr Mustafa al Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Ali asy Syarbaji, al Fiqhul Manhaji, cet. ke 8, 2007, Darul Qalam, jil. 3, ms 417-420 )

b. Maka, apabila zina tidak dapat diselesaikan melalui cara sekular, akan menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi yang berleluasa. Pemerintah sepatutnya bertanggungjawab dalam melaksanakan hukuman Islam bagi penzina. Pemerintah yang tidak melaksanakannya dianggap sebagai satu jenayah. Allah SWT berfirman


Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir (Surah al Ma’idah : 44)


Di dalam ayat 45 menyebut dengan perkataan “zalim”, dan ayat 47 menyebut dengan perkataan “fasiq”. Jelas menunjukkan bahawa undang-undang Allah ini adalah satu kewajipan yang wajib dilaksanakan.


c. Undang-undang sekular, menjatuhkan hukuman denda beberapa ribu ringgit, sebatan (tidak sama dengan cara Islam) dan sebagainya, yang tidak sesuai untuk membasmi kes penzinaan. Bahkan pihak mahkamah terikat dengan undang-undang ini, yang jelas bercanggah dengan Islam.


3. Undang-undang Islam ditolak


a. Antara perkara yang menyebabkan lagi pembuangan bayi, ialah penolakan terhadap undang-undang Islam. Lihatlah firman Allah SWT di dalam Surah al Maidah, ayat 44 yang telah disebutkan sebelum ini. Manusia hari ini inginkan keamanan, sedangkan mereka menolak undang-undang Allah.


Sesudah itu, patutkah mereka berpandukan lagi kepada undang-undang Jahiliyah? Siapakah yang lebih baik undang-undangnya berbanding undang-undang Allah, bagi mereka yang yakin? (Surah al Ma’idah : 50)


b. Undang-undang Islam bukan sahaja ditolak, bahkan dipersenda dan dihina. Sedangkan mereka mendakwa bahawa inginkan keamanan dan kesejahteraan. Mereka yang mempersenda undang-undang Allah boleh membatalkan akidahnya. ( Dr Mustafa al Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Ali asy Syarbaji, al Fiqhul Manhaji, cet. ke 8, 2007, Darul Qalam, jil. 3, ms 466-467 )


Allah SWT berfirman


Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumnya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa. (Surah al Baqarah : 187)


4. Pusat-pusat pelacuran underground

a. Pusat-pusat pelacuran yang masih lagi wujud di beberapa tempat yang sedia makruf, kurang dikenakan tindakan yang sewajarnya. Bapa-bapa ayam masih lagi beroperasi dan bebas menjalankan “perniagaan anak dara”. Pelacur-pelacur merasa seronok apabila mendapat habuan setiap malam, sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah dibinatangkan.

b. Kenapakah pusat pelacuran ini boleh berkembang biak walaupun telah digariskan undang-undang? Jawapannya ialah, undang-undang yang digariskan tersebut tidak selari dengan Islam. Firman Allah SWT :


Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (Surah al Baqarah : 229)


FirmanNya lagi


Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya (Surah al Baqarah : 30)


Mempersoalkan tentang buang anak, seharusnya melihat kepada pelaksanaan undang-undang Islam yang semakin hari dinafikan oleh pemerintah.


c. Menghapuskan pusat-pusat pelacuran bagi pemerintah adalah satu perkara yang wajib. Sekiranya ia tidak dilakukan, maka pemerintah tersebut akan menanggung dosa sehinggalah terlucut jawatannya. ( Dr Mustafa al Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Ali asy Syarbaji, al Fiqhul Manhaji, cet. ke 8, 2007, Darul Qalam, jil. 3, ms 537-539 )


