Saturday, August 4

Beb kita saudara beb...apa cer...



Saudara dan saudari yang dirahmati allah sekalian...


Inilah perkataan yang sering digunakan oleh pengerusi majlis di mana -mana majlis ..tak kira la majlis agama atau sebarang majlis rasmi atau tidak rasmi




Betul ke kita semua ni saudara ????..apa buktinya...






Salah satu sifat seorang Muslim sejati yang paling istimewa adalah kecintaannya kepada teman-teman dan saudara-saudaranya seIslam.Sebuah cinta yang tidak tergantung oleh kepentingan-kepentingan duniawi atau motif-motif apa pun. Cinta ini merupakan cinta sejati seorang saudara, yang kesuciannya berasal daripada sinar tuntutan agama Islam.
Batas-batas yang menghubungan seorang Muslim dengan saudaranya melampaui batas ras, warna kulit atau bahasa adalah batas keimanan kepada Allah.
Justeru Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.” (a-Hujurat: 10)
Persaudaraan seiman merupakan ikatan paling kuat antara hati dan fikiran. Tidak menghairankan, persaudaraan yang unik ini melahirkan buah cinta yang benar-benar mulia, suci, mendalam dan abadi. Islam menyebutnya “Cinta demi / kerana Allah,” di mana seorang Muslim sejati menemukan manisnya iman.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Ada tiga hal yang barang siapa mencapainya akan menemukan manisnya iman: Jika Allah dan Nabi-Nyaa lebih dicintai dibandingkan yang lain; jika dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah; jika dia membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana kebenciannya dilemparkan ke dalam neraka.” (Muttafaq ‘alaih)
Banyak hadis yang menggambarkan kedudukan dua manusia yang saling mencintai kerana Allah dan menggambarkan posisi mulia di syurga yang telah Dia janjikan kepada mereka dan kehormatan luhur yang akan Dia limpahkan kepada mereka pada hari ketika umat manusia dibangkitkan menghadap Raja Sekalian Alam. Di antara hadis-hadis adalah hadis yang mengambarkan tujuh macam manusia yang akan mendapatkan perlindungan Allah pada Hari ketika tidak ada perlindungan melainkan perlindungan-Nya.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“… Pemimpin yang adil, pemuda yang menanjak dewasa dengan sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terpaut kepada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu kerana Dia dan berpisah kerana Dia. Orang yang telah dibujuk untuk melakukan perbuatan terlarang oleh wanita yang berkedudukan serta cantik tetapi diamengatakan ‘Aku takut kepada Allah’ orang yang memberi sedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekah oleh tangan kanannya dan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya, dan orang yang berzikir kepada Allah di keheningan malam hingga menitiskan air mata.” (Muttafaq “alaih)
“Dua orang yang saling mencintai satu dengan lainnya kerana Allah jelas termasuk di antara mereka yang akan dilindungi Allah dengan perlindunga-nNya dan akan di kurniakan rahmat dan kemurahan-Nya. Betapa merupakan sebuah kehormatan yang besar! Cukup terhormat bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Allah sehingga Tuhan akan menghormati mereka pada Hari Kebangkitan dan mengatakan: “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana Aku? Hari ini Aku akan melindungi mereka dalam perlindungan-Ku pada Hari ketika tidak ada perlindungan kecuali perlindungan-Ku.” (Riwayat Muslim)
Demikianlah kehormatan agung dan pahala besar yang akan dilimpahkan kepada mereka yang benar-benar saling mencintai semata-mata kerana Allah, pada Hari yang mempesona.
Mencintai kerana Allah, dan bukan kerana sesuatu yang lain dalam kehidupan ini yang dipenuhi dengan ketamakan, nafsu, kepentingan-kepentingan, memang sangat sulit dan tak seorang pun dapat meraihnya melainkan orang yang berhati suci, yang baginya dunia ini tidak ada ertinya dibandingkan dengan kenikmatan Allah.
Maka, tidak mengherankan bahawa Allah akan menganugerahi mereka suatu kedudukan dan berkah yang sepadan yang sepadan dengan posisi mereka di dunia ini, atas ikhtiar-ikhtiar yang telah mereka lakukan. Kita menemukan bukti mengenai hal ini dalam hadis yang diriwayatkan Mu’adz yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Allah berfirman: ”Mereka yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan memperoleh mimbar cahaya, dan Nabi serta para syuhada pun berharap mereka akan memperolehnya juga.”
Allah menganugerahi mereka yang saling mencintai semata-mata kerana Allah suatu kurnia yang bahkan lebih besar daripada status dan kurnia ini, yakni cinta-Nya yang sangat sukar diperoleh. Ini dibuktikan dengan hadis daripada Abu Hurairah di mana Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Seorang lelaki mengunjungi salah seorang saudaranya di kampung lain. Allah mengutus malaikat untuk menunggunya di jalan. Ketika orang itu datang terlambat, malaikat bertanya kepadanya; ’Ke manakah maksud kepergianmu?’ Dia menjawab: ’Saya pergi mengunjungi saudaraku yang tinggal di kampung ini.’ Malaikat berkata: ’Apakah engkau telah berbuat kebaikan kepadanya (sehingga kini engkau menuntut balasan)?’ Dia menjawab, ”Tidak. Tetapi saya mencintainya kerana Allah.’ Malaikat berkata kepadanya: ’Saya diutus Allah kepadamu, untuk memberitahukan bahawa Dia mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu demi Allah’.” (Riwayat Muslim)
Betapa agungnya cinta, yang mengangkat seorang manusia pada posisi yang dicintai dan diredai Allah. Ajaran Nabi s.a.w bahkan mengajarkan lebih jauh bahawa di antara orang yang saling mencintai kerana Allah adalah orang yang lebih besar cintanya kepada saudaranya.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tidak ada dua orang yang saling mencintai melainkan yang lebih baik adalah orang yang cintanya kepada saudaranya lebih besar.”
so dengan penarang itu .. saya rasa ..cukuplah menunjukkan kita semua ni bersaudara...bak kata orang lain ayah  dan ibu..

tetapi yang menjadi persoalanya sejauh mana kita boleh membuktikan kita ni bersaudara....

sedarlah wahai rakan-rakan bahawa ikatan persaudaraan seagama kita itu sudah tidak nampak secara zahir dan batin...

bayangkan nama sahaja kita ni bersaudara tetapi sejauh mana perwatakkan yang kita tunjukkan sebagai seoarang saudara..

kita bersalam tetapi pandang muka kearah lain
kita berpeluk tetapi bukan kerana satu kasih sayang sesama umat
kita sembanhnya satu saf..tetapi safnya kerana ada kekurangan di teman sebelah kita

sejauh kita cakna pada teman-teman saudara sesama islam di palestin  dan bumi-bumi islam

malah ada dikalang kita memberi sokongan kepada israel laknatullah..

saya rasa itu terlalu jauh untuk kita fikirkan...

tetapi fikirkanlah sejauh mana kita mengambil tahu hal-hal melibatkan saudara seagama kita...

sanggupkah kita bersatu dengan saudara sesama islam kita..demi memertabatkan maruah agama islam

mampukah kita membuang sikap untuk menjatuhkan  maruah saudara sesama islam  demi untuk mencapai kepentingan peribadi ...

 fikir-fikirkanlah...

TAKBIR........








No comments:

Post a Comment