Sunday, October 13

FACEBOOK PENAWAR HATI...







Bismillah hi rahma ni rahim...

selawat dan salam ke atas junjungan nabi muhammad sallah waalaihiwasalam...

assalamualaikum waramatullah hi wabarakatuh

sidang maya yang dirahmati allah sekalian

apa tujuan facebook di cipta mark zabberg

denga slogan yang cukup sedap iatu

"for help you to connect  anda share with people in your life"

namun penulis tidak nampak pula...

dia cakap to kutuk orang
to maki orang
to menjatuhkan maruah orang mahupun maruah sendiri

to luahkan masalah...
to luahkan apa yang di hati

tidak sama sekali sidang hadirin sekalian

tapi kenapa kita buat perkara ni

adakah kita nak bagi semua orang tahu apa yang ada dalam hati kita...
adakah kita nak bagi semua orag faham yang kita benci pada seseorang atau kita sayang pada seseorang

penulis berharap tidak adalah perasaan sebegini dalam hati kita

sidang maya yang dirahmati allah sekalian

kalau penulis bertanya ..adakah  wujud jawapanya

kenapa kita terlalu taksub dengan facebook

boleh ke facebook menyelesaikan masalah kita
boleh ke facebook menenangkan hati kita

penulis tak perlu bagi jawapan sebab jawapanya ada dalam hati tuan-tuan

sidang maya yang dirahmati allah sekalian

facebook pada dasarnya oleh yahudi lakantullah

untuk memusnahkan perpaduan umat islam

ternyata apa yang dihajatkan telah sampai

kalau kita gunakan facebook dengan cara yang cantik...

kita berdakwah kita semangat daie di facebook

maka tentunya mark zebber dan rakanya

akan tersipu malu tanpa sebab...

penulis bukanlah nak tunjuk salah orang lain...

tapi penulis ingin menegur diri penulis sendiri 

wallhualam...























Wednesday, September 25

WORK FOR ISLAM




Bismillah  hi rahma ni Rahim…
Assalamualaikum waramatullah hi wabarakatuh….
Bila disebut pasal dakwah ….
Kebanyakkan anak muda telah tertarik dengan konsep dakwah ni….
Baru-baru ini ada seorang muslimat hantar…kemudian selang 3 hingga 4 hari lepas tu seorang muslimin pula menghantar private message (pm) kepada penulis bertanyakan mengenai apakah salah kita berdakwah mengunakan teknik fesyen…..
Aiwah….
Hebat kedua anak muda ini  berfikiran….pada pendapat penulis tidak salah…malah penulis amat galakkan… tapi jangan salah faham…..
Yang penulis galakkan ialah fesyen ke atas diri kita….
Memang penulis akui pelbagai jenis fesyen dikeluarkan oleh golongan barat sekarang
Yang mempergerakanya orang melayu beragama islam…
Tak salah kalau kita nak berdakwah melalui teknik fesyen…
Namun cukup la sekadar fesyen kenakan ke atas diri kita
Tak perlu la kita naik atas pentas ..atas pentas ni
Jangan la kita tambahkan pengaiban sebuah agama yang semakin dimalukan ini

Kalau nak dijadikan profesion perkerjaan macam mana ya??

Jawapanya  kalau ada kerja lain cari la kerja lain dulu . perkerjaan sebegini letak la sebagai pilihan terakhir

Tapi saya nak bawa gaya fesyen ala islam boleh tak???tak kan boleh kut Islamic fesyen??

Pada pendapat penulis islam la sangat sebelum masuk ke dunia yang sebenar…dah jadi satu perkerjaan esok…islam ke mana..fesyen ke mana….
Bukan tak de yang bertahan…
Ada…Cuma lebih banyak yang tak de dari ada...
Lagi 1 cuba Tanya pada diri kita sendiri tahankah kita dengan dunia gosip menggosip ni….??
Macam-macam fitnah dilontarkan kepada kita ???
Sama ada betul atau tidak…wallahualam

Kesimpulan penulis mudah….. pada kaum hawa….kalau dipakai dengan sempurna fesyen versi islam tu…tak kan cantik..masalahnya ada yang dikurangkan fesyen tu
Pada kaum adam  pun sama ..jangan cacat dan contengkan pakaian anda
Sepuluh 10 jari disusun memohon maaf kalau ada salah dan silap hasil dari kata-kata penulis tu…
Kepada para pengamal fesyen versi Islamic penulis sentiasa menyokong usaha anda..