Pembuangan Bayi Terhasil Daripada Amalan-amalan Haram Ini


1. Sebelum ini telah disenaraikan beberapa perkara sebelum terhasilnya bayi yang terbuang. Kesemuanya adalah amalan haram, lalu menghasilkan anak haram, dan seterusnya berlakukan kes pembuangan bayi secara haram. Ia terhasil daripada perbuatan-perbuatan haram. Iaitu :


a. Penzinaan yang diharamkan

b. Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam
c. Penzinaan tidak diselesaikan dengan cara Islam
d. Pusat pelacuran yang diharamkan berkembang pesat

2. Maka, pembuangan anak ini disebabkan beberapa punca, samada pemerintah dan perempuan yang berzina. Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam, turut menerima dosa yang setimpal atas perbuatan mereka yang tidak melaksanakan undang-undang Islam.


3. Di dalam al Quran sudah menyebutkan bahawa zina itu akan membawa kerosakan, dan di antara kerosakan tersebut ialah jangkitan aids, pembuangan bayi, membunuh bayi dan banyak lagi. ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 8 ms 75 )


4. Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam juga akan menimbulkan kerosakan dan kezaliman. Ini kerana mereka sendiri sudah dikatakan sebagai zalim. Perkara ini telah diakui oleh Allah SWT :


Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (Surah al Ma’idah : 44)


Dalil Pengharaman Buang Bayi


Hukum buang bayi diharamkan di dalam Islam. Berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :


1. Allah SWT berfirman di dalam Surah al An’am, ayat 151


Maksudnya : Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

a. Daripada ayat ini, terdapat dua ayat yang menjelaskan tentang pengharamannya ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 4 ms450-451). Iaitu :

Pertama : Dilarang membunuh anak, kerana khuatirkan kemiskinan


Maka, apabila diharamkan membunuh anak kerana bimbangkan kemiskinan, apatah lagi sekiranya membunuh anak tanpa sebab, dengan membuang anak contohnya.


Kedua : Dilarang daripada menghampiri penzinaan


Iaitu larangan daripada menghampiri kejahatan atau penzinaan. Samada secara terang-terangan, ataupun secara sembunyi.


Ketiga : Dilarang daripada membunuh jiwa


Iaitu larangan membunuh jiwa. Samada anak sendiri, atau sesiapa sahaja. Buang anak adalah salah satu bentuk pembunuhan yang diharamkan.


b. Ayat-ayat di atas saling berkaitan di antara satu sama lain. Pada mulanya disebut tentang larangan membunuh anak, kemudian ayat melarang penzinaan, dan disusuli pula dengan larangan membunuh jiwa.


2. Allah SWT berfirman di dalam Surah al Isra’, ayat 31-33


Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

a. Ayat di dalam Surah al Isra ini berkaitan dengan ayat sebelumnya, iaitu bermula daripada ayat 22 sehingga 33. Kesemuanya menceritakan tentang dosa-dosa besar.

b. Membunuh anak khuatirkan kefakiran di antara dosa-dosa besar. Apatah lagi membunuh anak disebabkan alasan yang lebih ringan daripada itu. Ia juga berdasarkan hadis Nabi SAW yang akan disebutkan selepas ini. ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 8 ms 73-74 )


3. Hadis Nabi SAW


Daripada Ibnu Mas’ud RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW : Apakah dosa yang paling besar? Baginda SA menjawab : Sekiranya kamu menjadikan tuhan yang setanding dengan Allah, sedangkan Dialah yang mencipta kamu. Aku bertanya lagi : Kemudian dosa apa? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu membunuh anak kamu kerana takut dia berkongsi makanan bersama kamu (kemiskinan). Aku bertanya lagi : Kemudian? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu berzina dengan jiran kamu.


( Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, cet. Mu’assasah ar Risalah bah. 10, ms 263 no. 4415 / Imam Bukhari, Shahih Bukhari bah. 13, ms 394 no. 4117 / ibid. bah. 14, ms 420 no. 4389 dan banyak lagi )


a. Jelas di dalam hadis ini, larangan membunuh anak, dan ia di antara dosa yang besar, yang tersenarai. Apatah lagi membunuh anak tanpa sebarang alasan, dan anak tersebut hasil daripada penzinaan.


b. Maka, berzina adalah dosa besar, kemudian anak hasil penzinaan tersebut dibuang. Ini juga merupakan dosa yang besar. Maka, terdapat dua dosa besar yang ditanggung oleh penzina yang membuang anaknya.


