Tuesday, June 19

Ruginya melayu tidak bersatu kerana islam



Islam is my way of life bermaksud islam adalah satu jalan kehidupan saya,ayatnya mudah dihafami oleh seluruh umat islam...malah diakui secara hak dan batil..tetapi hari ini berlakunya perpecahan dalam kalangan umat islam berbangsa melayu....Kenapa???...Kita semua mengakui bahawa islam ialah satu jalan kehidupan tetapi kenapa kita tidak boleh bersatu kerana islam......

Umno dan pas...sebuah parti yang kononya memperjuangkan agama islam...tetapi dalam masa yang sama kedua-duanya tidak mencari jalan penyelesian untuk bersatu hanya kerana islam...sedarkah kita...ditengah umno dan pas...adanya golongan kitarasu. yang menjadi batu api untuk tidak melihat umno dan pas bersatu  kerana mereka yakin , jika umno dan pas bersatu maka golongan kitarasu tidak akan mampu menandangi kuasa kedua-dua parti ini.....

Golongan kitarasu sebenarnya sudah risau apabila tuan guru haji nik abdul aziz mengutarakan hasrat untuk bermuzakarah dengan umno ,maka sebagai golongan yang berada ditengah-tengah antara pas dan umno ini mereka bertindak dengan memohon tuan guru agar meminta umno bermuzakarah dengan rakan-rakan dalam pakatan rakyat juga (PR) juga  kerana mereka yakin orang umno yang sudah semestinya benci akan pkr dan dap akan menolak syarat yang dikenakan itu maka bertambah rumitlah akan permasalahan antara pas dan umno

Jika kita tengok semasa debat antara yb chua soi lek dan yb lim guang eng...Yb chua soi lek..ada menyatakan "mca boleh menghalang umno jika umno hendak melaksanakan di malaysia dan bertanya dap boleh buat benda yang sama pada pas "...saya sengaja menunggu feedback orang atau pemimpin umno hasil dari kenyataan itu ternyata tiada reaksi dari pemimpin umno hasil dari kenyataan itu ,kerana apa??..kerana umno masih memerlukan mca untuk memenangi pilihanraya umum kali ke 13...so pihak umno terkelu lidah hanya kerana agenda politik walaupun pada masa yang sama mereka cukup marah apabila yb chua mengeluarkan kenyataaan itu.......

Saya ingin membangkitkan kembali memori sidang pembaca sekalian mengenai isu azan di negeri pulau mutiara ( pulau pinang)....apabila  ketua menteri  " lim guang eng menyatakan bahawa azan tidak perlu dilaungkan secara kuat di kawasan yang menjoritinya penduduk bukan beragama islam kerana akan menganggu penduduk di sekitar itu...sedarkah sidang pembaca sekalian bahawa jika ditolak dan dicampurkan sudah pasti lagi sahih bahawa negeri pulau pinang merupakan negeri yang penduduk yang beragama islam kurang populisasinya ..tidak lama selepas itu majlis agama islam negeri mengeluarkan kenyataan larangan azan menggunakan pembesar suara secara kuat di negeri pulau pinang..apa pula reaksi pas ...mengenai isu itu...sekali lagi masyarakat agama islam tidak mampu menegakkan suara yang benar kerana pas juga memerlukan dap untuk memenangi pilihanraya umum kali ke 13..sama sahaja situasinya dengan umno 

Saya cukup kagum dengan peristiwa himpunan sejuta umat yang dianjurkan oleh sahibul samahah mufti kerajaan negeri perak dr harunsani bersama rakan-rakanya..tetapi himpunan seperti itu juga mendapat tentangan yang cukup dasyat dan yang lebih menyedihkan tentangan itu dari penduduk beragama islam sendiri....

Kenapa ini terjadi ini semua hanya kerana agenda politik yang semakin hangat  dan tidak tentu arah.....

Marilah sama-sama kita berjuanga atas nama islam bersatu atas nama melayu ...gagah melayu kerana islam ..gagah bangsa kerana kesatuan...Kalimah allah tersemat di dada..maka siapa mencabar apa pun kita tidak hiraukan









No comments:

Post a Comment