Monday, August 6

Cuti tanpa tahu...


Salam....

Pada hari tanggal 8/6/2012 merupakan hari yang penting sepatutnya dirasai oleh semua manusia yang bergelar umat islam di seluruh dunia...

Kerana pada hari yang bergelar "nuzul al quran" merupakan satu sejarah diturunkan kitab yang paling suci di bumi kurnian allah ini..di dalamnya terdapatnya seribu satu penawar yang bisa menyelesaikan apa jua masalah yang terdapat dalam bumi kurnian allah ini..Nabi muhamaad 

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq

Namun di masa dan waktu ini masyarakat kurang mengambil tahu akan situasi ini...Yang kita lebih pentingkan ialah cuti sempena hari dan tarikh ini...

Yang lebih menyedihkan  ialah apabila kita bertanya pada generasi muda mengenai hari atau tarikh ini..mereka hanya tahu akan nama cuti yang diberikan ..tanpa mengetahui sejarah disebalik cuti itu..

Sedarlah dan buktikanlah....!!!!!

Bahawa cuti itu tidak berapa penting bagi kita yang penting ialah kita sama-sama membuktikan bahawa al quran merupakan kitab suci yang paling indahnya di bumi kurnian allah ini

No comments:

Post a Comment