Kesimpulan

1. Maqasid syariah (tujuan pensyariatan) menjaga 5 perkara, iaitu Agama, jiwa (maruah atau nyawa), harta, akal dan keturunan. ( Dr Jamaluddin Atiah,Nahwa Taf’il Maqasid asy Syariah, cet. pertama 1422, Darul Fikr, fasal 1, bah. 2, ms 28 - 48 )

a. Penzinaan akan merosakkan Agama, jiwa dan keturunan, sedangkan Islam menjaga perkara-perkara tersebut dengan mengharamkan penzinaan dan menghalalkan perkahwinan.


b. Pembunuhan akan merosakkan jiwa, harta dan keturunan. Sedangkan Islam menjaga kesemuanya dengan mengharamkan pembunuhan, melainkan berperang untuk menegakkan kebenaran.


c. Buang anak yang merosakkan jiwa, keturunan, Agama, sedangkan Islam menjaga perkara tersebut dengan mengharamkan buang anak.


2. Tiada sebarang alasan untuk membolehkan buang anak. Walaupun ada yang beralasan dengan alasan-alasan berikut :


a. Tiada duit untuk sara hidup, maka terpaksa membuang anak kerana keperluan peribadi.


Ia telah dijawab oleh Allah SWT di dalam ayat sebelum ini ( Surah al An’am : 151, Surah al Isra : 32 dan hadis-hadis Shahih ). Iaitu rezeki itu adalah milik Allah. Bukan disebabkan anak. Bahkan di dalam ayat tersebut juga menjawab bahawa anak itu adalah rezeki yang sebenar.


b. Menjaga maruah keluarga, sekiranya anak tersebut diketahui orang.


Menjaga maruah keluarga bukanlah dengan berzina kemudian membuang anak. Tetapi menjaga maruah ialah dengan menghindarkan diri daripada lembah penzinaan. Seseorang yang “bekerja sebagai pelacur, tidak pernah merasa maruahnya tercalar. Tetapi apabila sudah melahirkan anak, mereka mula khuatir tentang maruah mereka.


Kalau ada terkasar bahasa..saya  hulurkan 10 jari memohon ampun dan maaf kerana saya juga insan biasa hanya berniat untuk berkarya. di alam maya....



salam ukhwah fillah.....







Wednesday, May 30

Semangat kepartian







Salam satu parti umno
salam parti pas
salam parti pkr....

Berjagalah wahai dap.....
berwaspadalah wahai mca....
kerana aku yakin sandiwara partimu hampir terbongkar....


Kadang-kadang saya pelik melihat semangat kepartian yang terlalu tinggi dalam jiwa seseorang itu.....sehinggakan wujudnya dua imam...wujudnya dua tempat kenduri dalam suatu masa....tapi yang saya pelik kenapa semangat sebigini perlu tebal dalam diri kita.bukan tidak boleh ada semangat ini dalam diri seseorang tetapi tidak perlulah sampai merosakkan perpaduan islam....saya dah banyak kali melaungkan kata-kata ini...

Demi islam kita bersatu
Demi bangsa kita berpadu
mempertahankan maruah agama yang satu
memperkukuh benteng pertahan bangsa yang dicantai....
memperjuangkan maruah negara yang sayangi

So bagi saya tidak perlulah sampai bermasam-masam muka hanya kerana berlainan ideologi politik..kalau dah sampai waktu pilihanraya pasanglah bendera...ceramah sampai pukul berapa pun tetapi jangan sampai mengata orang..mengumpat orang...mencaci orang...fitnah sana sini....itu semua tidak perlu ....

