Thursday, June 28

ANTARA ,harapan ,nafsu dan nawaitu ketika di persimpangan jalan...




                                                           CITA-CITA.........

                                    


Harapan.........




Nafsu.....



Perjalananan penentu kehidupan


Assalamualaikum dan ukhwah fillah....

Sedarkah kita semua bahawa dalam menuntut ilmu kita melalui sebuah perjalanan....Perjalanan yang saya ingin siratkan di sini bukanlah perjalanan yang ditunggu oleh sidang pembaca sekalian untuk mendapatkan segulung ijazah mahupun diploma atau setaraf denganya...

Perjalanan yang saya maksudkan di sini ialah perjalanan menempuh 4 liku penting untuk menjadi penilai kepada kejayaan seseorang....

Apa guna kita mengengam segelung kertas yang bertulis kejayaan kita jika kita gagal menempuh secara batin dan zahir empat era perjalanan ini...

Tujuan kita menuntut ilmu 3 hingga 8 tahun...diploma,ijazah mahupun tinggi lagi daripada itu ialah semestinya mengenggam segulung kertas yang tertulis  kejayaan kita..tujuan kita berusaha mendapatkan kertas itu ialah dengan berharap kertas itu boleh membantu kita mencapai kejayaan dalam hidup kita...

Kejayaan yang selama ini kita impikan ..setelah sekian lama kita bersusah payah memecah peluh menuntut ilmu


Disebalik kejayaan  itu juga kita kena ingat ianya dibantu oleh golongan yang sentiasa berada dibelakang kita .Tak kira la di saat kita memperoleh kejayaan atau kegagalan.... Mereka tetap menyedarkan harapan mereka kepada kita..malah kita tambah pula sekumit doa yang ikhlas dari lubuk hati mereka kepada allah swt khas untuk anaknanda mereka yang tercinta...supaya allah swt membantu anaknanda mereka dalam menempuh cabaran semasa menghadapi ujian menuntut ilmu

Ertinya " Maka Kami beri Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan Daud. Kami sememangnya berkuasa melakukan semua ini."

Cuba kita fikirkan di waktu mereka sedang berdoa kepada allah swt apa yang kita sedang buat di pusat pengajian ..adakah kita juga memohon doa untuk diri kita sendiri ...adakah itu yang kita buat....


للَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

Tetapi yang lebih mengecawakan kebanyakkan dari kita..lain yang mereka lakukan...mereka tidak dapat mengawal nafsu ..mereka melayan hawa nafsu mereka...pada awalnya niat mereka datang ke sebuah pusat pengajian memang suci dan lurus iatu menuntut ilmu..tetapi apabila sudah mereka mendapat satu peluang yang diberi oleh yang maha esa untuk menuntut ilmu..mereka tidak gunakan dengan sebaiknya..mereka lari dari nuwaitu sebenar mereka ...doa mereka untuk allah memberi peluang untuk mereka menuntut ilmu mereka tidak gunakan dengan sebaiknya ..mereka sia-siakan amanah allah pada mereka itu...

Di suatu saat ketika mereka berada di persimpangan antara dunia dan akhirat...kebanyakkan dari mereka memilih dunia sedangkan secara zahirnya kkita mengakui yang kita lebih mementingkan kehidupan di akhirat berbanding dunia tetapi kita tidsak dapat membantinkan perkara itu...

Kita masih leka dalam kehidupan dunia ,kita hanya tidak mampu melawan segala onak nafsu kita..

Kalau anda di tanya secara jujur pernakah anda mengumit mulut untuk menyebut secara ikhlas doa ini kepada ibu dan ayah anda..



Kalau ada yang  tak pernah mengumitkan perhubungan antara kita dengan allah ini..... apakah perasaaan dan jiwa yang ada dalam hati anda sekarang ??? adakah anda mempunyai hati ...adakah anda mempunyai jiwa ...kalau ada pun bayangkan betapa kotornya hati kita..sampaikan kita pernah berdoa kepada kedua ibu bapa kita...

Rakan-rakan secara jujurnya ...

marilah kita kembali memohon ampun kepada allah swt beristikamah pada diri sentiasa berdoa agar allah sudi mengampunkan dosa


                                   

Tuesday, June 26

Pembagunan modal insan....




Hampir 1 hingga 10 juta ringgit dibelanjakan oleh kerajaan malaysia untuk program pembagunan modal insan... Namun apakah sebabnya kesan dari pembelanjaan kerajaan ini boleh nampak jelas keberkesananya....

Bagi peringkat tertinggi cara pelaksanaanya dah betul tetapi bagi peringkat bawahan konsep pembagunan modal insan ini belum dapat dipractickan secara keseluruhanya....

Kenapa saya bercakap begitu ya ........????

Ini jelas dibuktikan dari aspek pembagunan modal insan di peringkat  belia dan beliawanis.... Hampir beratus program dirancang dilaksanakan oleh pihak kementerian belia dan sukan setiap bulan pada tahun ni.. namun bagi saya cara pengambilan peserta  masih belum dapat dilakukan dengan baik...

saya agak kurang puas hati dengan tindakkan pihak pengurusan belia bagi sesuatu kawasan melibatkan pelajar sekolah dengan  program-program luar yang mereka jalankan ..bagi saya pihak jbs harus banyak melibatkan pelajaran lepas  spm hingga ke atas dalam sesuatu program program yang dijalankan ..ini kerana mereka mempunyai banyak masa luang..so faham-fahamlah ..betul orang kata jangan fikirkan benda yang buruk-buruk fikirkanlah benda yang baik2 je

tetapi pada pendapat saya tidak salah kiranya jika kita berfikiran agak buruk sedikit bagi mengelakkan ianya berlaku.....

Saya kagum dengan kata  hitler.." YANG BERBUNYI KITA KENA TAHU  GERAK GERI MUSUH SEBELUM MUSUH DAPAT MEMBACA GERAK GERI KITA..."  walaupun ianya datang dari seorang musuh islam tetapi katanya-katanya memberi gambaran kafir laknatullah sentiasa memerhatikan gerak geri kita setiap masa....


Kita berbalik pada soal pembagunan insan tadi sebenarnya kerajaan seharusnya tidak perlu untuk membazir duit menghabiskan wang perbelanjaan kepada  golongan yang sudah pergi terlalu jauh..contohnya golongan  penagih dadah.pelacur..tetapi saya rasa pihak kerajaan harus memikirkan bagaimana cara membina satu module atau program untuk melahirkan satu modal insan yang boleh menyesuaikan diri dalam konteks dunia libarisme ini tapi ini hanya pendapat saya...siapa la nak dibandingkan dengan cendikawan negara dan cerdik pandai lulusan menara gading malaysia...


Kita juga yang mengeluarkan kenyataan " mencegah lebih baik dari merawat"...so kita harus cari bagaimana untuk mencegah sebelum kita cari cara untuk merawat sesuatu benda....


saya hanya ingin memberi cadangan bukanlah taraf saya untuk komen sesuatu benda dan perkara....

Salam ukhwah fillah hi solihin...




Sunday, June 24

Kesatuan melayu dalam islam......


Susulan entry saya bertajuk "ruginya melayu tidak bersatu kerana islam" ada seorang sahabat menghantar khidmat pesanan ringkas kepada saya ..menanyakan pada pendapat saya adakah agama islam akan lumpuh di malaysia ... "P anggap macam tu pulak dah " berat sangat tu"... ini jawapan yang saya mampu beri kepada sahabat saya itu....

Pada pendapat saya agama islam tetap tidak akan lumpuh di malaysia cuma kita perlu bimbang tahap kebebesan melakukan  amalan agama islam adakah sama seperti sekarang..... Kita dapat lihat secara terang lagi nyata bahawa di waktu sekarang ..di masa kini..Masyarakat yang beragama islam merupakan masyarakat yang paling bebas untuk melakukan sebarang aktiviti berbentuk keagamaan sebab keseluruhan penduduk malaysia tidak kira apa agama dan bangsa sekalipun telah mengiktiraf secara lisan bahawa agama islam adalah agama rasmi di malaysia...so tidak ada sesiapa yang boleh menidakkan perkara itu sebab ini termaktub dalam perlembagaan persekutuan... perkara 3: 

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam


So apa yang saya bimbang takut perkara 3 ini bertukar kepada masyarakat malaysia bebas menganut mana-mana agama dan tidak hak dan keistimewaan bagi sesebuah agama

Saya juga ingin selitkan sikit jawapan ini dengan kenyataan seorang hamba allah ini  ketika saya melayani chatting di facebook semalam..Meminta saya membuktikan dimanakah perpaduan masyarakat islam boleh ditunjukkan secara jelas ....