Walllhualam


AL DAIE



Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh
Pada entry kali ini penulis ingin menulis mengenai  konsep dakwah…
Baru-baru ni ada seorang sahabat mengupdate post di laman social facebook…
Katanya dalam entry itu …
“adakah dengan hanya panggilan ana dan enta,ana dan enti melambangkan kita dah bersahabat baik dengan seseorang itu…”

Persoalan yang beliau timbulkan..
Bagaimana dengan orang yang diluar sana yang tidak menggunakan perkataan itu
Adakah mereka tidak bersahabat baik…. So bukan tak boleh  nak guna perkataan sebegitu …tapi bersusian dengan situasi dan tempat la….”

Pada pandangan penulis entry ini cukup bagus malah boleh dikatan update yang baik..
Bagaimana si sahabat ni memberi pandangan dan menegur hanya dalam suatu entry di laman maya
Sidang maya yang dirahmati allah sekalian
Konsep dakwah merupakan satu konsep yang cukup cantik…
Kalau dilaksanakan secara cantik dan kemas….
Ia boleh virus utama kepada kaum yahudi…
Namun malangnya…
Cara para pendakwah memainkan peranan dan membawa  konsep ini
Merupakan satu elemen yang penting untuk sesuatu penilaian mengenai keberhasilan sesuatu dakwah itu…
Jelas tuan-tuan
Sikap para pendakwah sekarang yang menyampaikan dakwah amat tidak bersusian dengan situasi masa kini
Ada yang menyampaikan dakwah untuk meraih populariti
Ada yang menyampaikan dakwah untuk sesuatu parti
Kadang-kadang bila dah popular ni pun masalah juga
Bila seseorang pendakwah ini popular dia boleh jadi semakin lupa mengenai tujuan asal ia menyampaikan dakwah
Gaya bahasanya sudah berubah
Dah mula nak mengata orang
Pada mulanya sedap mendengar  penyampaian dakwah yang telah disampaikan tu
Tapi bila dah gaya berubah…
Hati pendengar pun dah jadi berbelah bagi
Sama lah dengan entry sahabat tadi…
Dengan hanya panggilan sahaja ia boleh menyebabkan ada sempadan antara  seorang dakwah dengan masyarkat ….
Memang la ada orang cakap
Bahasa inggeri boleh belajar
Tak kan bahasa arab tak boleh belajar
Sedangkan bahasa arab itu bahasa al quran
Penulis tidak menafikan ayat itu
Cuma kalau semua orang  faham benda yang sama ok la…
Masalah sekarang berlaku pertindihan pendapat so kita undur la diri
Tak semua pendakwah begitu
Namun bak kata pepatah
Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga

Janganlah kita rosakkan maruah islam yang semakin dicabar ni…
Marilah sama-sama kita indahkan agama kita yang suci ni

Tuesday, September 24

perjuangan...



Bismillah hi rahma ni Rahim….
Assalamualaikum warahamatullah hi wabarakatuh…
Bersyukur kita terhadap allah s.w.t
Kerana dengan limpah kurnianya kita masih dapat bersama-sama berkongsi pendapat dalam alam maya ni
Sidang maya yang dirahmati allah sekalian
Ramai yang mengkritik penulis kerana terlalu banyak menyentuh soal politik
Jawapan penulis mudah dan ringkas…penulis  menulis pasal politik kerana politik islam tidak boleh dipisahkan …
Sedar atau tidak…semenjak dua menjak ini politik antara faktor utama yang telah menyebabkan perpecahan berlaku di kalangan umat islam dan agama islam dipandang sinis oleh masyarakat…

Sidang maya yang dirahmati allah sekalian…
Pada entry kali ini menyentuh sedikit…pasal pemilihan mt di pihak sebuah parti yang dinamakan united Malayan organation….

Sidang maya yang dirahmati allah sekalian
Alhamdulillah…hasil dari cadangan-cadangan sistem kouta dalam parti tersebut telah pun dimansuhkan ….
Pada pemilihan kali ini…siapa pun boleh bertanding…kalau rasa diri dah nak menang la…

Namun sidang maya yang dirahmati allah sekalian….
Masih ada banyak kekurangan yang boleh dipertebulkan…
Antaranya amalan lobi wang…
Amalan fitnah menfithnah….
Yang mana amalan ini sepatutnya tidak  layak diamalkan dalam sebuah parti yang pemimpinya cuba mengamalkan dan berteraskan tranformasi ke arah kebaikkan…

Walllhualam..

