Monday, April 14

DATING IN ISLAM




Bismillah hi rahma ni rahim..

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...

besyukur kita ke hadrat allah s.w.t dengan limpah kurnianya kita dapat sama-sama berkongsi pendapat ilmu di laman maya ni...

pada entry kali ni penulis ingin kongsikan mengenai "dating in islam" ..penulis mohon menjawab segala persoalan yang telah ditanya kepada penulis dan yang penulis ambil dari ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang mohon penulis kongsikan

penulis mohon menulis dalam keadaan ..soal dan jawab ...q dan a..

adakah islam melarang seseorang lelaki keluar berjumpa dengan seseorang waniita..walaupun dah bertunang??

yang pertama penulis nak jelaskan bahawa pertunangan tidak sama dengan perkahwinan ..pertunangan tidak menghalalkan apa2 perhubungan ..ia sekadar perjanjian mereka berkahwin saja...ramai juga yang kurang faham konsep pertunangan ini atau buat-buat tak faham..mereka melencong ke sana sini berdua-duaan ,malah yang lebih dasyat..ada yang menunaikan umrah bersama tanpa ditemani mahram dan sebagainya "dating" dengan tanpa segan silu dikhlayak orang ramai..berpegangan tangan ,menonton wayang bersama si gadis ,membonceng motosikal dan sebagainya adalah yang menyalahi hukum agama

tetapi islam bukan jumud ..ia membenarkan pertemuan yang baik dan hormanii dengan syarat tertentu...
ia membenarkan pertemuan yang baik dan hormani dengan syarat-syarat tertentu antaranya:

-menjaga pandangan mata
-percakapan yang baik
-pakaian menutup aurat dan sopan 
-tempat pertemuan yang tidak menimbulkan fitnah
-ditemani mahram

( menjaga pandangan mata)

ketika berbual pandangan mata hendaklah dijaga agar tidak memandang dengan nafsu syahwat,pandang mata adalah satu senjata sulit iblis dan syaitan bagi merosakkan anak adam..oleh al quran menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan.firman allah..


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
                                                                     (an -nur 30 dan 31)


(percakapan yang baik)

suara yang lunak dan menggoda akan menarik antara satu sama lain ke arah melakukan maksiat .oleh itu dalam aspek bercakap islam membenarkan lelaki dan wanit berkomunikasi antara satu sama lain dengan syarat percakapkan tidak menggoda.al qurat menyebut syarat ini dalam wahyu

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

ayat ini adalah arahan kepada isteri nabi .maka lebih afdal para wanita muslimat mengikutnya .maksud tunduk dalam bicara seperti melembutkan suara .suara menggoda dan sebagainya ..tapi ini tidak bermakna wanita islam disuruh cakap kasar

tajuk perbualann hendaklah tajuk yang serius dan agak seriusa .tidak wajar untuk berbicara tentang perkara yang lucah tentang anggota seksual sendiri atau seumpamanya

(Pakaian menutup aurat)

pakaian yang dipakai mestilah menutup aurat.pakaian juga mestilah tidak nipis sehingga menempakkan akan kulit seorang pemakainya...ada sesetengah kain memang nipis.tudung kepala hendaklah menutup rambut dan tengkuk.pemakian skaf sebagai tudung kepala adalah tidak memadai kerana masih nampak leher.tudung juga hendaklah labuh agar menutup bahagian depan dada wanita

tidak kiralah apa nama atau fesyen tudung seperti tudung labuh.tudung tiga segi ,tudung wardina,tudung bawal ,tudung mawi ,tudung ariani asalkan ia menutup auratt..kira ok la...

fesyen seperti menampakkan pusat ,ketat dan sebagainya adalah jelas haram

"islam bukan anti fesyen bahkan islam mengalukan setiap fesyen yang baik..islam anti dedah aurat dalam berfesyen"

(tempat pertemuan)

-jauhi tempat yang banyak hiburan dan fitnah
-tempat yang sunyi dan jarang dikunjungi
-lebih baik jika di restoran dan tempat yang terbuka..

penulis juga ingin mengulas sedikit mengenai kesalah anggapan dalam mentafsir hadis mengenai cinta ini..hadis berbunyi..:

" mencintailah wanita dengan niat mengahwininya jika tidak haram bagi sesoarang ajnabi itu mencintai wanita tersebut"

penulis tidak mahu mengulas mengenai tahap hadis ni sahih atau dhaif itu diluar bidang penulis..tetapi penulis ingin bercakap mengenai pemahaman remaja khususnya golongan masih bersekolah dalam mentafsir hadis ni...

ia perlu dilihat dari banyak aspek ..terutamanya kemampuan si lelaki,keadaan ekonomi,dan pelbagai lagi...

malah penulis tersenyum apabila ada seorang muslimat menghantar pm kepada penulis

kenapa islam banyak syarat sangat kalau nak dating"?

wau !!! cara soalan macam disprate sangat nak kuar dating dengan bf dia

islam buat begitu bagi menjaga maruah dan menjaga agama agar tidak tercemar dan terhindar dari fitnah.. sabda nabi

"aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih mudarat ke atas lelaki daripada wanita.."
                 
                         (riwayat bukhari)

wallahualam




No comments:

Post a Comment