Jawapan saya mudah je..... Sebenarnya kita masih tidak boleh pertekaikan mengenai perpaduan dalam agama islam masih ada tetapi agak rapuh...contohnya dia waktu solat jumaat ...cuba kita fikirkan secara fikiran waras kenapa allah swt mewajibkan 40 orang makmum untuk menunaikan ibadah solat jumaat dan ada la syarat-syaratnya lagi dalam kiraan itu pun...Kerana di waktu solat jumaat itulah kita boleh nampak bagaimana perpaduan bagi muslimin dapat dibentuk..banyangkan 40 orang atau lebih muslimin berhimpun dalam suatu tempat ( masjid ) untuk menunaikan ibadah kepada pencipta mereka tanpa mengira darjat ,paras rupa.,bau badan.atau apa sekalipun... malahan diberi pula teguran dan nasihat oleh atau seorang khatib yang bertugas ...di situ dapat dilihat secara terang mengenai perpaduan umat islam...cuma yang rapuhnya adakah kita saling bertegur  ketika di luar perkarangan masjid dalam perjalanan untuk menunaikan solat jumaat itu...kadang-kadang senyum pun tak de...allah itu yang penat itu.... malahan ketika di waktu program berbentuk keagamaan contohnya maulud nabi,israk mikraj,awal muharam,masih ramai yang mengahadirinya ..... cuma kesan dari program itu tidak mampu dipractikkan ...


Contohnya hampir saban tahun kita melihat perarakan sempena maulud nabi di televisyen atau tv...Ramai orang yang pergi ..iatu jabatan-jabatan kerajaan , pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah ....itu pun diwajibkan oleh pihak pentadbiran masing-masing

Tidak adakah kesedaran dalam diri kita sendiri untuk melakukan program itu secara spontan ...contonya berkumpu-kumpul ramai dalam konteks adik beradik pun jadi la...untuk menyambut sambutan maulud nabi....itu kan nampak cun sikit......



SEKIAN DARI HAMBA PERANTAU SEPI.........











SI gadis pink...




Si gadis pink yang saya nak maksudkan bukanlah Yb datuk rosnah tetapi saya harap sidang pembaca faham-faham sejalah adat seorang khalifah....

Saya sebenarnya pelik dengan fungsi sebenar golongan si gadis pink ini .dalam pertubuhan parti keramat .sebelum pilihanraya umum 2004 golongan si gadis pink kurangnya nampak fungsi dalam gerakkan parti ini..yang lebih menonjol ialah golongan kekanda merah dan kekanda si keris pesaka bangsa ...memang nampak menyerlah.. fungsi si gadis kuning ni pun ada juga iatu dengan membuat report polis mengenai aduan ugutan seksual,dibaling batu dan pelbagai lagi la.... tetapi menjelang pilihanraya umum kali ini nampak la sikit fungsi si gadis pink tetapi....


Kalau diperhatikan akhlak dan etika pakian si gadis pink cukuplah molek...dengan baju pink yang jarangnya
 ditambah pulak dengan ketatnya dan sendatnya... kalau ditegur maka ramailah kekanda dari parti keramat akan backup balik bak kata diorang kalau kelemahan orang itu nampak sangat la di mata..untuk pengetahuan  kekanda -kekanda ku sekalian pihak lawan anda hanya akan pandang mengenai kelemahan anda bukan kebaikkan anda....

Kembali kepada cerita si gadis pink...saya baru-baru ini ada la terserempak dengan sekumpulan si gadis pink ini  dekat ??????... Bayangkan pakaian always la elok ...ditambah pula dengan gediknya ..cukup la cantik ..nampak ayu je...diletakkan pula lambang parti keramat di tshirt mereka itu lagi la gah...sehinggakan ada mulut-mulut berkata inilah orang........ dah la rupa cantik..pakaian cantik....dengan sikapnya pula cukup la cantik....

Wahai kekanda-kekanda ku si gadis pink tolong la kurang sikit kebaikkan akhlak anda itu ... tambahkan la sikit kain pink anda itu...kerana anda merupakan penarik utama golongan muda wanita untuk menyertai parti keramat ........

Kalau nak tunjuk kata anda pandai bercakap sekalipun jangan la anda gantikan fungsi  pembesar suara nanti terkenal pula anda dalam sesuatu majlis

kalau nak tunjuk kata anda cantik sekalipun janganlah sampai orang kata anda tidak pakai pakaian...

Sebuah lagu khas untuk kekanda-kekanda ku si gadis pink.........





Saturday, June 23

Saat kejatuhan barisan nasional juga akan tiba...so tak payah lah risau




Salam ukhwah fillah hi solihin.....

Saya kadang-kadang pelik dengan sahabat-sahabat dari pakatan rakyat yang terlalu agresif untuk menangi pilhanraya sampai sanggup menghalalkan segala cara...

Saya puji tujuan asal mereka iatu untuk memerintah sebuah negara...tetapi nasihat saya pada sahabat-sahabat saya janganlah sampai sanggup menghalalkan segala pelbagai cara untuk mendapatkan sebuah kuasa  bagi memerintah sebuah negara

saya cukup yakin bahawa kerajaan bn suatu hari nanti  perlu menyerahkan kuasa kepada pakatan rakyat sama ada rela atau tidak kerana mereka harus menerima hakiki bahawa masyarkat sekarang sudah berfikiran terbuka dan sering ingin merasakan sesuatu benda baru....

Kepada sahabat saya dari barisan nasional ketika saat anda perlu menyerahkan kuasa marilah sama-sama kita menjadi pemerhati dan pembangkan yang cukup baik dan agresif di cara yang betul......


Friday, June 22

Apa lebih mu wahai media...apa kurangnya kalam yang satu


               Setiap masa kami memanfaatkan mu sehingga panggilan yang lebih agong dari mu kami lupakan





Setiap masa kami melihat mu sampai terlupa melihat indahnya ciptaan  pencipta kami yang satu .........


 

Engkau datang bagai virus meroskkan seluruh diriku dan teman seagamaku... kau pecahkan perpaduan kami..kau runtuhkan ikatan perhubungan kami...kau mainkan sentimen agama kami.......tapi kami masih terus leka bersamamu....sampai ada maruah tergadai ....selama  ini yang disorok pun kini dibukakan....kerana takut kehilangan yang dipasangkan oleh media...sampai ada yang marah apabila tidak boleh connect dengan internet kerana tak boleh melayari lama mu...sampai si kecil menangis kerana ayah dan ibu melarang bermainmu.....oh...media sosial.........


Rakan dan teman yang dirahmati allah ......
izinkan saya meminjam seketika pemikiran anda untuk sama2 menerungi dan menyuluh hati kita
adakah betul tindakkan kita????
kalau anda rasa diri anda betul saya menyusun 10 hari memohon maaf pada sidang pembaca sekalian




Siapa saya nak mengajar anda semua.......
bukan taraf saya...
malah langsung tidak layak
tetapi saya dengan terbuka hati mengajak anda bersama saya seketika waktu


Rakan dan teman yang dirahmati oleh allah sekalian.......


Berat sangatkah mulut kita untuk menyebut alunan ini.....



Payah sangat ke .....payah sangat ke...... kita duduk sebentar menyebut perkataan SUCI-SUCI INI....tanda kita merandah diri pada yang maha satu....



Kita hiasi mulut dan percakapan kita dengan kalamullah........




WARAHMATULLAH HI WABARAKATUH....MOHON MENGUNDUR DIRI.....










Hebatnya dugaan bagi mu wahai muslimah sejati......



 Dalam masa terdekat ini banyak berita-berita yang tersiar di media cetak mahupun media eletronik yang menceritakan kisah ketelanjuran golongan yang beragama ini......

Sama ada sedar atau tidak sebenarnya golongan ultra kiasu sedang mengadakan satu agenda baru iatu merosakkan maruah islam dengan cara merosakkan golongan pejuang yang paling dalam kuat dalam  perjuangan islam dan golongan yang akan melahirkan pejuang mujahadah iatu  wanita...

Saya sebenarnya semakin risau apabila golongan ini masih lagi leka walaupun mereka adalah antara golongan yang disasarkan untuk mejatuhkan maruah agama islam oleh golongan ultra kiasu... tetapi mereka  masih leka dan bersantai...mereka beranggapan apabila mereka dah hampir melengkapkan diri mereka dengan seruan allah ..mereka dah tidak perlu susah hati sebenarnya mereka terlupa bahawa islam sentiasa akan dicabar dan diduga....saya cukup bimbang apabila seorang demi seorang pejuang untuk menjadikan diri mereka muslimah sejati tumbang di pertengahan jalan apabila kaum ajnabi tidak dapat menahan diri dari bahan-bahan yang dibawa oleh golongan ultra kiasu ......

Mudahnya nak cari pasangan ......



OH..UDA..OH DARA

Agaknya dah habis kut kan rancangan realiti yang nak dibuat oleh stesyen-stesyen tv hari ini selepas wujudnya gerbang cinta maka baru-baru ini  pihak astro melancarkan pula program UDA DAN DARA sebuah rancangan realitivi tv yang berbentuk mencari pasangan hidup....