Saturday, September 14

virus syiah...




Bismillah hi rahma ni rahim...

asslamualaikum waramatullah hi wabarakatuh...

sidang maya yang dirahmati allah sekalian...

sebulan dua ini isu ketegangan di mesir menjadi bualan hangat dunia...

sidang maya dirahmati allah sekalian...

banyak pendapat yang penulis dapat baca dari akhbar mahupun dari media eletronik...

ada yang menyebalahi kerajaan mesir..

ada yang menyebelahi rakyat mesir...

penulis hanya mengeluarkan entry ini untuk meluahkan pendapat penulis tanpa niat untuk menjatuhkan atau menidakkan pendapat mana-mana pihak...

setiap orang berhak menyuarkan pendapat...

penulis cuba untuk menjadi insan  yang sentiasa menghormati hak mengeluarkan pendapat...

sidang maya yang dirahmati allah sekalian...

kalau kita kaji kembali mengenai apa yang berlaku di mesir ???

insyallah ..kita akan dapat satu input yang kalau tidak dikawal secara serius apa yang berlaku di mesir juga akan berlaku di negera tercinta kita malaysia..

sedar atau tidak....

rakyat mesir bukan berdepan dengan penceroboh negara asing..
tetapi berdepan dengan rakyat dan pemimpin negara sendiri yang menganut fahaman syiah...
yahudi laknantullah tidak perlu menyerang negara mesir secara terang-terang...
tetapi mereka menggunakan rakyat negara itu sendiri untuk mejahanamkan negara itu sendiri...
penulis tak tahu sama ada penduduk dunia sedar atau tidak...
disebalik kekejaman syiah di mesir ialah yahudi dan rejim zionis...

kenapa mesir...
kenapa tak malaysia...
kenapa tak negara islam lain

sedar tak sidang pembaca sekalian...

yang di mesir ada sebuah institut pengajian yang hampir 95% masyarakat islam dunia mahu melajutkan pelajaran ke situ....

tak lain tak bukan ..universiti al azhar...

universiti al azhar ini merupakan antaravirus utama kehancuran fahaman syiah
antara virus utama kehancuran negara -negara yahudi laknatullah

cuba sidang pembaca lihat apa yang jadi kepada pentadbiran universiti al azhar sekarang...

agak kucar-kacir.....

pensyarahh dari universiti tersebut mempersoalkan di mana mufti mesir dan mursyidul al azhar ketika sedang merosakkan umat islam di mesir

mahasiwa mahasiswi dari malaysia terpaksa pulang walaupun ada diantara mereka sedang berada dalam tahun akhir

mungkin sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian akan merasa kurang bersetuju dengan pendapat penulis...itu terpulanglah kepada hak individu...

sidang pembaca sekalian  cuba kita tengok sejarah perkembangan di malaysia...

dulu fahaman syiah tidak begitu meluas di malaysia dan ia banyak tertumpu hanya di babdar-bandar utama..

senang cerita bahasa orang muda "underground"

tetapi sekarang tidak....

hampir setiap negeri mempunyai satu markas utama syiah...

dan fahaman ini merebak secara luas dalam sebuah negeri itu

malah pengikut fahaman syiah ini dengan berani mengadakan majlis perjumpaan secara terbuka dan disiarkan dalam media sosial...

lebih merbahaya lagi...pengikut ajaran syiah ini ada dikalangan mereka merupakan golongan profesional dan pemimpin-pemimpin utama sebuah parti politik 

sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian...

antara pengikut fahaman syiahh ...

merupakan seorang pensyarah dan guru
merupakan seorang dr
merupakan seorang pemimpin politik...
merupakan seorang pengamal udang-undang..

cuba sidang pembaca sekalian lihat situasi ini...renung-renungkan ...

mengikut data terbaru dari jabatan kemajuan islam malaysia (jakim)

1,616-gagal mencucap dengan betul
1553-gagal subjek pendidikan islam ...(calon spm dan pmr,stpm)
2,901- gagal subjek rukum iman ( calon spm,pmr ,stpm,)

berapa ramai rakyat malaysia cuba mencari agama dengan cara yang mudah ???

bagaiman penganut syiah dalam profesion yang cuba penulis terangkan di atas memainkan peranan untuuk meluaskan fahaman syiah....

sidang pembaca sekalian...

sikap pendakwah ahli sunnah sendiri  yang... minta maaf penulis cakap ada diantaranya yang ":assabiayah"

cuba la sidang pembaca sekalian fikirkan ....

dengan tenang dan hati yang terbuka...

walllhualam...




