Sunday, February 10

Kekasihku di valentine day




Assalamualikum warahmatullah hi wabarakatuh....

bismillah hi rahma ni rahim..alhamdulillah hi rabil alamin 

sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian....

Pada tanggal 14 febuari  kita akan dilanda satu lagi fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat islam sekarang...khususnya remaja dan golongan muda..am nya golongan yang merasa diri itu masih muda walaupun dirinya sebenarnya "kubur kata mari..rumah kata pergi la"

14 febuari merupakan hari kekasih
bahasa anak muda sekarang "valentine day"

apa itu valentine day..
kenapa ia dipanggil valentine day..

Pertama : to be my valentine


Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai  maksud “Yang end typing”
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala. 



Kedua : mawar merah 

Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.

     Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saatValentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Hukum meyambut :

Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”

  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.

     Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.

cuba sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian tengok....

adakah letaknya konsep-konsep ajaran islam dalam upacara hari kekasih ini....

jawapan tepat..lagi sahih "tidak ada"

tapi persoalanya kenapa masih ada masyarakat yang dalam kad pengenalanya ditulis perkataan "islam" yang mengucap dua kalimah syadah masih menyambut perayaan ini

kalau pergi  di kampung..akan ada orang kata....masyarakat bandar je sambut perayaan ini orang kampung tak....

kalau pergi di bandar pula ...sesetengah orang je sambut perayaan ini...tak semua 

sidang pembaca sekalian....

kalau allah  s.w.t nak turunkan bala ...dia tak turun pada indiviu sahaja ...dia turun pada semua

kalau orang kampung tak sambut perayaan ini...penulis hanya percaya 25%

sebab kalau pergi dekat pusat-pusat reaksi ..seperti lata mahupun air terjun

sapa mandi kat bahagian bawah memang rugi la sikit...
sebab airnya dah tak semulajadi...
bercampur dengan air yang datang dari atas
kalau orang kencing boleh tahan lagi ...
ni air yang datang dari hubungan luar nikah...
pasangan  kononya sehidup semati....

malah kalau ada individu yang nak pergi melawat kebun sawit mahupun kebun getah ...tanggal 14 febuari ni...

pastikan kawasan anda itu senang orang nampak
sebab confirm bukan kawasan project...

depa ni berani depan pasangan mereka je ..sidang pembaca sekalian...
tak hebat mana pun...
kalau mereka ni buat project  di khalayak ramai la..senang orang tangkap...
malu dapat kahwin free pun dapat..2 in 1
itu lagi mudah....

kalau di bandar jangan cakap la....

masa ni la golongan -golongan sundal nak mencari makan...
kerana ramai lelaki yang nak puaskan nafsu cintanya
masa ni kawasan-kawasan gelap di sekitar-sekitar taman...
menjadi tumpuan ramai...


mengikut data terbaru jabatan pendaftaran negara..

anak yang lahir tanpa ibu bapa dengan di negara didaftarkan ialah 26,000 ribu orang
itu yang didaftarkan tuan-tuan sekalian
yang didaftarkan ..wallahualam,....

salah siapa perkara sebegini berlaku...

kalau nak kata kerajaan...udangan-undang dah dibuat..tp mungkin pelaksananya kurang efektif..tapi adilkah nak salahkan kerajaan...kalau kesadaran individu  langsung x dak....

golongan-golongan berada..mewah..kaya (mudah cerita)

sesetengah dari mereka ni....
setiap kali valentine day..buat parti di rumah..
hantar kad-kad happy valentine day

sidang pembaca sekalian ...

kalau tidak mampu mengubah
kita mampu mencegah pun sudah mencukupi bagi penulis...

penulis tinggalkan satu lirik lagu yang kalau sidang pembaca sekalian hayati insyallah..boleh  belajar mengenal cinta sejati

Bagaikan permata di celahan kaca
kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur Kasih-Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
C/O
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih
(Doa)
Ya Allah kurniakanlah kami isteri dan anak-anak
Sebagai penyejuk mata penawar dihati
Ulang C/O
Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela-ku menjadi miliknya
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disiram Nur Kasih
…disirami Nur Kasih

Akhir kalam  dari penulis ..yang baik datagnya dari allah s.w.t ..yang buruk datagnya dari kelemahan diri saya sendiri..
cinta allah melebihi segalnya
wallahualam...



No comments:

Post a Comment