Saya cukup bimbang dengan wujudnya program sebegini maka ramailah lagi si uda yang akan mencari si dara tanpa arah tuju..maka si dara pun tak sabar-sabarlah untuk menanti kehadiran si uda...saya bukanlah seorang yang anti akan hiburan tapi saya semakin bimbang apabila wujudnya program sebigini minda remaja yang sedang meningkat dan telah memasuki alam percintaan monyet arah tuju mereka dalam percintaan mereka ialah untuk menyertai program berbentuk sebegini.....

Wednesday, June 20

Seorang daie........FIKIR-FKIRKANLAH....



Salam ukhwatun muslimin .... rupa-rupanya lepak di cybercafe pun ada faedah juga ya...ops !!!! ...jangan salah anggap pula nanti kena bend pula ...Maklumlah kat malaysia sekarang ini kan...amalan bend semakin berluasa salah sikit je terus di bend sebagai membawa ajaran sesat....

Baru-baru ini saya bersama rakan-rakan mengunjungi sebuah cybercafe yang terletak di kawasan tempat tinggal saya ..maka realti utama yang saya dapat lihat apabila melangkah kaki je masuk cybercafe itu..ramainya anak-anak it yang sedang asyik lagho dengan permainan video game dan melayari laman-laman media sosial nasib baiklah kat situ banyak komputer so tak perlulah kami tunggu lama...kawan saya yang sorang ini pun mulalah melayari laman sesawang yang dikehendakinya ...saya bersama rakan-rakan lain tidak mengikut jejak langkahnya kami hanya memandang dari jauh je...Tiba-tiba sahabat saya yang sorang ini melihat sekumpulan anak-anak dari sebuah sekolah pondok yang ada di kawasan kami juga berada di dalam cybercafe itu maka kami pun pergilah menyapa mereka bertanyakan tujuan mereka datang ke situ...mereka mengatakan saja nak melayan permainan videogame ... salah seorang sahabat saya mengatakan " Kalau ya pun buanglah serban diatas itu" sahabat saya itu merupakan salah seorang bekas pelajar di sekolah penduduk itu yang kini sedang menuntut di universiti islam antarabangsa malaysia ( uia) maka kami pun tidak berniatla nak menganggu mereka lalu berlalu pergi dari situ...sahabat saya seorang ini asyik memerhati mereka dari jauh ..dia maklumkan pada kami yang dia pelik mereka asyik tersenyum-senyum  memegang badan antara satu sama lain,ketawa tanpa sebab ..dia memaklumkan kepada kami yang dia ingin ke tandas yang kebetulan merupakan satu jalan dengan tempat budak-budak itu ..selepas dia balik dari tandas tiba-tiba mukanya bertukar menjadi merah dan tangannya terketar-terketar kami bertanya kenapa tiba-tiba je ni....beliau mengajak kami semua keluar dari itu sebelum sesuatu yang buruk berlaku...

Kami pun keluarlah walaupun masa yang diperuntukkan untuk salah sahabat seorang ini belum habis ...apabila keluar dari situ dia memaklumkan bahawa dia melihat kumpulan anak-anak itu sedang melihat video porno ..Salah seorang  sahabat  lain yang merupakan bekas pelajar sekolah pondok itu tadi tidak percaya akan kata-kata sahabat itu..dia pun mengambil keputusan untuk melihat sendiri perbuatan mereka itu..apabila dia keluar semula dari cybercafe itu ..kelihatan tanganya mengheret telinga kanak itu sambil kanak- kanak itu menangis ...

Mesej yang saya nak bawa di sini bukanlah nak menjatuhkan maruah pelajar-pelajar sekolah pondok di seluruh malaysia tidak sama sekali. tetapi mesej yang saya nak bawa di sini ialah sebuah pesanan yang cukup ringkas tetapi harap bermakna untuk sahabat-sahabat sekalian...

1) Kalau anda berada di kandang lembu anda kena belajar cara-cara mengembuh dengan betul
2)kalau anda memakai sesuatu benda yang dianggap simbol kemegahan agama anda kena belajarlah cara mengimarahkanya..
3) islam itu universalm tetapi maruahnya tinggi
4) biarpun buruk tempat anda menuntut ilmu tetapi yang buruk itulah tempat yang paling afdal menuntut ilmu

Tuesday, June 19

Ruginya melayu tidak bersatu kerana islam



Islam is my way of life bermaksud islam adalah satu jalan kehidupan saya,ayatnya mudah dihafami oleh seluruh umat islam...malah diakui secara hak dan batil..tetapi hari ini berlakunya perpecahan dalam kalangan umat islam berbangsa melayu....Kenapa???...Kita semua mengakui bahawa islam ialah satu jalan kehidupan tetapi kenapa kita tidak boleh bersatu kerana islam......

