Saturday, October 20

Demam final lagi malaysia



Salam ukhwah fillah fil ibadillah....

Malam ni tanggal 20/10/2012 merupakan hari penentuan bagi peminat the red warrior dan harimau hutan..penulis  berani beri jaminan akan penuh dan gempita stadium nasional bukit jalil malam ni....namun ingatlah wahai rakan walau bagaiman sekalipun kita fanatik kepada sukan bola sepak ini janga kita lupa akan amal maaruf nahi mungkar 

Kadang-kadang rasa malu dan segan pun ada juga apabila kamera menfokuskan kepada penonton yang duduk berbuan malah golongan hawa yang menjerit mencorakkan badan dengan lambang atau tanda kebangaan pasukan yang diminatinya...pada pendapat penulis tidak perlu la sampai begitu macam mana fanatik kita sekalipun

Kalau kita perhatikan kebanyakkan penyokong untuk sesuatu perlawanan bola sepak akan masuk awal ke dalam stadium kerana untuk mengelak dari kesesakkan dan mendapatkan tempat duduk yang lebih selesa..tapi dalam mengelak dari benda seperti itu terjadi ..adakah kita memasang niat untuk mengelak daripada tidak meninggalkan solat..kadang-kadang perkara solat ini diambil mudah oleh sesetengah masyarakat...jangan lah sampai nak tinggal suruhan allah semata-mata untuk duniawi..kan tak molek gayanya tu..sedih tenggokkan kan ..

penulis bukanlah orang yang layak untuk menegur sahabat-sahabat sekalian ...tetapi atas dasar islam kita dan saudara seagama penulis ..hablum minas..hablum minaallah..kita salinglah tegur menegur kan...

Salam 1 tentera ....kita pasti menang malam ni..hehehehhe ..lari...assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment