Wednesday, April 16

BRIM BEBAN ATAU BANTUAN



Bismillah hi rahma ni rahim

asslamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

apabila datuk seri najib tun abdul razak mengambil ambil tampuk pemerintahan dari tun abdullah .beliau memperkenalkan satu sistem bantuan rakyat yang dipanggil bantuan rakyat 1 malaysia (brim)

hampir setiap kali pembetangan bajet bermula dengan tahun 2012 rakyat ternanti -nanti adakah bantuan brim ini dinaikkan ataupun kekal ataupun ditukar ganti mahupun dihapuskan

penulis masih teringat kata-kata tun mahatihir mohammad mengenai brim ni...

"brim tak perlu diberikan kepada rakyat,kalau sekali kerajaan beri  dan dihentikan maka kerajaan akan menangung akibat yang besar sebab rakyat akan bergantung harap pada bantuan itu"

pada pembentangan bajet yang lalu datuk seri mengumumkan penambahan rm 650 kepada penerima brim dan rm 300 kepada warga muda berumur 21

tetapi pada proses pemberian baru ni ada pula yang dapat 450 dan 250..mau tak mengamuk orang yang dipotong tu..malah pihak lhdn tak pernah pun nak buat majlis penerangan isu pemotongan tu...


maka timbul satu isu baru.......

bagi penulis belum masa yang sesuai untuk brim dipotong sebab kerajaan tak dapat mengawal kenaikkan harga barang..so brim ni la boleh dijadikan sebagai one off insetif ....untuk membantu rakyat....


oh malaysia





Bismillah  hi rahma ni rahim

assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh

penulis agak tertarik dengan isu saudara kasim ahmad dan isu  memohon laungan azan diperlahankan...




penulis tidak mahu komen pasal isu aqidah dan hal berkaitan sentimen agama

tetapi penulis cuma mahu komen mengenai pendapat penulis...sebenarnya isu yang sama ..cuma berbeza dari aspek pemikiran masyarakat...


isu kasim ahmad...

hasil dari penulisan beliau yang penulis sempat membaca dan melihat...ternyata kasim ahmad ini boleh dikatan "qurraniyun " dan anti hadis..tetapi itu hasil dari penulisan beliau...dan baru-baru ni... penulis mendengar sedikit ceramah belia di yayasan kepimpinan perdana

tetapi sebenarnya itu belum cukup untuk kita menghukum saudara kasim ahmad sebagai tokoh anti hadis...
sebab kita belum mendengar penjelasan beliau secara terperinci...

namun penulis menyokong 100% usaha yang telah diambil oleh jakim untuk memanggil dan mengambil kenyataan kasim ahmad...

wallahualam..


isu pak said yang membuat laporan polis isu laungan azan ...

penulis ada membaca satu surat yang dipost secara tidak rasmi di dalam laman maya

mengenai penjelasan terhadap isu pak said....

ternyata pak said ada sebab tersendiri membuat laporan polis tersebut...

cuma as a muslim beliau tidak sepatutnya membuat tindakkan sebegitu...banyak penyelesian lain boleh diambil....

to pak said...ambil la jalan mudah pergilah berbincang dengan ajk masjid berkenan ...


wallahualam


memohon undur diri..

Monday, April 14

DATING IN ISLAM




Bismillah hi rahma ni rahim..

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...

besyukur kita ke hadrat allah s.w.t dengan limpah kurnianya kita dapat sama-sama berkongsi pendapat ilmu di laman maya ni...

pada entry kali ni penulis ingin kongsikan mengenai "dating in islam" ..penulis mohon menjawab segala persoalan yang telah ditanya kepada penulis dan yang penulis ambil dari ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang mohon penulis kongsikan

penulis mohon menulis dalam keadaan ..soal dan jawab ...q dan a..

adakah islam melarang seseorang lelaki keluar berjumpa dengan seseorang waniita..walaupun dah bertunang??

yang pertama penulis nak jelaskan bahawa pertunangan tidak sama dengan perkahwinan ..pertunangan tidak menghalalkan apa2 perhubungan ..ia sekadar perjanjian mereka berkahwin saja...ramai juga yang kurang faham konsep pertunangan ini atau buat-buat tak faham..mereka melencong ke sana sini berdua-duaan ,malah yang lebih dasyat..ada yang menunaikan umrah bersama tanpa ditemani mahram dan sebagainya "dating" dengan tanpa segan silu dikhlayak orang ramai..berpegangan tangan ,menonton wayang bersama si gadis ,membonceng motosikal dan sebagainya adalah yang menyalahi hukum agama

tetapi islam bukan jumud ..ia membenarkan pertemuan yang baik dan hormanii dengan syarat tertentu...
ia membenarkan pertemuan yang baik dan hormani dengan syarat-syarat tertentu antaranya:

-menjaga pandangan mata
-percakapan yang baik
-pakaian menutup aurat dan sopan 
-tempat pertemuan yang tidak menimbulkan fitnah
-ditemani mahram

( menjaga pandangan mata)

ketika berbual pandangan mata hendaklah dijaga agar tidak memandang dengan nafsu syahwat,pandang mata adalah satu senjata sulit iblis dan syaitan bagi merosakkan anak adam..oleh al quran menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan.firman allah..