Friday, June 28

Riadah itu indah.....



Bismillah hi rahma ni rahim



Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.

Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)

Banyak hadis menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang.

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Fokus utama riadah kita minggu ni ialah sama-sama tengok bola antara

Johor vs kelantan

who win who lose?

Kalau tanya pilihan penulis

walau dimana pun wey...gomo kelate...gomo kelate
semangat anak kelantan

i choose kelantan....

2-0

walaupun saya bukan anak kelantan..

Thursday, June 27

cinta for married






Bismillah hi rahma ni rahim

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...

cinta itu satu permainan dalam hati kita

penulis rajin dengar ayat yang dipetik dari sebuah hadis junjungan besar nabi muhammad s.a.w

cintailah seorang wanita dengan niat untuk mengahwininya
jika tidak haram bagi seorang adam untuk mencintai kaum wanita 

ayat ni khas untuk orang belum kahwin ya...

kalau yang nak pasang lagi 1 tu..atau lebih

walllhualam

ayat ni jugalah ayat paling power nak mengurat awek sekarang
confirm cair lentok habis

memang betul hadis nabi ini tepat bagi golongan percintaan

namun kita kena tengok dalam keadaan macam mana ayat tu nak ditafsirkan

ni umur baru 13 hingga 16 tahun

dah ada niat untuk berkahwin

hey....anak teruna
hey..si anak dara

hampa nak makan apa....

memang la ada pepatah yang mengatakan

sedangkan cacing dalam tanah pun boleh makan
inikan pula manusia

sanggup ke hampa nak bandingkan diri hampa dengan cacing je

bagi makan buah petai dan kenuak pun muntah -muntah ni kan pula nak makan macam cacing makan

confirm fail........

wahai kaum hawa...

jangan terlalu mudah termakan kata-kata anis seorang anak adam

sat g hampa juga yang merana
menangis sini sana

sesal kemudian tak guna
sesal awal insyallah boleh dielakkan

cuba kita tengok konsep percintaan dalam islam

Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya. Jika tidak, boleh merosakan.
Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara, sehingga boleh terpelihara dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kukuh.
Contohnya, lihat pada pasangan suami-isteri. Cinta dan kasih sayang boleh menjadi benteng yang sangat kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian dari Allah.
Bila kita mampu menjaga kehadiran rasa sayang dan cinta, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan besar dan badai kehidupan.
Namun, seringkali manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah cubaan dan ujian. Lebih lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya.
Biasanya mereka akan kalah dan cenderung mempesoalkan tentang ujian dan cubaan yang menimpanya.
Contohnya ketika seseorang meluahkan perasaannya kepada orang yang disukainya. Kemudian mereka yakin bahawa hubungan mereka akan berjaya ke jinjang pelamin.
Namun, mereka putus di tengah jalan.
Fenomena ini biasa terjadi dalam masyarakat, tetapi kita seringkali sukar menghadapinya. Bila tidak berhati-hati, boleh menyebabkan kekecewaan dan mempengaruhi hingga ke sendi-sendi kehidupan seseorang.
Sering kalahnya manusia dalam ujian percintaan merupakan kes yang biasa mendera kaum muda.
Padahal, generasi muda sangat diharapkan oleh masyarakat sebagai agen perubahan. Sangat sayang apabila mereka  hilang dalam perjuangan zaman, hanya kerana urusan cinta dan kasih sayang.
Kegagalan menjaga rasa cinta. Mereka hanya tidak mampu menguruskan fitrah yang sangat mendasar ketika menghadapi ujian kehidupan.
Ketika kaum muda putus cinta, seolah-olah putus segala harapan untuk  mendapatkan kasih sayang dari jantina berlawanan. Padahal tidak. Kesempatan mereka untuk mendapatkan kasih sayang dalam koridor yang sebenar masih terbuka lebar.
Meskipun begitu, sebaiknya kita mengharapkan cinta dan kasih sayang dari Allah. Cinta dan kasih sayang tertinggi dan terbaik dibandingkan cinta dan kasih sayang dari manapun.
Kita  seharusnya selalu berprasangka positif terhadap Allah. Sehingga mampu menjadikan kita menerima kenyataan apabila ungkapan cinta dan kasih sayang terhadap sesama kita terputus di tengah jalan.
Kita juga jangan sampai kehilangan pegangan hidup, iaitu Islam. Bagaimana pun, sesuatu yang kita peroleh adalah hasil terbaik yang diberikan Allah.
Meskipun pada awalnya kita tidak memahami dan merasa sakit, tetapi apabila kita percaya bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita akan ikhlas menerimanya.
Bagaimana memelihara dan mengelola perasaan cinta dan kasih sayang yang baik terhadap pasangan?
Biasanya, sebelum berumah tangga, para pemuda & pemudi selalu mendesak dan seakan terdesak untuk segera menikah. Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semuanya sudah diketahui dan terbuka.
Impian yang pernah dicita-citakan sebelum bernikah dahulu, seringkali kandas dalam pertikaian, kekerasan dalam rumah tangga, dan penceraian.
Dalam hal ini, ada kegagalan dalam menjaga cinta dan kasih sayang.
Bagaimana Rasulullah mengajar cinta dalam Islam?
Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan.
Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari. Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibubapanya yang bahagia.
Rasul juga selalu mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti, Kamu cantik sekali hari ini.
Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si “pipi merah”.
Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati.
Tidak perlu membelikan alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari.
Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya.
Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh Allah. Allah berjanji apabila ada hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya.
Bila hambanya mendekati dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga keluarga kita sebaik-baiknya.
“jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah.Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti”.


