Sunday, June 24

Kesatuan melayu dalam islam......


Susulan entry saya bertajuk "ruginya melayu tidak bersatu kerana islam" ada seorang sahabat menghantar khidmat pesanan ringkas kepada saya ..menanyakan pada pendapat saya adakah agama islam akan lumpuh di malaysia ... "P anggap macam tu pulak dah " berat sangat tu"... ini jawapan yang saya mampu beri kepada sahabat saya itu....

Pada pendapat saya agama islam tetap tidak akan lumpuh di malaysia cuma kita perlu bimbang tahap kebebesan melakukan  amalan agama islam adakah sama seperti sekarang..... Kita dapat lihat secara terang lagi nyata bahawa di waktu sekarang ..di masa kini..Masyarakat yang beragama islam merupakan masyarakat yang paling bebas untuk melakukan sebarang aktiviti berbentuk keagamaan sebab keseluruhan penduduk malaysia tidak kira apa agama dan bangsa sekalipun telah mengiktiraf secara lisan bahawa agama islam adalah agama rasmi di malaysia...so tidak ada sesiapa yang boleh menidakkan perkara itu sebab ini termaktub dalam perlembagaan persekutuan... perkara 3: 

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam


So apa yang saya bimbang takut perkara 3 ini bertukar kepada masyarakat malaysia bebas menganut mana-mana agama dan tidak hak dan keistimewaan bagi sesebuah agama

Saya juga ingin selitkan sikit jawapan ini dengan kenyataan seorang hamba allah ini  ketika saya melayani chatting di facebook semalam..Meminta saya membuktikan dimanakah perpaduan masyarakat islam boleh ditunjukkan secara jelas ....

Jawapan saya mudah je..... Sebenarnya kita masih tidak boleh pertekaikan mengenai perpaduan dalam agama islam masih ada tetapi agak rapuh...contohnya dia waktu solat jumaat ...cuba kita fikirkan secara fikiran waras kenapa allah swt mewajibkan 40 orang makmum untuk menunaikan ibadah solat jumaat dan ada la syarat-syaratnya lagi dalam kiraan itu pun...Kerana di waktu solat jumaat itulah kita boleh nampak bagaimana perpaduan bagi muslimin dapat dibentuk..banyangkan 40 orang atau lebih muslimin berhimpun dalam suatu tempat ( masjid ) untuk menunaikan ibadah kepada pencipta mereka tanpa mengira darjat ,paras rupa.,bau badan.atau apa sekalipun... malahan diberi pula teguran dan nasihat oleh atau seorang khatib yang bertugas ...di situ dapat dilihat secara terang mengenai perpaduan umat islam...cuma yang rapuhnya adakah kita saling bertegur  ketika di luar perkarangan masjid dalam perjalanan untuk menunaikan solat jumaat itu...kadang-kadang senyum pun tak de...allah itu yang penat itu.... malahan ketika di waktu program berbentuk keagamaan contohnya maulud nabi,israk mikraj,awal muharam,masih ramai yang mengahadirinya ..... cuma kesan dari program itu tidak mampu dipractikkan ...


Contohnya hampir saban tahun kita melihat perarakan sempena maulud nabi di televisyen atau tv...Ramai orang yang pergi ..iatu jabatan-jabatan kerajaan , pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah ....itu pun diwajibkan oleh pihak pentadbiran masing-masing

Tidak adakah kesedaran dalam diri kita sendiri untuk melakukan program itu secara spontan ...contonya berkumpu-kumpul ramai dalam konteks adik beradik pun jadi la...untuk menyambut sambutan maulud nabi....itu kan nampak cun sikit......



SEKIAN DARI HAMBA PERANTAU SEPI.........











No comments:

Post a Comment