Kerana di akhirat kelak tak ditanya pun kamu dari parti mana tetapai hanya akan ditanya tentang amal ibadat kita sahaja...so jadilah insan yang boleh survice dalam era demokrasi sebelum meminta dan mengkomen negara demokrasi...

Tuesday, May 29

Kehidupan di era remaja


Cinta monyet..Dalam entry saya sebelum ini saya dah keluarkan pendapat luahan hati saya mengenai cinta monyet ini..Saya pun pelik sebenarnya apa yang seronok sanga era cinta monyet.tetapi saya berani jamin setiap dari makhluk atas bumi allah ini mesti pernah melayari alam cinta monyet........termasuklah diri saya..bak kata pepatah ukur baju ditangan sendiri sebelum ukur baju ditangan orang....

Hasil dari pemerhatian saya lihat peratus berjaya cinta monyet ialah cukup rendah sekitar 1 hingga 18% tetapi yang gagal jangan ditanya la cukup banyak....

Minta maaf la saya katakan.....saya memandang cinta monyet dari sudut yang amat negatif  bagi saya positifnya tiada pun...tetapi yang saya peliknya cinta monyet di masa kini cukup ..cukup...cukup...mendasyatkan...

Kalau kita pergi taman atau tempat reaksi ..cuba kita perhatikan .. wajarkah ...jika saya katakan golongan cinta monyet inilah yang memenuhi ruang-ruang di taman permainan dan tempat reaksi .....Dah la dah penuh ruangan yang tak sepatutnya dipenuhkan ..buat pula..benda yang tak sepatutnya dibuat...BERPELUK LA..BERCIUMAN LA......Mungkin meraka menyangkakan masyarakat suka melihat gelagat mereka . mereka tidak tahu ada sesetengah masyarkat yang memaki hamun dan mencaci mereka....saya tanya adakah diri kita ini hanya layak untuk menerima caci hamun dan makian orang....tetapi kita fikir wajarkah kita menerima itu hasil dari perbuatan kita....Orang nak riadah...kita jadi haramjadah...orang nak bersama keluarga di taman permainan...kita duk buat anak di taman permainan ..Kan 18xx tu... sapa tak marah jika kita buat di tempat sebegitu.....

Satu lagi masalah dalam era cinta monyet in  iatu pilihan hati....cuba kita perhati pandang mengenai kapel-kapel ini..Kadang rupanya betul kata sesetengah orang budak sekarang pandang lelaki yang lebih tua dari mereka... Si pakwe umur 19 hingga 21... si mak we umur 15 hingga 19 je...tetapi dalam hp mahupun face by face i love u you love me.. Tak ke pelik itu....... Ada pula ...si mak we ni pandai...si pak we haprak tak guna..dadah dia hentam ..gam di isap, playboy pun  dia...Si mak we pandai ini sanggup pula terima orang macam itu kononya cinta tak kenal siapa....memang la kalau kita pandang cinta dari naluri nafsu.. nazubillah hi min zalik la....nak kenal siapa yang penting kacak dan hadsome...lepas itu jika ada masalah post pula dalam facebook kononya nak bagi orang pak we dia dan orang lain baca la...tak ke bodoh itu.. Apakah pemikiran anda seorang yang cerdik pandai melakukan perkara sebegitu rupa ....???