kembali kepada konsep mencintailah wanita dengan niat untuk mengahwiniya...

konsep sebenarnya tepat tapi terpulang la kepada cara mentaksirkanya

wallahualam




ujian dari yang esa





Bismillah hi rahma ni rahim....

alhamdulilllah hi rabil alamin wasatuwassala muala arsafil anbiya iwal mursalin waala alhi wasahbihi ajamain.




Tinggal 13 hari lagi kita kembali ke bulan yang cukup indah dalam kalendar islam....

Ya ramadhan....

ahlan wasalahlan ya ramadhan...

kita juga telah menyambut satu malam yang dipanggil malam nisbu syabban...

malam pembukaan buku baru untuk muslim wal muslimat....buku amalan dosa dan pahala kita...

seiring dengan pergerakkan usia kita..
pergerakkan umur kita...
maka kita pun kena moveforward la...

kalau kita masih ingat bagaimana berlakunya peristiwa hijrah di zaman junjungan besar nabi muhammad s.a.w seperti itu juga kena berhijrah untuk diri kita...

bak kata satu petikkan lagu berirama arab...

al hijratun ah la tuha di na..
hamala islam manama di na

JUJUR PENULIS INGIN BERTANYA ADAKAH PEMIKIRAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA NI SUDAH BERHIJRAH ??????????????

salah tak kalau penulis cakap...

25% belum tentu boleh dianggap move forward

bukan niat penulis nak menjatuhkan maruah saudara seagama penulis

1 penulis kata kat tuan-tuan
10 kena kat diri penulis sendiri....

tapi sidang pembaca yang dirahmati sekalian

kita kena pandang isu ini secara mendalam...

agama kita syumull

sidang pembaca sekalian

namun kenapa  kita tidak mampu kembali kepada qada dan qhadar allah

kadang-kadang sidang pembaca sekalian sakit telinga penulis bila berada kedai kopi

ada saudara  seagama  penulis cakap bencana  yang menimpa malaysia ialah akibat kesilapan sesebuah pihak...

sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian

kalau ombak kuat di laut
kalau hujan turun tak berhenti
kalau panas terik tanpa hujan

adakah itu juga merupakan akibat dari kesilapan sesebuah pihak

"ini nama amruhu iza ara dasyaiaan amyaku llalahu kun fayakun"

surat yasin ayat 82

penulis ingin menyeru kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan penulis...

agar sama-sama kita memohon  dan memanjatkan doa kepada allah s.w.t moga-moga allah meringankan ujian pada kita semua ni...



“Dan Tuhanmu berfirman : "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdoa kpd Allah) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".”
(Al-Mukmin/Al-Ghafir 40 : 60)


Juga sabda Baginda Rasulullah S.A.W (maksud):
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”.
(H.R Ad-Tirmidzi)

penulis menyusun 10 jari memohon ampun maaf kalau ada salah dan silap semasa pertuturan kita...

wallhualam...

Friday, June 14

AL ARQAM SESAT ATAU TIDAK......




Bismillah hi rahma ni rahim....

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

tiga hingga empat hari diperkatakam mengenai usaha-usaha untuk menubuhkan semula gerakkan al-arqam....

persoalan yang sentiasa bermain difikiran kita...

al-arqam sesat atau tidak.........

