Bismillah hi rahma ni rahim
assalamualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh...
cinta itu satu permainan
dalam hati kita
penulis rajin dengar
ayat yang dipetik dari sebuah hadis junjungan besar nabi muhammad s.a.w
cintailah seorang wanita
dengan niat untuk mengahwininya
jika tidak haram bagi
seorang adam untuk mencintai kaum wanita
ayat ni khas untuk orang
belum kahwin ya...
kalau yang nak pasang
lagi 1 tu..atau lebih
walllhualam
ayat ni jugalah ayat
paling power nak mengurat awek sekarang
confirm cair lentok
habis
memang betul hadis nabi ini tepat bagi golongan percintaan
namun kita kena tengok
dalam keadaan macam mana ayat tu nak ditafsirkan
ni umur baru 13 hingga
16 tahun
dah ada niat untuk
berkahwin
hey....anak teruna
hey..si anak dara
hampa nak makan apa....
memang la ada pepatah
yang mengatakan
sedangkan cacing dalam
tanah pun boleh makan
inikan pula manusia
sanggup ke hampa nak
bandingkan diri hampa dengan cacing je
bagi makan buah petai
dan kenuak pun muntah -muntah ni kan pula nak makan macam cacing makan
confirm fail........
wahai kaum hawa...
jangan terlalu mudah
termakan kata-kata anis seorang anak adam
sat g hampa juga yang
merana
menangis sini sana
sesal kemudian tak guna
sesal awal insyallah
boleh dielakkan
cuba kita tengok konsep
percintaan dalam islam
Cinta harus
diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya. Jika tidak, boleh
merosakan.
Aturan cinta dan kasih
sayang ini perlu dipelihara, sehingga boleh terpelihara dan keindahannya selalu
terjaga serta menjadi benteng yang kukuh.
Contohnya, lihat pada
pasangan suami-isteri. Cinta dan kasih sayang boleh menjadi benteng yang sangat
kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian dari Allah.
Bila kita mampu menjaga kehadiran rasa sayang dan
cinta, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan
besar dan badai kehidupan.
Namun, seringkali
manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah cubaan dan
ujian. Lebih lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya.
Biasanya mereka akan
kalah dan cenderung mempesoalkan tentang ujian dan cubaan yang menimpanya.
Contohnya ketika
seseorang meluahkan perasaannya kepada orang yang disukainya. Kemudian mereka
yakin bahawa hubungan mereka akan berjaya ke jinjang pelamin.
Namun, mereka putus di
tengah jalan.
Fenomena ini biasa
terjadi dalam masyarakat, tetapi kita seringkali sukar menghadapinya. Bila
tidak berhati-hati, boleh menyebabkan kekecewaan dan mempengaruhi hingga ke
sendi-sendi kehidupan seseorang.
Sering kalahnya
manusia dalam ujian percintaan
merupakan kes yang biasa mendera kaum muda.
Padahal, generasi muda
sangat diharapkan oleh masyarakat sebagai agen perubahan. Sangat sayang apabila
mereka hilang dalam perjuangan zaman, hanya kerana urusan
cinta dan kasih sayang.
Kegagalan menjaga rasa
cinta. Mereka hanya tidak mampu menguruskan fitrah yang sangat mendasar ketika
menghadapi ujian kehidupan.
Ketika kaum muda putus
cinta, seolah-olah putus segala harapan untuk mendapatkan kasih sayang
dari jantina berlawanan. Padahal tidak. Kesempatan mereka untuk mendapatkan
kasih sayang dalam koridor yang sebenar masih terbuka lebar.
Meskipun begitu,
sebaiknya kita mengharapkan cinta dan kasih sayang dari Allah. Cinta dan kasih
sayang tertinggi dan terbaik dibandingkan cinta dan kasih sayang dari manapun.
Kita seharusnya
selalu berprasangka positif terhadap Allah. Sehingga mampu menjadikan kita
menerima kenyataan apabila ungkapan cinta dan kasih sayang terhadap sesama kita
terputus di tengah jalan.
Kita juga jangan
sampai kehilangan pegangan hidup, iaitu Islam. Bagaimana pun, sesuatu yang kita
peroleh adalah hasil terbaik yang diberikan Allah.
Meskipun pada
awalnya kita tidak memahami dan merasa sakit, tetapi apabila kita percaya
bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita akan ikhlas menerimanya.
Bagaimana memelihara dan mengelola perasaan
cinta dan kasih sayang yang baik terhadap pasangan?
Biasanya,
sebelum berumah tangga, para pemuda & pemudi selalu mendesak
dan seakan terdesak untuk segera menikah. Tetapi, setelah berumah
tangga, akan terasa hambar kerana semuanya sudah diketahui dan terbuka.
Impian yang pernah
dicita-citakan sebelum bernikah dahulu, seringkali kandas dalam pertikaian,
kekerasan dalam rumah tangga, dan penceraian.
Dalam hal ini, ada
kegagalan dalam menjaga cinta dan kasih sayang.
Bagaimana Rasulullah
mengajar cinta dalam Islam?
Rasul sendiri selalu
memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu
bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara
kehangatan.
Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari.
Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka
boleh melihat ibubapanya yang bahagia.
Rasul juga selalu
mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari
seperti, “Kamu cantik sekali hari ini.”
Rasul mencontohkannya
dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si “pipi merah”.
Ekspresi seperti ini,
walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari
dalam hati.
Tidak perlu membelikan
alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke
hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih
cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari.
Kerana kecantikan
isteri ada di dalam hatinya.
Amalan baik ini akan
selalu dilihat oleh Allah. Allah berjanji apabila ada hambanya yang melakukan
kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai
seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya.
Bila hambanya
mendekati dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini
sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga keluarga kita
sebaik-baiknya.
“jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum
menikah.Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti”.
kembali kepada konsep mencintailah wanita dengan niat untuk mengahwiniya...
konsep sebenarnya tepat tapi terpulang la kepada cara mentaksirkanya
wallahualam
No comments:
Post a Comment