Saturday, June 2

Renjis si bunga mawar untuk raja sehari




Selalunya di waktu tengah hari mesti wajib bangun masak nasi dan lauk ramai-ramai bersama ahli keluarga lain..Maklumlah musim cuti sekolah bro..tetapi pada musim cuti sekolah kali ini tidak perlu lagi buat semua itu  kerana terlalu banyak jemputan walimatul urus..

HUKUM BUAT / MENGADAKAN MAJLIS KENDURI KAHWIN (WALIMATULURUS) ?
Walimatulurus ialah kenduri atau jamuan yang disediakan bagi meraikan perkahwinan pasangan pengantin baru .Ulama sepakat mengenai pensyariatannya dan khilaf sama ada wajib atau sunat mengadakannya . ( Ada yang kata wajib, ada yang sunat )

Mereka yang mewajibkan adalah Imam Ahmad. Ibn Aqil dan sebahagian ulama mazhab Syafi'i. Walaupun sekadar seekor kambing seperti diperintah Rasulullah s.a.w. Hukum wajib adalah ke atas suami . Dalil mereka ialah sabda Rasulullah s.aw kepada Abdul Rahman bin Auf : " Adakalah walimah walaupun hanya denganseekor kambing ". (Riwayat Bukhari dan Muslim ) .

Namun pendapat yang terkuat dan kebanyakan ulama adalah sunat mu'akkad . Ini juga pendapat Imam al-Nawawi. Mengadakan walimah selepas pengantin berjimak adalah afdal seperti yang dilakukan Baginda s.a.w.

Riwayat daripada Anas r.a beliau mengatakan : " Rasullullah s.a.w pernah mengadakan walimah pada malam pertama beliau menggauli Zainab . r.ha. beliau mengenyangkan kaum muslimin dengan roti dan daging , lalu keluar mengunjungi isteri-isteri beliau yang lain untuk mengucapkan salam dan mendoakan mereka , dan mereka juga memberi salam dan mendoakan . Baginda melakukan hal itu pada pagi hari setelah malam pertamanya (Riwayat al-bukhari ).

Dalam mengadakan kenduri kahwin / walimah disunatkan : 
- Mengundang orang soleh sama ada kaya atau miskin. Menjadi haram dihadiri jika mengundang yang kaya sahaja .
- Sunah dirayakan tiga hari setelah pasangan berkumpul .
- Hidangkan apa saja, janji halal dan tidak berlebihan dan tidak boros



HUKUM MENGHADIRI KENDURI KAHWIN / WALIMATULURUS & BERDOSA TAK JIKA TAK PERGI KENDURI KAHWIN BILA DIUNDANG ATAU BILA ORANG JEMPUT ?

- Wajib jika yang menjemputnya orang islam . Namun jika dalam majlis ada kemugkaran dan kita tidak hadir kerana keuzuran , maka tidaklah berdosa.

Berkata Abu Hurairah r.a bahawa telah bersabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud : 'Jika salah seorang antara kamu diundang , hendaklah dia menghadiri . Jika dia berpuasa hendaklah mendoakannya dan jika tidak berpuasa hendaklah dia makan makanannya ." (Riwayat Muslim )

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang tidak menghadiri undangan bermakna dia telah bermaksiat kepada ALLAH dan RasulNYA " (riwayat al-Bukhari dan Muslim )

TIDAK WAJIB / GUGUR HUKUM WAJIB HADIRI APABILA :

- Jika majlis kenduri hanya khusus untuk orang kaya sahaja .
- Majlis mempamerkan atau mendedahkan gambar bernyawa.
-Bercampur pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram .
-Menggunakan set makanan dan minuman yang diperbuat emas dan perak .
-Diselitkan majlis hiburan yang melanggar batasan syariah .

SEBAGAI TETAMU , DISUNAHKAN MENDOAKAN UNTUK TUAN RUMAH DAN PENGANTIN :

Untuk tuan rumah :
"Ya ALLAH , berilah makan orang yang telah memberiku makan dan berilah minum kepada orang yang memberiku minum " (Riwayat Muslim )


Ingat !!!! hukum memenuhi jemputan walimatul urus adalah wajib



Tetapi apa yang menyebabkan ia jadi tidak wajib di zaman sekarang...jom sama-sama kita bincangkan

Cuba kita tengok sebagai persekitaran rumah kenduri sekarang macam mana...Dengan karokenya  dengan cara pemakianya so itu adalah antara sebab kita tidak diwajibkan memenuhi undangan walimatulurus sekarang ini..kalau nak tahu lebih lanjut tanyalah orang yang lebih arif bab agama ini....

Tuan-tuan....dan puan-puan agaknya apa hukum bersanding ya......????

Itu yang kita nak bincangkan hari ini.....
Bersanding adalah salah satu adat yang berlaku di dalam kenduri perkahwinan. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India. Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
Antara matlamat diadakan kenduri kahwin adalah untuk melakukan pengisytiharan bahawa hubungan kedua mempelai adalah sah sebagai suami isteri. Di dalam mengadakan kenduri perkahwinan berkenaan, terdapat beberapa acara termasuklah upacara persandingan.
Bersanding berlaku dengan meletakkan kedua mempelai duduk bersebelahan di tempat yang dipanggil sebagai pelamin yang dihias indah untuk dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.
Untuk mengetahui hukum upacara persandingan di dalam Islam, terlebih dahulu kita perlu mengetahui beberapa acara yang berkaitan dengan persandingan secara jelas bertentangan dengan agama Islam jika ia dilakukan.
  1. Penggunaan beras kunyit, jampi mentera semasa berandam, atau ketika mendirikan pelamin kononnya untuk menghalau hantu dan syaitan. Sabda Rasulullah s.a.w:
    عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.
    Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."
  2. Melakukan beberapa larangan Allah seperti membuang bulu kening, mengikir gigi dalam upacara mengandam:
    لعن النبي صلى الله عليه وسلم الواصلة والمستوصلة ، والواشمة والمستوشمة .
    الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 5940
    خلاصة حكم المحدث: [صحيح]
    Bermaksud: Nabi s.a.w melaknat orang yang menyambungkankan dan meminta rambutnya disambung, orang yang membuat tatto dan orang yang meminta dirinya untuk ditattoo.
  3. Berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah.
    وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
    (Ahzab 33) .
    Firman Allah taala di dalam surah al- Nur ayat 31:
    وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
    (Surah al-Nur 31)
    Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."
  4. Melakukan pembaziran di dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti singgahsana pelamin.al-Isra’ 26.
    "dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."
    (Surah al-Isra’ 26)
    Al-Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Bersanding harus dengan syarat tidak melibatkan perkara-perkara di atas.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Untuk pasangan yang bakal pengantin dan yang sudah jadi pengantin ...



Ini doa saya untuk anda semua..sekian....




No comments:

Post a Comment