Umno dan pas...sebuah parti yang kononya memperjuangkan agama islam...tetapi dalam masa yang sama kedua-duanya tidak mencari jalan penyelesian untuk bersatu hanya kerana islam...sedarkah kita...ditengah umno dan pas...adanya golongan kitarasu. yang menjadi batu api untuk tidak melihat umno dan pas bersatu  kerana mereka yakin , jika umno dan pas bersatu maka golongan kitarasu tidak akan mampu menandangi kuasa kedua-dua parti ini.....

Golongan kitarasu sebenarnya sudah risau apabila tuan guru haji nik abdul aziz mengutarakan hasrat untuk bermuzakarah dengan umno ,maka sebagai golongan yang berada ditengah-tengah antara pas dan umno ini mereka bertindak dengan memohon tuan guru agar meminta umno bermuzakarah dengan rakan-rakan dalam pakatan rakyat juga (PR) juga  kerana mereka yakin orang umno yang sudah semestinya benci akan pkr dan dap akan menolak syarat yang dikenakan itu maka bertambah rumitlah akan permasalahan antara pas dan umno

Jika kita tengok semasa debat antara yb chua soi lek dan yb lim guang eng...Yb chua soi lek..ada menyatakan "mca boleh menghalang umno jika umno hendak melaksanakan di malaysia dan bertanya dap boleh buat benda yang sama pada pas "...saya sengaja menunggu feedback orang atau pemimpin umno hasil dari kenyataan itu ternyata tiada reaksi dari pemimpin umno hasil dari kenyataan itu ,kerana apa??..kerana umno masih memerlukan mca untuk memenangi pilihanraya umum kali ke 13...so pihak umno terkelu lidah hanya kerana agenda politik walaupun pada masa yang sama mereka cukup marah apabila yb chua mengeluarkan kenyataaan itu.......

Saya ingin membangkitkan kembali memori sidang pembaca sekalian mengenai isu azan di negeri pulau mutiara ( pulau pinang)....apabila  ketua menteri  " lim guang eng menyatakan bahawa azan tidak perlu dilaungkan secara kuat di kawasan yang menjoritinya penduduk bukan beragama islam kerana akan menganggu penduduk di sekitar itu...sedarkah sidang pembaca sekalian bahawa jika ditolak dan dicampurkan sudah pasti lagi sahih bahawa negeri pulau pinang merupakan negeri yang penduduk yang beragama islam kurang populisasinya ..tidak lama selepas itu majlis agama islam negeri mengeluarkan kenyataan larangan azan menggunakan pembesar suara secara kuat di negeri pulau pinang..apa pula reaksi pas ...mengenai isu itu...sekali lagi masyarakat agama islam tidak mampu menegakkan suara yang benar kerana pas juga memerlukan dap untuk memenangi pilihanraya umum kali ke 13..sama sahaja situasinya dengan umno 

Saya cukup kagum dengan peristiwa himpunan sejuta umat yang dianjurkan oleh sahibul samahah mufti kerajaan negeri perak dr harunsani bersama rakan-rakanya..tetapi himpunan seperti itu juga mendapat tentangan yang cukup dasyat dan yang lebih menyedihkan tentangan itu dari penduduk beragama islam sendiri....

Kenapa ini terjadi ini semua hanya kerana agenda politik yang semakin hangat  dan tidak tentu arah.....

Marilah sama-sama kita berjuanga atas nama islam bersatu atas nama melayu ...gagah melayu kerana islam ..gagah bangsa kerana kesatuan...Kalimah allah tersemat di dada..maka siapa mencabar apa pun kita tidak hiraukan









Monday, June 18

Kotornya mindset orang melayu.....







Setiap kita adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang di pimpinnya, Seorang pentadbir adalah pemimpin bagi rakyatnya dan bertanggung jawab atas mereka, seorang istri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggung jawab atasnya. Seorang hamba sahaya adalah penjaga harga tuannya dan dia bertanggung jawab atasnya. (HR Bukhari)



Salam perpaduan ummah...

Kadang-kadang rasa sedih dan malu apabila seorang umat islam ,seorang hamba allah,seorang orang melayu beragama islam mengutuk dan mengekeji.menfitnah dan mengata saudara seagama sendiri   atas sebab saudara seagamanya itu ialah pemimpin bagi sebuah negara atau pertubuhan...

Malah sanggup meletakkan pelbagai gelaras atas tujuaan untuk memalukan dan menjatuhkan maruah orang itu... menfitnah beliau menggunakan kalamullah ...ayat alquran ,hadis dan juga nas...