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-34 yang bersidang pada 31 Mar 1994 telah membincangkan Fatwa Terhadap Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah menggunakan peruntukan yang ada di dalam enekmen pentadbiran agama Islam sepenuhnya di dalam usaha untuk membenteras kegiatan Darul Arqam seperti peruntukan mengajar tanpa tauliah, membuka sekolah tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah syariah.
     
  2. Kumpulan Al-Arqam diminta bertaubat dan perlu dinasihati oleh raja-raja dan sultan sebelum diambil tindakan pemulauan.

ia sekali lagi dibincangkan pada 13 september 2006 oleh majlis fatwa kebangsaan .mengenai usaha-usaha untuk menghidupkan semula al -arqam ni..

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-75 yang bersidang pada 12 September 2006 telah membincangkan Usaha-Usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam Melalui Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. Dan Lain-Lain Syarikat. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
i. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ajaran dan pegangan yang dibawa dan disebarkan oleh ahli jamaah Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd.(SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya mengandungi fahaman-fahaman yang menyamai Kumpulan al-Arqam yang telah diharamkan. Ahli jamaah SRC juga didapati mengamalkan ajaran dan pegangan baru yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam. Penyelewenganpenyelewengan tersebut adalah seperti berikut:
a) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah berdasarkan kepercayaan bahawa -
i. Haji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman (Mujaddid), manakala Sheikh Muhammad al-Suhaimi pula sebagai Imam Mahdi.
ii. Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Setiap ramalan tersebut dianggap oleh ahli jamaah SRC sebagai sebahagian daripada jadual Tuhan untuk memberi kemenangan kepada mereka.
iii. Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Sheikh Muhammad al-Suhaimi dan Rasulullah s.a.w. berkenaan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.
iv. Mujaddid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus dari Allah (ilham, ilmu ladunni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ilham dari Tuhan Ilham dari Tuhan datang kepadanya seperti air sungai yang mengalir.
v. Ahli jamaah yang banyak menghayati minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) dan dapat pula melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya.
vi. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) itu sebenarnya adalah wahyu dari Tuhan. Bagaimanapun, wahyu yang diturunkan kepada Abuya adalah 1/46 daripada kenabian.
vii. Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad),Imam Mahdi (Sheikh Muhammad al-Suhaimi) dan Nabi Isa a.s. yang telah tersedia oleh Allah untuk melaksanakan jadual Tuhan.
viii. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) difahami sebagai intisari Quran dan hadith dan Abuya adalah orang Tuhan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan. Dengan itu, tidak perlu lagi merujuk kepada Quran dan Hadith kerana minda sudah lengkap.
ix. Perjuangan ahli jamaah SRC dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada para malaikat, jin Islam dan roh-roh muqaddas (roh suci para ahli jamaah yang telah meninggal dunia).
x. Bertawassul kepada Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) ketika menghadapi sesuatu kesulitan atau kecemasan, Abuya akan menghantar bantuan samaada menggunakan jin Islam atau dengan karamahnya.
xi. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah manusia yang hebat. Malahan, lebih hebat daripada kita mempunyai 10 orang ibu dan ayah kerana menurut mereka hubungan dengan ibu bapa hanya terbatas di dunia sedangkan hubungan dengan Abuya kekal sehingga ke akhirat.
xii. Allah akan memberitahu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) tentang musibah sakit yang dialami oleh ahli jamaah SRC. Sekiranya sakit tersebut tidak tertanggung oleh ahli jamaah, Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh ahli jamaah.
xiii. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal sekiranya ahli jamaah yang sampai ajal itu masih banyak dosa.
xiv. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada ahli jamaah lain yang telah sempurna iman dan taqwa.
xv. Sewaktu ahli jamaah sedang nazak, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala dengan mengajarkan talkin. Dengan itu, syaitan tidak akan menyesatkan ahli jamaah berkenaan.
xvi. Sewaktu ahli jemaah sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan datang menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak ahli jamaah. Dengan itu, ahli jamaah berkenaan terlepas seksaan kubur.
xvii. Sewaktu di padang mahsyar, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) menunggu-nunggu untuk memberikan syafaat kepada para pengikutnya.
b) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Syariah Islamiyyah adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa :
i. Ibadat sembahyang Jumaat pada mereka adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi muncul dan membentuk kerajaan barulah ibadat sembahyang Jumaat menjadi wajib.
ii. Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus dari Allah dalam bentuk ilham.
iii. Orang yang berjuang dengan mempunyai minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangan.
iv. Seorang ahli ibadah (‘Abid) hanya mampu menjadi hamba biasa kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu dan tidak boleh menjadi khalifah.
v. Quranyangadasekaranghanyatinggalmashafdanlafazsahaja. v. Quran yang ada sekarang hanya tinggal mashaf dan lafaz sahaja. Roh Quran telah ditarik balik oleh Tuhan dan hanya diberikan kepada mujaddid (Haji Ashaari bin Muhammad).
vi. Sembahyang sehari semalaman hanya tiga waktu sahaja iaitu Subuh, sembahyang jamak Zohor dan Asar serta jamak Maghrib dan Isyak.
vii. Segala amalan baik di dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu bersembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji.
viii. Duduk semajlis dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhamad) pahalanya lebih tinggi daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang tahjud sepanjang hayat.
ix. Beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara untuk menjaga hubungan hati atau rohani dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad). Dengan mengamalkan Aurad Muhammadiah, ahli jamaah akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Abuya.
x. Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal sekiranya ahli jamaah melakukan dosa besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengaibkan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad).
xi. Mengamalkan zikir agung ( ) yang terkandung di dalamnya unsur tawassul, menyeru roh orang yang telah mati serta mendakwa bahawa al-Sheikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi.
c)  Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Akhlak Dan Etika Bermasyarakat adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa-
i. Ulama yang ada sekarang adalah ulama kitab atau ulama hafalan yang bergantung kepada kitab dan hafalan untuk mengajar. Manakala Sahibul Zaman pula, ilmunya datang terus dari Tuhan.
ii. Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke peringkat Ph.D adalah tidak bermanfaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kitab lama dan ketinggalan zaman.iii. Ilmu para ulama sekarang dengan mendakwa ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu orang Tuhan (Haji Ashaari bin Muhammad).
iv. Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan iv. Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang berwatak Rasul.

