Friday, June 14

AL ARQAM SESAT ATAU TIDAK......




Bismillah hi rahma ni rahim....

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

tiga hingga empat hari diperkatakam mengenai usaha-usaha untuk menubuhkan semula gerakkan al-arqam....

persoalan yang sentiasa bermain difikiran kita...

al-arqam sesat atau tidak.........

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-34 yang bersidang pada 31 Mar 1994 telah membincangkan Fatwa Terhadap Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah menggunakan peruntukan yang ada di dalam enekmen pentadbiran agama Islam sepenuhnya di dalam usaha untuk membenteras kegiatan Darul Arqam seperti peruntukan mengajar tanpa tauliah, membuka sekolah tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah syariah.
     
  2. Kumpulan Al-Arqam diminta bertaubat dan perlu dinasihati oleh raja-raja dan sultan sebelum diambil tindakan pemulauan.

ia sekali lagi dibincangkan pada 13 september 2006 oleh majlis fatwa kebangsaan .mengenai usaha-usaha untuk menghidupkan semula al -arqam ni..

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-75 yang bersidang pada 12 September 2006 telah membincangkan Usaha-Usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam Melalui Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. Dan Lain-Lain Syarikat. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
i. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ajaran dan pegangan yang dibawa dan disebarkan oleh ahli jamaah Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd.(SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya mengandungi fahaman-fahaman yang menyamai Kumpulan al-Arqam yang telah diharamkan. Ahli jamaah SRC juga didapati mengamalkan ajaran dan pegangan baru yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam. Penyelewenganpenyelewengan tersebut adalah seperti berikut:
a) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah berdasarkan kepercayaan bahawa -
i. Haji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman (Mujaddid), manakala Sheikh Muhammad al-Suhaimi pula sebagai Imam Mahdi.
ii. Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Setiap ramalan tersebut dianggap oleh ahli jamaah SRC sebagai sebahagian daripada jadual Tuhan untuk memberi kemenangan kepada mereka.
iii. Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Sheikh Muhammad al-Suhaimi dan Rasulullah s.a.w. berkenaan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.
iv. Mujaddid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus dari Allah (ilham, ilmu ladunni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ilham dari Tuhan Ilham dari Tuhan datang kepadanya seperti air sungai yang mengalir.
v. Ahli jamaah yang banyak menghayati minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) dan dapat pula melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya.
vi. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) itu sebenarnya adalah wahyu dari Tuhan. Bagaimanapun, wahyu yang diturunkan kepada Abuya adalah 1/46 daripada kenabian.
vii. Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad),Imam Mahdi (Sheikh Muhammad al-Suhaimi) dan Nabi Isa a.s. yang telah tersedia oleh Allah untuk melaksanakan jadual Tuhan.
viii. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) difahami sebagai intisari Quran dan hadith dan Abuya adalah orang Tuhan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan. Dengan itu, tidak perlu lagi merujuk kepada Quran dan Hadith kerana minda sudah lengkap.
ix. Perjuangan ahli jamaah SRC dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada para malaikat, jin Islam dan roh-roh muqaddas (roh suci para ahli jamaah yang telah meninggal dunia).
x. Bertawassul kepada Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) ketika menghadapi sesuatu kesulitan atau kecemasan, Abuya akan menghantar bantuan samaada menggunakan jin Islam atau dengan karamahnya.
xi. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah manusia yang hebat. Malahan, lebih hebat daripada kita mempunyai 10 orang ibu dan ayah kerana menurut mereka hubungan dengan ibu bapa hanya terbatas di dunia sedangkan hubungan dengan Abuya kekal sehingga ke akhirat.
xii. Allah akan memberitahu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) tentang musibah sakit yang dialami oleh ahli jamaah SRC. Sekiranya sakit tersebut tidak tertanggung oleh ahli jamaah, Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh ahli jamaah.
xiii. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal sekiranya ahli jamaah yang sampai ajal itu masih banyak dosa.
xiv. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada ahli jamaah lain yang telah sempurna iman dan taqwa.
xv. Sewaktu ahli jamaah sedang nazak, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala dengan mengajarkan talkin. Dengan itu, syaitan tidak akan menyesatkan ahli jamaah berkenaan.
xvi. Sewaktu ahli jemaah sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan datang menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak ahli jamaah. Dengan itu, ahli jamaah berkenaan terlepas seksaan kubur.
xvii. Sewaktu di padang mahsyar, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) menunggu-nunggu untuk memberikan syafaat kepada para pengikutnya.
b) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Syariah Islamiyyah adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa :
i. Ibadat sembahyang Jumaat pada mereka adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi muncul dan membentuk kerajaan barulah ibadat sembahyang Jumaat menjadi wajib.
ii. Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus dari Allah dalam bentuk ilham.
iii. Orang yang berjuang dengan mempunyai minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangan.
iv. Seorang ahli ibadah (‘Abid) hanya mampu menjadi hamba biasa kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu dan tidak boleh menjadi khalifah.
v. Quranyangadasekaranghanyatinggalmashafdanlafazsahaja. v. Quran yang ada sekarang hanya tinggal mashaf dan lafaz sahaja. Roh Quran telah ditarik balik oleh Tuhan dan hanya diberikan kepada mujaddid (Haji Ashaari bin Muhammad).
vi. Sembahyang sehari semalaman hanya tiga waktu sahaja iaitu Subuh, sembahyang jamak Zohor dan Asar serta jamak Maghrib dan Isyak.
vii. Segala amalan baik di dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu bersembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji.
viii. Duduk semajlis dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhamad) pahalanya lebih tinggi daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang tahjud sepanjang hayat.
ix. Beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara untuk menjaga hubungan hati atau rohani dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad). Dengan mengamalkan Aurad Muhammadiah, ahli jamaah akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Abuya.
x. Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal sekiranya ahli jamaah melakukan dosa besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengaibkan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad).
xi. Mengamalkan zikir agung ( ) yang terkandung di dalamnya unsur tawassul, menyeru roh orang yang telah mati serta mendakwa bahawa al-Sheikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi.
c)  Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Akhlak Dan Etika Bermasyarakat adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa-
i. Ulama yang ada sekarang adalah ulama kitab atau ulama hafalan yang bergantung kepada kitab dan hafalan untuk mengajar. Manakala Sahibul Zaman pula, ilmunya datang terus dari Tuhan.
ii. Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke peringkat Ph.D adalah tidak bermanfaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kitab lama dan ketinggalan zaman.iii. Ilmu para ulama sekarang dengan mendakwa ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu orang Tuhan (Haji Ashaari bin Muhammad).
iv. Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan iv. Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang berwatak Rasul.

Dari segi akidah memanglah fahaman al arqam terpesong jauh dari ajaran islam yang sebenar......
tapi dari segi strukur perniagaan...
penulis secara peribadi amat memuji strategi perniagaan kumpulan al arqam ni.....
kita boleh lihat betapa hebat syarikat global ikhwan beroperasi di seluruh malaysia...
wallahualam...



No comments:

Post a Comment