Bertakbir menentang pemimpin islam dan diketawakan oleh kafir laknatullah...
Mengkafirkan saudara sesama islam dan disahkan oleh kafir laknatullah....


Mana lagi maruah agama islam.......

Mana pergi maruah orang islam.....





Permulaan kepada sebuah kejatuhan.....









Golongan yang digelar ultra kiasu oleh ustaz redhuan tee abdullah semakin mudah mengorak langkah menyusun strategi merobek pertahanan segala musuh mereka....

Bayangkan betapanya mudahnya mereka menawan sebuah institusi pengajian islam yang cukup terkenal di utara semenanjung.. Deketika kita masih mampu tersenyum  golongan ini sudah mula merobek USAHA UNTUK MELAHIRKAN PEJUANG AGAMA KITA  tetapi apa yang kita mampu buat ????? hanya pelik dan marah serta menyalahkan satu sama lain....

Sedarkah kita  !!!!!!
Sedarkah kita !!!!!!
Sedarkah kita !!!!!!

Kenapa golongan ini hanya menfokuskan institusi pengajian islam kerana mereka yakin dan pasti kalau dibiarkan graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian seperti inilah yang akan menjatuhkan dan meranapkan impian mereka untuk menjadikan negara dan dunia ini dikusai oleh mereka....

Setelah mengetorkan ideologi mahasiswa mereka mula mengorak melangkah dengan mengunakan kelebihan yang ada pada mereka untuk menjatuhakan musuh mereka

Apa kelebihan mereka .....




Satu-satunya kelebihan yang ada pada golongan ini dan kekurangan kita..mereka menggunakan kelebihan ini dengan penuh manfaat ... Kerajaan islam ,orang melayu mengawal sumber kewangan negara ini tetapi mereka tidak dapat menidakkan pengusaan golongan ultra kiasu ini

Masyarakat melayu beragama islam perlu alerts dan sedar mengenai situasi ini.....


Salam keabadian islam.......











Sunday, June 17

Muslimah sejati di payungi hati yang nuraini




Jika di suatu masa dahulu sejuk hati bila melihat kaum " hawa" memakai tudung labuh , bersifat lemah lembut kerana diri sudah yakin mereka mampu menempuhi benteng serangan golongan ajnabi dan ultra kiasu...

Tetapi sekarang hati menjadi gundah gulana melihat golongan hawa ini sudah tidak mampu lagi bertahan dalam kuantiti yang lama...bukan sahaja menahan serangan golongan ultra kiasu dan kaum ajnabi malahan serangan diri sendiri mereka dah tak mampu menahanya...benteng pertahanan mereka dah tak sekuat dahulu...,

Gelora nafsu cinta sudah mula merebak dalam golongan kaum hawa ini..tak kala dalam peperangan golongan kiasu tidak perlu mengunakan jentera serangan mereka yang paling handal  dengan hanya mengunakan tentera yang hanya digunakan untuk menyebarkan fitnah dan mencari maklumat mereka dah mampu menewaskan golongan kaum hawa muslimah sejati islam....



Kenapa dan mengapa ... Siapa diri ini untuk merungkai seribu persoalan kepada berjuta persoalan yang terungai dalam jiwa..tetapi saya tinggalkan satu kisah ...yang mungkin dapat memberi sedikit kesan...

Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...
Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"
Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu."Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik." Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)
Si ayah terus menyambung.
"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."
Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)
Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.
"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.
"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)
"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)
Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"
Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULALLAH
Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjagakehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)


Friday, June 8

WEBCAM SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG.


Malam ini sengaja meluangkan masa bersama rakan-rakan di kedai kopi..order kopi secawan duduk lepak sampai dua jam lebih tetapi tak mengapalah sekali sekala dengan modal rm 1.50 dapatlah bersembang dengan kawan-kawan lama yang dah lama tidak jumpa....

Biasa la dalam mulut duk bersembang tu...mata pun tak duduk diam memerhati apa yang orang buat di kedai kopi lama-lama sampai ada yang duduk sampai awal pagi ..Kalau datang dengan family mesti la makan ..kalau datang dengan member ramai-ramai mestilah melayari internet dan berborak-borak..