Dari segi akidah memanglah fahaman al arqam terpesong jauh dari ajaran islam yang sebenar......
tapi dari segi strukur perniagaan...
penulis secara peribadi amat memuji strategi perniagaan kumpulan al arqam ni.....
kita boleh lihat betapa hebat syarikat global ikhwan beroperasi di seluruh malaysia...
wallahualam...



Thursday, June 13

PENANTIAN ................................ harapan.............................







Bismillah hi rahma ni rahim........
assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.............

Sedangkan pembaca yang dirahmati allah subhanawatallah sekalian...sudah lama penulis tidak menulis di alam maya ni maklumlah kekangan masa sebagai masa sebagai seorang mahasiwa dan seorang anak kepada kedua ibu bapa penulis serta serta seorang rakan kepada kawan-kawan penulis ..tidak dilupakan khususnya seorang hamba kepada pencipta yang satu...untuk memenuhi tangungjawab itu penulis kekurangan masa untuk sama-sama memberikan pendapat di dalam laman maya ni

Penantian satu seksaan
penantian satu kesabaran

Pada entry kali ini inilah tajuk yang cuba penulis kemukan untuk sama-sama kita berfikir sejenak dan sama-sama kita luahkan pendapat dari lubuk fikiran dan hati kita masing-masing

penulis nak bawa tajuk ini dari konsep kehidupan remaja ( pemangkin ummah)

wahai sahabat-sahabat ku...
adinda-adinda ku......

kalau penulis tanya kepada sahabat-sahabat yang penulis sayangkan sekalian..

siapakah insan yang paling kita sayang di atas muka bumi allah ni????

selain daripada pencipta kita...
junjungan besar nabi muhammad s.a.w
ahli keluarga dan para sahabat baginda
para alim ulama...

siapakah lagi.............

99.001%

Dengan bangganya akan berkata ayah dan ibu....

aiwah.....

betul kata orang apa yang dikata belum tentu dari lubuk hati yang mulia

sahabat-sahabat yang dirahmati allah sekalian...

cuba kita sama-sama fikir

diawal pagi kita kuar dari rumah ibu telah menyiapkan sarapan pagi tak pun meninggalkan barang keperluan masak ataupun duit untuk kita sarapan pagi...

tak kira la remaja yang dah lepas sekolah
mahupun yang masih di sekolah...
ini rutin bagi si ibu....

si ayah pula menyediakan wang saku kepada anak-anaknya...

bermula dari saat itu kita kuar dari rumah untuk berpisah seketika waktu dengan ibu dan ayah...