Saya kadang pelik-pelik bab budaya fb ni pun...apakah kelebihan kita ceritakan segala apa yang kita buat ke dalam laman sosial  itu...sampai kan nak makan pun cerita kat situ...nak tidur...nak call orang..nak kuar.... Yang lebih memalukan gambar ini macam-macam aksi diletakkan dalam facebook itu...Betul  !! facebook itu hak anda tetapi jangan guna facebook macam diari dalam bilik anda... TERPAMPANG BESAR DAH BILA KITA SERVE DI INTERNET ...FACEBOOK ( LAMAN MUKA BUKU) BILA ORANG ADD ANDA SEMUA BENDA DEPA BOLEH TENGOK

Itu baru sembang bab budaya orang bercinta.... satu lagi budaya yang saya semakin bimbang iatu budaya minum air ketum...saya pun pelik sebenarnya apa sedapnya budaya air ketum ini...kalau di bandar kurang percambahan budaya air ketum ini sebab depa lebih tertumpu kepada cita-cita nak jadi doktor ...hehehhehe

Tetapi di kampung banyak la sebab banyak bekalan..siap boleh buat dalam pelbagai rasa lagi dan campuran..

Yang saya pelik lagi sampai sanggup campur dengan ubat nyamuk pun ada...masyallah....apa punya pemikiran la tu.... think positif la guys.......apa guna menyeksa diri kelak semata-mata untuk keseronokkan sekarang dan masa hadapan....



FIKIR-FIKIRKAN LAH....KERANA ANDA SAJA BOLEH MENGUBAH DIRI ANDA BUKAN ORANG LAIN...

Monday, May 28

Bersih di mata kotor dihati menangis


Salam duduk bantah 28-4-2012 ........

Saya akui dari segi pandangan luaran saya menyokong 60% apa yang nak dilakukan oleh pihak bersih 3.0 ..Yang lagi 40% biarlah saya sahaja yang tahu kenapa saya tidak memberikan sokongan kepada apa yang dibawa oleh mereka ...

Tetapi pada 28-4-2012 saya terus menarik 60% sokongan saya keatas mereka malah saya berjanji  kepada masyarakat malaysia saya akan menentag 100% usaha yang dibawa oleh bersih 3.0...

Kerana apa......

Kerana dalam bersih 3.0 rosakknya keamanan .......




kerana apa......

kerana dalam bersih golongan pejuang fisabillah dianggap anjing kerajaan...........




kerana apa ........

kerana pada bersih ada unsur untuk merosakkan usaha untuk melahirkan cendikawan islam..........




kerana apa..............

kerana dalam bersih rosakknya golongan mujahidin islam dan muslimah islam





Malah yang lebih menyedihkan ada pula golongan yang dikatakan ulama menyokong usaha-usaha ini..


Oh politik .....sedihnya....

Sebulan dua ni... saya melihat satu perkembangan baru dalam arena masyarakat . Kadang-kadang terasa dalam hati malas nak ambil hal dalam arena politik duniawi ini , sebab terlalu banyak tipu helah.fitnah menfitnah,caci mencaci dalam dunia politik hari ini tetapi hati ini tidak sanggup melihat agama ku dipermainkan ,bangsa ku dikotak-katikkan..akhirnya tumbangnya pemerintahan anak sebangsaku dan rakan seagamaku yang selama ini bertahan begitu lama...Tetapi adakah akan jatuh mungkin hanya kerana dua sebab yang pertama tentangan dari rakan seagama dan sebangsa sendiri yang kedua dari musuh agama yang sudah sememangnya sekian lama mencari jalan untuk mejatuhkan agama ku ini.....


Malah ada sesetengah parti politik yang mengeluarkan kenyataan kalau tidak sokong akan parti itu dan menyokong parti politik satu lagi..makan seseorang itu akan murtad...

Ingatlah wahai rakan-rakan akan hadis yang diriwayatkan oleh nabi muhammad saw iatu :

"Dari Abu hurairah R.A Nabi s.a.w bersabda sesungguhnya allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi allah melihat hati-hati kamu "

                                                                                                                                        riwayat muslim

Jadi kenapa perlu ada bidaah seperti itu dalam konteks politik masa ini .. Ya memang betul orang kata lumrah politik ini ialah yang memerintah akan cuba melakukan apa sahaja untuk mempertahankan pemerintahanya..Yang membangkang akan cuba membakar semangat rakyat untuk menentang apa saja yang dilakukan oleh kerajaaan....

