Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih ayah sepanjang masa
Awal bismillah pembuka bicara..salah dan silap harap diampunkan
Sahabat yang dikasihi allah sekalian
Penulis yakin dan pasti kita semua sayang kepada ayah dan ibu kita
kita semua kasih kepada kasih kepada ayah dan ibu kita
Sahabat-sahabat yang dirahmati sekalian
kita sayang tapi adakah kita kesian
cuba kita bayangkan seketika waktu
cuba kita kosongkan kita fikiran sekejap
bagaimana kedua insan sanggup berkorban apa sahaja..
Untuk melahirkan insan yang belum tentu boleh menjaga mereka seperti mana mereka menjaga kita
sahabat yang dirahmati sekalian...
cuba kita fikirkan bagaimana susah payah mereka bergadai nyawa dan bergolak gadai untuk melahirkan kita..
tetapi rakan -rakan apabila kita dewasa kita malukan mereka
kita jatuhkan maruah mereka...
Penulis cukup kecewa dengan sikap anak gadis dan anak teruna di zaman sekarang yang cukup taksub dengan cinta...
bayangkan jika di zaman ayah dan ibu kita dahulu ..mereka bercinta ..disaat mereka nak mendirikan masjid dah...
tetapi dizaman yang cukup hebat ini...
golongan ini bercinta dibangku sekolah rendah...
Di waktu sekolah rendah dah pandai aturkan dia dengan dia..dia dengan dia..gosip sana gosip sini
apabila melangkah ke sekolah menengah ...dia jadi lebih advance ..tak main la beb ..setakat atur mengatur ni..mau cari dan takel sendiri la..zaman sekarang zaman moden ..tak dapat no fon ..dapat fb pun jadi la...boleh add ..boleh webcam..boleh skype pula lagi..lepas tu baru ayat minta no fon...
5 TAHUN DI ALAM SEKOLAH MENENGAH ...CONFIRM NAK TRY AWEK PALING CANTIK..CONFIRM NAK TRY PAK WE PALING HANDSOME..
maka apabila sahabat-sahabat yang dikasihi allah sekalian masuk ke alam cinta monyet
akan kuranglah kasih sayang kepada kedua ibu bapa anda
ada yang nak pertikai kata-kata penulis ??????
baik betul anda sayang mereka lebih daripada cinta monyet anda ...kenapa anda sanggup menipu mereka?
yang tak de tuisyen ...anda reka kata ada
yang pakai motor pula ..anda sanggup tipu ibu bapa anda mengatakan minyak motor habis...semata-mata untuk kuar makan dengan pasangan cinta monyet anda...
anda sayang ibu bapa anda........
tapi anda sanggup membiarkan aurat anda dipengang oleh pasangan cinta monyet anda....
anda sayang ibu bapa anda...
anda sanggup berdua-duan di khalayak ramai sedangkan anda tahu bahawa kemungkinan besar anda akan terserempak dengan kenal ibu dan ayah anda..dan ia akan buah mulut mereka ..
anda sayang ibu bapa anda....
Di saat ibu bapa anda sedang melelapkan mata ..anda berhubungan mengunakan panggilan video dengan tanpa aurat untuk kepuasan nafsu jahanam anda...
anda sayang ibu bapa anda......
anda sanggup membazirkan wang ibu bapa anda semata-mata untuk membeli kredit melakukan perzinaan hati dengan pasangan cinta monyet...
Sahabat-sahabat assabiyah yang ana rahmati sekalian.....
Bayangkan di saat berjaya melepasi alam sekolah menengah dan berjaya masuk ke ipt mahupun berkerja ..orang yang paling gembira ialah ibu bapa anda.......
tetapi rakan-rakan ..apabila anda berada di alam ipt mahupun berkerja ..anda lah orang yang menghancurkan kegembiraan ayah dan ibu anda dengan sikap- sikap anda...
ketika anda berada di alam ipt..dah mula dah ..macam -macam kerenah ..maklumlah anda dah besar..mahasiswa dan mahasiswi lah katakan..dah boleh buat keputusan sendiri ..siapalah ibu bapa anda itu..perternak ..peladang..penoreh..guru-guru..anak kampung yang apa lah sangat kejayaan yang ditempuhnya...
tetapi rakan-rakan sedarkah anda ...bahawa tanpa titisan air mani ayah dan ibu anda..tanpa cantuman air mani mereka..tak kan lahirlah anda kedunia ini..sedarlah diri anda rakan-rakan sekalian..tanpa sikap belas kasih kasihan mereka ..tanpa sikap kasih sayang mereka..tanpa iman yang kuat di dada mereka ..tempat hanya anda ditong sampah mahupun tempat -tempat pembuangan mereka...
rakan -rakan sekalian.....
Ikhlas dari hati penulis nak tanya...wahai anak adam dan anak hawa...
berapa kali dalam sebulan di kita call ayah dan ibu kita.....
cuba kita bandingkan dengan jumlah kita call cik abang dan cik adik sayang kita....
confirm dan pasti lebih banyak dari ayah dan ibu....
tetapi cuba kita ingatkan kembali..apabila kita kata ayah ,ibu .maafkan saya kerana tak rajin call ayah ibu..
agak- agak apa jawapan mereka...
tak pe kami faham anaknanda sibuk dengan pelajaran kan..
masyallah...cukup besar harapan mereka pada kita...dalam isi hati mereka ...sedih kerana tak dapat dengar suara anak selalu ..
agaknya itulah sebab bila anak balik waktu cuti...
bertimbun lauk atas meja sampai habis makan....
rakan-rakan sekalian bayangkan bagaimana perasaan mereka ..jika terpampang di muka akhbar ..muka kita melakukan benda yang tidak sepatutnya kita lakukan....
betapa kecewanya mereka kan....
tapi mereka kembali ketentuan allah..mungkin itu takdir buat mereka....
ada pula sekarang ni....
anak-anak yang menyalahkan ibu bapa kerana tidak memberi pendikakan yang cukup ....kepada mereka sehinggakan mereka gagal dalam hidup...
hey...sedarlah diri...
cerminlah hati
sebelum kamu mengeluarakan sesuatu kata-kata
yang baik datangnya dari allah s.w.r....
yang burukn datangnya dari kelemahan sendri..
kasih ibu membawa ke syurga
kasih ayah sepanjang masa
Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil sehinggalah dewasa kini....Amin. :)
Setiap pagi, sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tidak kira masih hidup atau sudah tiada), nescaya pintu rezekimu akan terbuka buatmu.
Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada orang tuanya dalam sehari.
Setiap pagi, sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tidak kira masih hidup atau sudah tiada), nescaya pintu rezekimu akan terbuka buatmu.
Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada orang tuanya dalam sehari.
salam perpaduan ummah
No comments:
Post a Comment