Harapan mereka bersama kita..............

kerana kita membawa maruah mereka apabila kita kuar dari rumah sebagai anak mereka....

bagi yang masih di sekolah bermula 7pagi sampai waktu tengah hari...

ibu dan ayah anda ialah guru anda...

Harapan juga mereka taruhkan pada anda...

agar kita menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara....

bagi yang sudah menamatkan alam persekolahan...

anda masih lagi pemegang ibu dan ayah anda yang berada di rumah....

yang sedang menuntut ilmu di ipt ....

lagi besar harapan mereka kerana  pada anda  kerana disaat pertama kali anda melangkah kaki keluar dari rumah disitulah mereka letakkan 

Segunung harapan kepada anda.........

maruah mereka terletak di tangan anda..

kalau ya pun anda nak menjadi insan yang hebat !!!!!!!

adakah anda perlu masuk tv seperti kawan-kawan dengan tindakkan berdemostrasi di sana sini ??

ya betul ...akan ada pihak yang menyokong tindak-tindakkan anda

namun anda kena fikirkan akan pihak yang tidak menyokong tindakkan anda....

mereka kutuk kedua ibu bapa anda
mereka akan keji kedua ibu bapa anda kita

berlinang air mata kedua ibu bapa anda....

ingat wahai sahabat sekalian .....andai jatuh air mata kekecewaan seorang ibu hanya kerana perbuatan anaknya tidak masuk syurga seorang anak itu selagi belum mendapat keampunan dari si ibu

kepada para mahasiswi ...

tangungjawab anda sebagai seorang anak perempuan yang berjauhan dengan ibu bapa cukup berat

ada sesetengah sahabat kita mencari duit lebih buat part time jual badan
ada yang menjadi kaldai dadah...
ada yang menjadi sugar daddy
dan pelbagai lagi

masihkah ingat lagi apa janji anda kepada kedua ibu bapa sewaktu anda kuar dari rumah sebagai  seorang pembawa harapan ibu bapa anda...

kadang-kadang kalau difikirkan betul kata tun m 

" MELAYU MUDAH LUPA "


kepada yang masih tinggal dengan ibu bapa ini ....

diwaktu tengah hari bagi adik-adik yang masih bersekolah...
adik-adik akan balik ke rumah dengan harapan hidangan sudah tersedia di atas meja

walau sesibuk mana pun ibu dan ayah kita...
mereka tidak akan benarkan kita menahan perut...

maka adik-adik pun balik menjamu selera dengan lahadnya...
maklumlah letih di sekolah....

diwaktu petang ni adik-adik akan kuar dari rumah...

yang jadi masalahnya ialah dua golongan je...

yang pertama yang sudah ada bf dan gf
yang kedua yang sudah pandai berasa nak hidup bebas

yang sudah ber bf dan gf ni...
mereka inilah yang akan memunuhi taman-taman 

pusat reakrasi mahupun hiburan...
dengan pasangan mereka masing-masing

dengan banganya berpegangan tangan
dengan banganya ada yang lebih hebat berpelukkan
tidak hebat lagi dengan bangannya bercium-ciuman

wey !!!!! budak-budak

sedar tak coli dan spenda hampa pun
mak dan ayah yang beli lagi

hampa buat macam tu ...
hampa tau ke kat situ
ada ke tak dak orang-orang yang mengenali ibu dan ayah
kalau ya pun tak dak malu la pada allah
pada orang tua dan budak-budak yang duk tengok hampa tu
hampa ikon kepada budak-budak tu...
kalau hampa buat mcm tu
depa kata tak salah pun depa buat macam tu juga
sedarlah wahai sahabat-sahabat ku !!!

kalau sahabat ibu bapa anda tengok..
ada yang tak kan cerita
dan ada yang akan cerita 
pada ibu dan ayah hampa
masa tu cuba hampa bayang tengok
apabila orang lain cerita pada keburukkan anak mereka
apa yang akan mereka akan rasa !!!

menitis air mata mereka !!!!!
menangis mereka !!!!!

sedarlah sebelum terlambat....


kepada golongan yang dah habis sekolah

tolong la...tolong la....tolong la

jangan rosakkan harapan ibu dan ayah anda...
jadilah insan yang berguna kepada agama..bangsa dan negara...
gunakan lah masa anda selamat 11 tahun bersekolah sebagai panduan hidup anda....

wallahualam..

assalamualaikum