Wednesday, June 20

Seorang daie........FIKIR-FKIRKANLAH....



Salam ukhwatun muslimin .... rupa-rupanya lepak di cybercafe pun ada faedah juga ya...ops !!!! ...jangan salah anggap pula nanti kena bend pula ...Maklumlah kat malaysia sekarang ini kan...amalan bend semakin berluasa salah sikit je terus di bend sebagai membawa ajaran sesat....

Baru-baru ini saya bersama rakan-rakan mengunjungi sebuah cybercafe yang terletak di kawasan tempat tinggal saya ..maka realti utama yang saya dapat lihat apabila melangkah kaki je masuk cybercafe itu..ramainya anak-anak it yang sedang asyik lagho dengan permainan video game dan melayari laman-laman media sosial nasib baiklah kat situ banyak komputer so tak perlulah kami tunggu lama...kawan saya yang sorang ini pun mulalah melayari laman sesawang yang dikehendakinya ...saya bersama rakan-rakan lain tidak mengikut jejak langkahnya kami hanya memandang dari jauh je...Tiba-tiba sahabat saya yang sorang ini melihat sekumpulan anak-anak dari sebuah sekolah pondok yang ada di kawasan kami juga berada di dalam cybercafe itu maka kami pun pergilah menyapa mereka bertanyakan tujuan mereka datang ke situ...mereka mengatakan saja nak melayan permainan videogame ... salah seorang sahabat saya mengatakan " Kalau ya pun buanglah serban diatas itu" sahabat saya itu merupakan salah seorang bekas pelajar di sekolah penduduk itu yang kini sedang menuntut di universiti islam antarabangsa malaysia ( uia) maka kami pun tidak berniatla nak menganggu mereka lalu berlalu pergi dari situ...sahabat saya seorang ini asyik memerhati mereka dari jauh ..dia maklumkan pada kami yang dia pelik mereka asyik tersenyum-senyum  memegang badan antara satu sama lain,ketawa tanpa sebab ..dia memaklumkan kepada kami yang dia ingin ke tandas yang kebetulan merupakan satu jalan dengan tempat budak-budak itu ..selepas dia balik dari tandas tiba-tiba mukanya bertukar menjadi merah dan tangannya terketar-terketar kami bertanya kenapa tiba-tiba je ni....beliau mengajak kami semua keluar dari itu sebelum sesuatu yang buruk berlaku...

Kami pun keluarlah walaupun masa yang diperuntukkan untuk salah sahabat seorang ini belum habis ...apabila keluar dari situ dia memaklumkan bahawa dia melihat kumpulan anak-anak itu sedang melihat video porno ..Salah seorang  sahabat  lain yang merupakan bekas pelajar sekolah pondok itu tadi tidak percaya akan kata-kata sahabat itu..dia pun mengambil keputusan untuk melihat sendiri perbuatan mereka itu..apabila dia keluar semula dari cybercafe itu ..kelihatan tanganya mengheret telinga kanak itu sambil kanak- kanak itu menangis ...

Mesej yang saya nak bawa di sini bukanlah nak menjatuhkan maruah pelajar-pelajar sekolah pondok di seluruh malaysia tidak sama sekali. tetapi mesej yang saya nak bawa di sini ialah sebuah pesanan yang cukup ringkas tetapi harap bermakna untuk sahabat-sahabat sekalian...

1) Kalau anda berada di kandang lembu anda kena belajar cara-cara mengembuh dengan betul
2)kalau anda memakai sesuatu benda yang dianggap simbol kemegahan agama anda kena belajarlah cara mengimarahkanya..
3) islam itu universalm tetapi maruahnya tinggi
4) biarpun buruk tempat anda menuntut ilmu tetapi yang buruk itulah tempat yang paling afdal menuntut ilmu

No comments:

Post a Comment