Sunday, November 11

Utusan si raja sehari




Assalamualaikum warahmatullah hi wabaraktuh

Musim cuti persekolahan ini banyak sangat utusan raja sehari sampai di rumah ...sampaikan penulis merasakan tak berasaplah dapur penulis sepanjang cuti sekolah..mungkin selang 2 atau 3 hari sempat la kut makan di rumah..tapi kebanyakkannya akan menghabiskan masa untuk memenuhi jemputan walimatulurus...

Kerana dalam islam juga menekankan tentang kehadiran ke walimatulurus ini..ini berdasarkan dari hadis nabi muhamaad s.a.w

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

Antara hadis lain yang kuat mengatakan kewajidan menghadiri walimatul urus ini ialah...

“Dan barangsiapa yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)

Namun banyak pendapat ulamak  sekarang yang mengatakan hukum wajib menghadiri walimatul urus boleh digugurkan kerana terdapat hadis dari baginda muhamaad s.a.w yang mengugurkan kewajipan menghadiri walimatulurus ..hadis ini telah diriwayatkan oleh saidina ali radhillahu-anhu...

“Aku membuat makanan, lalu aku mengundang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kemudian beliau tiba, lalu beliau pun segera pulang. Aku pun segera bertanya, “Wahai Rasulullah, Ibu dan Bapaku sebagai tebusan, apakah yang membuatkan engkau pulang?”

Baginda menjawab:

“Sesungguhnya di dalam rumah ada kain penutup yang bergambar, dan sesungguhnya para malaikat tidak akan memasuki ke dalam sesebuah rumah yang di dalamnya mengandungi gambar-gambar.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 3359. Dinyatakan sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibnu Majah dan Adabuz Zifaf)
Juga hadis dari ‘Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah duduk di meja makan yang di sana dihidangkan minuman keras (khamar).” (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi. Rujuk: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 152, Media Hidayah)

Malah baginda rasullah s.a.w juga bersabda  apabila ada pengkhususan dalam walimatul urus yang  diadakan antara golongan fakir miskin dan orang kaya maka makanan yang dihidangkan menjadi "subhah"

Malah penulis juga pelik dengan adab-adab budaya yang dilaksanakan di rumah kenduri atau walimatulurus sekarang ini antaranya ialah...

Golongan lelaki yang membuat kerja di rumah kenduri tersebut diberikan "rokok" kononya untuk menaikkan mereka membuat kerja...

Pada pendapat penulis sesuatu kerja perlu dilakukan secara ikhlas barulah mendapat ganjaran pahala...tetapi penulis yakin pasti ada golongan yang datang menolong di rumah kenduri itu semata-mata nak rokok yang diberikan...

Sudah terang lagi bersuluh...hukum merokok ialah haram...so mengapa kita harus memberikan benda yang haram sebagai galakkan untuk kita menarik minat seseorang untuk menolong kita...itu tidak sepatutnya berlaku....

Di malam hari sebelum hariwalitul urus..kalau orang kampung panggil kenduri malam la...

kita dapat lihat selalunya akan diadakan majlis tahlil dan bacaan doa...namun selepas majlis tahlil akan dilakukan pula benda yang tidak sepatutnya kita buat..antara berkaroake..minum air ketuk..main judi..itu bukan budaya dalam islam...tak salah jika kita nak lepak minum kopi dan teh untuk bersembang-sembang dengan kenalan ..malah kadang-kadang ada juga kenalan yang dah lama tak jumpa..daripada kita menghabiskan masa melakukan aktiviti yang tidak berfaedah

Sidang pembaca yang dirahmati allah sekalian....

Cuba kita lihat pakaian kaum hawa apabila datang memenuhi jemputan walimatul urus sedih kadang-kadang penulis tengok...macam la negara kita ini tidak cukup kain....macamlah lawa sangat badanya.....pakailah pakain yang elok untuk ke rumah kenduri tu..tak yah lah pakai seksi dan nipis sangat sangat..jaga martabat anda sebagai seorang muslimah sejati...

Akhir kalam dalam penulis...



Selamat mengahadiri jemputan walimatulurus.....

Selamat pengantin baru moga kekal hingga ke akhir hayat..


wallahulam.....amin....









No comments:

Post a Comment