Tapi yang saya amat sedih apabila sesetengah pihak sanggup menjual maruah agama dan bangsa untuk mencapai cita-cita tersebut...

Kadang-kadang dengan hanya melihat suasana politik masa kini..saya beranggapan bahawa masyarakat islam dan melayu sudah menunjukkan kelamahan diri mereka kepada golongan gkpn..

Golongan gkpn ini akan cuba memecahbelahakn masyarakat islam dengan hanya menyerang dari aspek politik  !!! minta maaf saya katakan bahawa Mca dan DAP matlamatnya masih sama untuk menjatuhkan pemerintahan orang islam .bangsa melayu...Walaupun mereka berlainan parti tapi masih bergerak dalam golongang gkpn...

Kita kena ingat dalam islam allah telah sebutkan dua golongan yang pertama ulama ..golongan agama yang wujud dalam sebuah negara islam...dan mereka akan bertindak dalam hal ehwal agama..golongan ini perlu bijak untuk bergerak dalam situasi di masa ini . Jika mereka akan dibawa oleh arus gang gkpn..maka akan berlakulah percanggahan pendapat sesama mereka....

Yang kedua ialah golongan umara . golongan umara ialah golongan pemerintah dalam sebuah negara ..Golongan umara ialah golongan yang paling bahaya iatu golongan yang akan memerintah sebuah negara ...kerana di bawah golongan ini ialah golongan yang diperintah , kerana golongan yang diperintah ini terdiri dari pelbagai latar belakang dan profesion..Disamping itu juga golongan yang diperintah juga mempunyai suara pihak pembangkang yang sudah tentunya niat mereka untuk menjatuhkan kerajaan.....

Kesimpulanya wahai kaum nabi muhamaad s.a .w dan anak cucu nabi adam bersatulah atas nama islam ..berpadulah atas nama bangsa..untuk mewujudkan " baidatun toi yi bah warabuh ghafuur"











Saturday, May 19

cinta monyet

 

Cinta Monyet - Setiap orang pasti pernah mengalami cinta monyet. Meskipun hanya berupa cinta sesaatcinta monyet bisa menjadi cinta abadi yang tak terlupakan, atau cinta yang penuh dengan kekecewaan. Tapi yang pasti, cinta monyetmenyimpan sejuta kisah lucu antara dua anak manusia yang sedang kasmaran , yang masih malu-malu untuk menuturkan kata hati mereka. Biasanyacinta monyet  berawal dari kita memasuki SLTP bahkan anak SD pun bisa mengalaminya dan ini biasanya kita dari pertemanan yang berlanjutmenjadi cinta

Cinta monyet biasanya di alami oleh remaja usia sekolah yang mana tidak tidak direstui oleh orang tua karena masih kecil. Itupun kalo pacaran biasanya sembunyi-sembunyi atau backstreet. biar tidak ketahuan oleh orang tua. biasanya cinta monyet suatu hal wajar yang menyukai lawan jenis . Cinta monyet biasanya tidak dikategorikan suatu hal yang tabu. akan tetapi suatu hal yang pasti dialami oleh setiap orang. bila kita mengingat cinta monyetyang terjadi pada kita kita hanya tersenyum simpul. Pada saat itu dunia hanya milik kita berdua yang lain pada ngontrak…yang sedang kasmaran memadu kasih. Jiwa mudanya akan merasakan cinta monyet itu bergejolak dan menggebu-gebu. dan bila kita diputuskan oleh pasangan kita sangat sakit dan sangat kecewa  sampai tidak makan 3 hari 3 malam. hahaha…. apa lagi kalo pasangan kita menyukai orang lain..Wah dunia ini seperti akan mau kiamat.  Masa remaja adalah masa memilih dan memilih. tapi terkadang kita juga semangat apabila pasangan kita memberikan sesuatu yang spesial. Cinta monyet adalah masa yang indah, cinta monyet juga penuh dengan liku-liku cinta yang penuh cerita.

kita defenisikan secara mudah iatu  kepada benda penting dalam cinta monyet iatu:

1)Ramai golongan sltp dan sd terkandas dalam pelajaran kerana golongan ini terlalu asyik bercinta dan mula melupakan perkara..tetapi saya tidak menafikan golongan yang boleh berjaya walaupun asyik bercinta monyet

2)kerana cinta monyet juga ramai anak gadis kita sekarang kahwin tanpa dara...