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
                                                                     (an -nur 30 dan 31)


(percakapan yang baik)

suara yang lunak dan menggoda akan menarik antara satu sama lain ke arah melakukan maksiat .oleh itu dalam aspek bercakap islam membenarkan lelaki dan wanit berkomunikasi antara satu sama lain dengan syarat percakapkan tidak menggoda.al qurat menyebut syarat ini dalam wahyu

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

ayat ini adalah arahan kepada isteri nabi .maka lebih afdal para wanita muslimat mengikutnya .maksud tunduk dalam bicara seperti melembutkan suara .suara menggoda dan sebagainya ..tapi ini tidak bermakna wanita islam disuruh cakap kasar

tajuk perbualann hendaklah tajuk yang serius dan agak seriusa .tidak wajar untuk berbicara tentang perkara yang lucah tentang anggota seksual sendiri atau seumpamanya

(Pakaian menutup aurat)

pakaian yang dipakai mestilah menutup aurat.pakaian juga mestilah tidak nipis sehingga menempakkan akan kulit seorang pemakainya...ada sesetengah kain memang nipis.tudung kepala hendaklah menutup rambut dan tengkuk.pemakian skaf sebagai tudung kepala adalah tidak memadai kerana masih nampak leher.tudung juga hendaklah labuh agar menutup bahagian depan dada wanita

tidak kiralah apa nama atau fesyen tudung seperti tudung labuh.tudung tiga segi ,tudung wardina,tudung bawal ,tudung mawi ,tudung ariani asalkan ia menutup auratt..kira ok la...

fesyen seperti menampakkan pusat ,ketat dan sebagainya adalah jelas haram

"islam bukan anti fesyen bahkan islam mengalukan setiap fesyen yang baik..islam anti dedah aurat dalam berfesyen"

(tempat pertemuan)

-jauhi tempat yang banyak hiburan dan fitnah
-tempat yang sunyi dan jarang dikunjungi
-lebih baik jika di restoran dan tempat yang terbuka..

penulis juga ingin mengulas sedikit mengenai kesalah anggapan dalam mentafsir hadis mengenai cinta ini..hadis berbunyi..:

" mencintailah wanita dengan niat mengahwininya jika tidak haram bagi sesoarang ajnabi itu mencintai wanita tersebut"

penulis tidak mahu mengulas mengenai tahap hadis ni sahih atau dhaif itu diluar bidang penulis..tetapi penulis ingin bercakap mengenai pemahaman remaja khususnya golongan masih bersekolah dalam mentafsir hadis ni...

ia perlu dilihat dari banyak aspek ..terutamanya kemampuan si lelaki,keadaan ekonomi,dan pelbagai lagi...

malah penulis tersenyum apabila ada seorang muslimat menghantar pm kepada penulis

kenapa islam banyak syarat sangat kalau nak dating"?

wau !!! cara soalan macam disprate sangat nak kuar dating dengan bf dia

islam buat begitu bagi menjaga maruah dan menjaga agama agar tidak tercemar dan terhindar dari fitnah.. sabda nabi

"aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih mudarat ke atas lelaki daripada wanita.."
                 
                         (riwayat bukhari)

wallahualam




Monday, March 31

Pray for mh370





bismillah hi rahma ni rahim

assalamualaikum waramatullah hi wabarakatuh

terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak update blog ni..

kesibukkan menjalani kehidupan seharian menyebabkan penulis tidak langsung sempat untuk menulis di dalam laman maya ni


Isu yang popular ialah misteri kehilangan mh370
isu yang tidak popular tetapi penting: ialah hukuman mati di mesir
isu yang bodoh dah tahyol ialah isu bomoh vip 1 malaysia

sidang maya yang dirahmati allah sekalian

terlebih dahulu penulis ingin mengajak sahabat-sahabat sidang maya sekalian agar terus berdoa ingatlah bahawa teknologi bukan segalanya hanya yang satu maha mengetahui

sidang maya yang dirahmati allah sekalian

walau apa pun pendapat anda...penulis tetap hormati

namun bagi penulis biarlah mereka yang pakar dalam sesuatu bidang membawa andaian atau ramalan

jangalah pula anda menjadi penganalisis dan wartawan tidak bertauliah

cuba kita bayangkan kalau ahli keluarga kita berada dalam pesawat tu

maka pastinya perasaan kita akan rendah gulana dan hancur lebur membaca segala gosip dari wartawan tidak bertauliah

penulis tidak mahu komen pasal mh370 ini secara sainstifik biarlah orang yang lebih layak membuat ramalan dan keputusan

izinkan penulis memberi sedikit pendapat mengenai 3 gambar di atas

sedar tak sedar isu mh370 itu telah menarik perhatian dunia...

maka waktu inilah peluang yahudi laknatullah

menjadi ruang untuk memusnahkan islam

dalam masyarakat islam fokus dalam isu mh370 ini

529 pemimpin ikhwanul muslimin dijatuhkan hukuman hati...

sebab...
kenapa..
mengapa...

kerana mereka mempertahankan islam di bumi mesir....

logik atau tidak..hanya allah yang tahu

tapi kenapa dan mengapa hukuman itu dijatuhkan sekarang

ini kerana masyarakat dunia sedang fokus isu yang berbeza...

jadi waktu inilah golongan yahudi laknatullah mengambil peluang ..mengunnakan kuasa mereka

tapi penulis cukup kagum dengan semangat perjuangan ikhwanul muslimin

mereka berjuang demi kebenaran ...ada arah tuju perjuangan mereka..

moga allah mencucuri roh mereka

penulis ingin menyentuh pula pasal " bomoh temberang 1 malaysia"

jujur dari hati penulis merasakan bomoh ini patut disumbat ke mental hospital

dah la memalukan negara..

pastu nak saman sana..nak tampar sini

orang tak buat dia dah satu nikmat..

come on la datuk ibrahim mat zain kembalilah ke pangkalan jalan ..anda dah tua tu..

wallahualam..