Thursday, May 31

1 JUTA SERIBU MAKNA



Pada 23-27 mei yang lalu berlaku satu perhimpunan di putrajaya yang mana dikatakan hampir 1 juta belia seluruh berkumpul di sana untuk menyambut hari belia negara...saya tidak mahu orang yang menafikan sesatu yang benar walaupun ia nampak pahit di mata dan mengaibkan hati kita....

Kadang-kadang terfikir juga apakah niat dan tujuan utama himpunan ini diadakan  kalau saya persoalkan perkara ini di dalam page facebook  "himpunan belia 2012" maka akan adalah orang-orang yang akan memberi komen mengatakn hanya orang bodoh kenapa perhimpunan ini diadakan ..silap-silap hari ada pula orang tag saya dan memaki hamun saya

Saya pun tahu kerana hati dan fikiran saya belum buta..Tujuan perhimpunan ini diadakan ialah untuk menghimpunkan belia seluruh malaysia dan menunjukkan pada mata dunia bahawa belia seluruh malaysia hidup bersatu bersama kerajaan...

Ikhlas cakap  saya rasa tujuan utama perhimpunan ini diadakan ialah berbentuk politik..faham-faham je lah angin pilihanraya semakin kuat bergoncang ini.. so ini adalah antara usaha-usaha kerajaan untuk menarik sokongan belia.


Tetapi saya bimbang apa yang dihajatkan tak dapat dicapai apa yang yang cuba nak diealak akhirnya rosak binasa....


Cuba kita fikirkan secara hati yang terbuka..jiwa yang suci..Mampukah pihak berwajib mengawal sejuta orang belia yang datang dari pelbagai latar belakang dan tempat...?????

Saya berani jamin pihak yang berwajib tidak akan mampu mengawal golongan ini..tetapi alasan yang akan diberikan ialah "Depa dah besar-besar pandai la jaga diri" dan " kalau benda nak jadi jaga la ramai mana pun tetap akan terjadi"

Tetapi pihak kerajaan dan pihak pelaksana juga yang akan menangung akibat apabila terjadi sesuatu perkara yang buruk...

Kita mahu mengurangkan gejala pembuangan bayi.kita mahu mengurangkan gejala sumbang mahram di kalangan belia dan remaja,kita mahu mengurangkan gejala dada di kalangan belia dan remaja..tetapi kita cuba fikirkan adakah kita kurangkan aktiviti -aktiviti yang mengalakkan benda-benda sebegini...


Jawapanya tidak !!!! malah kita mengalakkan aktiviti -aktiviti sebegini....kita laksanakan malam final countdown pada setiap tahun malah kita laksanakan 2 kali dalam setahun ..Yang pertama untuk menyambut bulan kemeredekaan dan yang kedua pada sambutan awal tahun.... feedback yang diberikan amat buruk tetapi adakah kita bertindak menghentikan perkara itu.....?? jawapanya tidak !! 

So apa guna kita laksanakan kempen-kempen untuk mencegah perkara-perkara buruk sebegini kalau kita sendiri yang mengalakkan perkara sebegini

Kita kembali ke aktiviti yang dilakukan pada perhimpunan belia itu..memang saya akui banyak program berbentuk pembangunan modal insan dilaksanakan...tetapi dalam masa yang sama kita telah tenggelamkan input program itu dengan aktiviti-aktiviti lain yang lebih kepada berbentuk hiburan yang melampau....

Yang lebih menyedihkan kerajaan sendiri mengikut trend anak muda waktu dan masa ini iatu menjalankan tarian kpop dan penarinya menari separuh bogel...

Itu yang belum kita dapatkan laporan yang jujur dari pihak polis dan jakim mengenai bilangan kapel dan sumbang mahram yang dilakukan sempanjang perhimpunan itu..atau pihak jakim tidak akan buat operasi sebab ia program kerajaan...mahu menutup aib kerajaan..kalau ada pun sudah tentula laporan mengenai operasi itu tidak akan didedahkan ..tetapi saya yakin !!! tidak terkira bilangan anak dara yang pecah dara sewaktu program itu dijalankan ...saya yakin !!!! tidak terkira bilangan penagih boleh ditangkap di waktu program itu dijalankan ......

Saya ingin menegaskan secara jujur saya tidak bersetuju dengan Himpunan belia negara ini....kerana kebaikkan yang dibawanya langsung tidak dapat ditonjolkan tetapi keburukkan lebih banyak ditonjolkan ...


message to goverment ...jangan buka pekung sendiri kalau orang lain tidak buka pekung di dada anda

salam ukhwah...salam perpaduan


No comments:

Post a Comment