3)persoalany setakat mana cinta monyet mampu bertahan?

Friday, May 18

Apa bezamu si gadis tudung???


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.
Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Yang saya paling pelik di masa kini ialah kaum hawa yang pakai tudung tapi perangai dan sikap macam budak yang tak pakai tudung...ish..ish..ish.. kenapa boleh jadi macam tu?

cuba kita bezakan dengan tiga pic di atas tu..apa bezanya...Nak jadi yang pic yang pertama ...cukup mudah..tetapi bayangkanlah apa guna hanya islam pada nama..jiwa masih mencari-mencari. kehidupan duniawi dan ukhrawi.nak pic yang kedua agak payah perlu tutup yang diatas tetapi yang dibawa up 2 u la...you want you close ..you dont want you open..jiwa masih lagi mencari..apa guna yang diatas tutup rapi tetapi dibawah ku buka semuanya..pic yang ketiga paling payah..kerana diwaktu inilah kaum ajnabi akan sentiasa menduga kerana mengikut kajian ramai lelaki zaman sekarang suka perempuan yang bertudung.tetapi untuk pic yang ketiga yang sempurna ialah bukan saja luaran yang perlu sempurna dalaman juga perlu dikukuhkan..
Ada seorang budak perempuan ini seorang mahasiswa ..dulu dia tak pakai tudung..tapi selepas habis cuti sem di berubah ke pakai tudung... ALHAMDULILLAH.....tetapi selepas seminggu pakai tundug maka terbongkarlah rahsia kenapa dia pakai tudung rupanya ada seorang budak lelaki ini yang minat dia minta dia pakai tundung...masa cuti sem baru ini dia asyik berhubung je dan lelaki itu asyik minta si perempuan pakai tudung.. jadi lepas u buka semula si perempuan ini kembali la ke u dengan imej baru iatu pakai tudung..kawan-kawan pun pelik dan bertanya kenapa kau boleh berubah ini...Dia cakap ini mungkin hidayah...Nak dijadikan cerita lepas seminggu berimej di pun asyik berjumpa je dengan si lelaki itu..sampai ke lewat malam ..kadang-kadang sampai ke awal pagi....PULAK DAH... persoalanya tak sedarkah si perempuan yang apa guna di pakai tundung kalau berdating dengan lelaki ...hingga lewat malam
Wahai kaum hawa...sedarlah ...bahawa apabila anda berniat untuk memakai tudung maka anda telah membawa 0.95 peratus maruh agama islam..so be ware ...
Cuba anda renungkan satu persoalan ini apa guna pakai tudung..apa guna pakai tudung?? kalau anda berpegang tangan dengan lelaki...apa guna pakai tudung..kalau anda berdating dan bercium dengan lelaki..come sahabat ku kaum hawa ..kita sama-samala menjaga maruah kita selama kita mampu....takbir...









KATA-KATA ULAMA



Salam ukhwah fillah kepada rakan-rakan yang sudi baca blog tulisan kami ini..Apakah untuk menentukan seusatu itu haram atau tidak adakah kita hanya perlu mengambil pandangan ulama sahaja???? Malah sesetengah sahabat kita hanya bertanya kepada seorang sahaja ulama untuk mengetahui sama ada sesuatu benda itu boleh atau tidak dilakukan...Come on bro...Para ulama juga manusia biasa..mereka juga tidak akan lari dari melakukan fitrah alam..

Kadang-kadang sesetengah ulama memberikan pendapat mengikut kepentingan diri sendiri...tetapi bukan semua sesetengah sahaja..so as a muslim..kita juga harus berhati-hati untuk mengambil sebarang pendapat ulama. Jangan hanya mengunakan pendapat seorang ulama sahaja untuk dijadikan hukum yang maktub...

Di negara kita malaysia ini tidak kurang ramainya para ilmuan agama ( ulama) ..tambahan lagi ramai pula para ilmuan agama dari luar negara datang berhijrah ke malaysia..so untuk merungkaikan sesuatu kemusykilan pelbagai pendapat..jangan hanya ambil pendapat seseorang dan jadikan ia maktub...Amalan itu cukup bahaya... 

Saya bimbang amalan ini akan dijadikan tabiat kepada umat islam.....Tolongla ..untuk merungkaikan sesuatu kemusykilan dapatkan pelbagai pendapat..jangan hanya guna sesatu pendapat sahaja...Kalau masih musykil jangan risau ubat paling mujarab untuk kemusykilan itu ialah.... "AL QURAN KALAMULLAH"... Ceriakan minda, teguhkan hati..lancarkan iman.....salam penghulu segala hari....


Wednesday, May 16

Di mana tahap kepekaan orang melayu?


Saya pasti jika keluar artikel ini di laman sosial facebook...pasti ramai yang membuat post meminta rakan-rakan lain report page ini kepada pihak pengurusan facebook...memang harus dipuji kalau pasal bab ini orang melayu cepat peka..Kerana mengikut kajian hampir 95.6% pengungjung laman sosial facebook laman sosial facebook paling kerap ialah orang-orang malaysia yang terdiri daripada orang melayu.....so tak hairanlah kalau setiap apa yang berlaku di facebook cepat dapat tahu..menghadap itu je 24 jam...ramai penghuni golongan ic m bersatu membuat report terhadap artikel yang dikeluarkan untuk menghina sesuatu bangsa...

Tetapi cuba kita teliti dan lihat...Adakah wajar orang kafir ( bukan islam ) menindakkan penyebaran agamanya...apabila saya keluarkan sebegitu rupa ada sesetengah orang mengatakan sekurang-kurangnya rasa alert kita kepada benda tersebut....

Okey........kita sebut bab peka atau alert (bagi yang jarang-jarang makan sambal belacan cicah timun)itu kita pandang jika orang lain nak pecahkan dan jatuhkan maruah agama kita...tetapi macam mana pula jika saudara seagama kita sendiri yang menjatuhkan maruah agama kita....

Cuba kita perhatikkan di laman sosial facebook ini...minta maaf la asyik sebut fb je sebab yang paling top pun fb la..Berapa ramai saudara seagama kita yang mendedahkan aurat mereka di facebook..malah di masa kini ada pulak dah yang duk gatal nak main  "webcam" kononya nak sembang secara live..Yang lebih menyedihkan waktu webcam tu kadang-kadang seurat kain pun x dak...itu tak pe la..orang lain tak tau..hanya allah  dan tukang webcam je tau...Tetapi macam pula kalau yang jenis letak pic sebegitu sebagai pic profile..Ha...berapa orang pula nak report kat fb pasal kes sebegitu?????

Saya rasa jauh engang dari pipit...dari berjuta penghuni ada ku fb..ada la kut 900 yang report...tetapi ada la juga pada tak dak sekurang-kurangnya...yang lain ada yang berpendapat ala biasa la bro zaman baru dunia baru la...macam tu pula.....


Cuba kita pula dari aspek kempen-kempen yang dijalankan oleh sesetengah pihak untuk mempertahankan maruah agama di laman sosial ini...

https://www.facebook.com/JagaAuratSepanjangHayat?ref=ts

SO..AKHIR KALAM..HAYATI JIWA KUKUHKAN NURANI