Tetapi macam mana pula kalau datang datang bersorangan dan berduan dengan adinda si teman wanita...kalaulah kedai yang dikunjungi itu menyediakan perkhidmatan wifi maka ramailah anak muda lelaki dan wanita .Duduk sampai 2 hingga 3 jam ..tetapi order  air segelas je..pelik juga buat apa sorang-sorang dua hingga 3 jam... ada pula dengan hanya ditemani dengan sebuah komputer riba tersenyum sorang ..ish ..gila ke budak -budak ini

Rupa-rupanya disebalik komputer riba ada simpan si gadis dan si teruna yang boleh dilihat secara live....syukur budak ini masih tak gila...Maka saya pun mengintai la apa yang la mereka itu seronok sangat dengan webcam ini..rupanya si gadis pujaan hati ini tidak menutup aurat pun di alam webcam ini patut la si teruna ini mata terbeliak tak berkelik.....


Terdapat larangan yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah ke atas wanita beriman agar menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua tangan sahaja yang harus didedahkan. Lihat surah an-Nur, ayat 31. Antara yang disuruh Allah agar ditutup ialah bahagian kepala. Firman Allah (bermaksud); "Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita mukmin) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutupi belahan leher baju mereka" (Surah an-Nur, ayat 31). Menurut ulamak tafsir; ayat ini bermaksud supaya wanita-wanita beriman menutup kepala mereka, leher serta dada mereka dengan kain-kain tudung (Lihat; Tafsir al-Jalalain).

Diriwayatkan dari Aisyah -radhiyallahu 'anhu- yang menceritakan; Asmak binti Abu Bakar suatu hari telah masuk bertemu Rasulullah -shallallahu 'alaihi wasallam- dengan memakai pakaian yang nipis, lantas baginda berpaling dari melihatnya sambil bersabda; "Wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila telah kedatangan haid (yakni sampai umur), tidak harus dilihat badannya melainkan ini dan ini sahaja" sambil baginda menunjuk ke muka dan dua tangannya" (HR Imam Abu Daud dari Aisyah).

Maksud dari arahan menutup aurat ialah tidak mendedahkannya untuk tontonan orang lain yang tidak diizinkan Allah melihatnya, iaitulah lelaki-lelaki yang bukan mahram. Apabila seorang wanita mengambil gambar dirinya ketika ia tidak menutup aurat, kemudian ia menunjukkan gambar itu kepada lelaki yang bukan mahramnya, apakah itu tidak dinamakan mendedahkan auratnya kepada orang yang tidak diizin Allah. Jawapannya tidak lain adalah "Ya". Jadi tidak syak lagi bahawa perbuatan tersebut adalah dilarang. Kewajipan wanita Islam menutup aurat bukan atas alasan timbul syahwat orang atau tidak (jika ia mendedah aurat), tetapi kerana menyahut arahan Allah dalam al-Quran dan hadis tadi. Menjaga dari timbulnya syahwat hanyalah hikmah dari arahan menutup aurat, bukan illah (sebab) kepada menutup aurat kerana illahnya ialah arahan Allah. Contoh lain; sekalipun tiada kebimbangan berlaku zina, haram seorang wanita berduaan dengan lelaki yang bukan mahramnya kerana berduaan itu dilarang oleh Nabi. Tidak harus seorang wanita berkata; "Tidak mengapa saya berduaan dengannya kerana saya yakin dapat menjaga diri dari zina".

Selain arahan supaya menutup aurat, terdapat juga arahan supaya menjaga pandangan mata. Firman Allah (bermaksud); "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki-lelaki mukmin; hendaklah mereka menahan pandangan-pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 30). "Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman; hendaklah mereka menjaga pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 31).  Sabda Nabi (bermaksud); "Apabila seorang lelaki muslim menahan pandangannya tatkala terlihat wanita cantik, Allah akan gantikan untuknya (bagi mujahadahnya menahan pandangan itu) dengan kemanisan beribadah" (HR Imam Ahmad dari Abi Umamah). Persoalan; apabila seorang lelaki melihat gambar wanita yang tidak menutup aurat (seperti mendedahkan rambutnya), apakah ia dianggap menjaga pandangannya? Jawapannya sudah tentu "Tidak". Oleh demikian, anggapan bahawa gambar dikecualikan dari ayat yang menyuruh menutup aurat dan ayat yang menyuruh menjaga pandangan, anggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Ia bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ayat, malah membuka jalan kepada perbuatan dosa yang lebih besar lagi iaitu melihat gambar lucah dan menonton video lucah dengan alasan ia bukan sebenar tetapi hanya foto atau rakaman. Dalam kaedah (prinsip) Fiqh ada dinyatakan "Ma Adda Ila al-Haram Fahuwa Haramun" (Sesuatu yang mendorong kepada yang haram, ia turut diharamkan".

Selamat membaca..sekian..