Sunday, July 29

Masihkah ada ramadhan...


Salam ahyatul ramadhan...

kadang-kandang saya penulis menjadi pelik dengan suasana kehidupan kita sekarang ini....

puasa tapi solatnya tidak..
puasa tapi datingya tetap ada...

Penulis lagi pelik dengan sesetengah masyarakat yang lebih mementingkan solat terawih dari solat fardu 5 waktu .Sedarkah kita bahawa solat terawih itu sunat.. di awal permulaan kita solat pun bilal dah melaungkan "asolat tu terawih syahri ramdhanna sunaatan lillah hitaala.." itu dah menunjukkan bahawa terawih itu sunat yang wajib ialah solat fardu 5 waktu itu.....

Tetapi ada juga...yang p solat terawih tapi solat maghribnya ditinggalkan ..isya penulis  rasa tak kut sebab kebanyakkan dari kita akan menunaikan solat isya secara berjemaah di masjid....

Ada satu jenis sahabat kita lagi yang p bazar ramadhan berpegang tangan dengan kekasih pujaan hati ingatkan rupanya baru kahwin secara batin,zahirnya belum..panggil abang dan sayang dah tapi kahwinya tidak lagi.....penulis ingin ingatkan bahawa apa yang haram pada bulan bukan ramadhan .dia menjadi lebih haram pada bulan ramadhan ..sebab bercampur dengan perkataan "haram jadah" yang dikeluarkan oleh mulut-mulut yang memerhati....itu tak ley kata apa dah memang tabiat dah...

Penulis ingin kembali ke persoalan di bulan ramadhan ini....penulis tidak rasa amalan membazir terlalu ketara pada bulan ramadhan ..maaf la kalau sidang pembaca agak kurang puas hati dengan pendapat penulis...tetapi bagi pendapat penulis apa salahnya membeli secara berlebihan kalau mereka mampu untuk makan dan berniat untuk sedekah...kita kena ingat apa yang kita lihat belum tentu itu realiti..ni tidak tengok orang kuar bawak banyak makanan dah cakap dah yang dia ingin membazir...pernakah kita ikut sampai umah dia..apa yang dia buat dengan makanan itu.....tetapi si pembeli janganlah sampai meninggalkan apa yang disuruh..itu di konteks lain pula tu...



Penulis juga amat pelik apabila sesetengah imamt tidak boleh menerima kehadiran para tahfiz untuk mengimamkan solat di bulan ramadhan...masyallah !!!..penulis amat kecewa dan pelik dengan suasa sebegini..tetapi penulis tidak katakan pada semua imam hanya sesetengah sahaja..dan ia berlaku di kawasan tempat tinggal penulis..sampai kan ada yang kata tahfiz baca al fatihah silap..untuk pengetahuan cerdik pandai sekalian ..bukan senang nak menjadi seorang tahfiz..apabila dah mula menghafal al quran tinggal terlupa satu patah huruf sudah dikira berdosa...sebab itu kerajaan arab saudi membayar gaji para tahfiz ini..dan ada sesetengah ulama mengatakan .bahawa mereka umpama payung di sebuah kawasan....so kalau betul dia salah pun pergi la tegur..jangan mengata membelakang..itu dah di kira lain itu......



Akhir kalam di bulan ramdhan ini ..marilah sama-sama kita meninggalakan apa yang dilarah oleh allah s.w.t dan kita kukuhkan apa yang disuruh oleh allah s.w.t....kalau ada yang masih belum memulakan pembacaan ayat suci al quran marilah sama-sama kita memulakanya dan bertekah untuk menghabiskan seberapa banyak yang kita mampu lakukan...kalau ada yang dah mula...hayatilah ..apa yang ada dalam kitab suci ketika anda membacanya kerana penulis yakin di dalamnya ada nur yang tak mampu kita miliki dalam dunia ni....habiskan lah juga bacaan anda  seberapa banyak yang mampu dalam bulan ramadhan ini.....


Salam amal makruf nahi mungkar...

akhir kalam....

TAKBIR !!!!!!!

ALLAH HU AKBAR...





No comments:

Post a Comment