Monday, July 30

Laman sosial ke arah penghancuran agama



Kita berasa marah apabila soal agama kita dipermainkan di laman-laman sosial...namun sedarkah kita bahawa kita antara punca betapa mudahnya oleh golongan ultra kiasu menjatuhkan maruah agama kita ini...

Mana tidaknya hampir setiap hari kita paparkan cerita-cerita mengenai kehidupan seharian kita di laman-laman sosial..bahkan hal peribadi pun nak diceritakan di laman-laman sosial..

Kalau ditegur maka akan dijawab dengan begitu sinis " bukan semua masalah kita boleh kongsi dengan orang ..fb dan twitter tempat kita meluahkan apa yang tak boleh dikongsi dengan orang "..saya ingin bertanya adakah anda menapis rakan-rakan  yang menjadi rakan atau followers di laman-laman sosial itu...saya berani memberi jaminan dari 20 mungkin hanya 5 orang yang anda tapis...

Apabila mereka menjadi rakan  anda secara automatik apa yang tulis di fb dan twitter  anda boleh dibaca oleh mereka....bukan semua yang kita tulis ialah kelebihan kita..kebanyakkan yang kita tulis merupakan kelemahan kita...

Maka dari kelemahan itu mereka kumpulkan menjadikan satu bahan untuk menjatuhkan maruah agama islam
dan apabila berlaku perkara sebegitu..maka ramailah yang akan mewujudkan page ataupun group untuk menyedarkan kembali tentang kewujudan anasir-anasir yang menjatuhkan maruah agama islam...

Bukankah kita yang mengatakan....

"Mencegah itu lebih baik dari merawat"

Tetapi kita lebih banyakkan melakukan konsep merawat dari mencegah....saya  begitu serius dalam perkara sebegini..kerana saya cukup bimbang akan kemuradatan yang akan berlaku jika perkara sebegini terus berlaku...Tak de faedah kita meletakkan perkara-perkara peribadi dalam laman sosial ..bukan boleh selesai masalah ..malah burukkan lagi masalah....dengan komen-komen yang diberi secara melulu dan tidak berilmiah...siap mengumpat dan mengata orang lain...itu dah dikira sebagai perkara yang mengaibkan orang lain....

Saya pohon juga kepada si tukang - tukang komen ini...jangan komen ikut sedap mulut je..saya kadang terfikir apabila masuk dan join group -group perbincangan mengenai isu agama ini...kadang-kadang jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan kita tidak logik dan tidak bermunasabah...saya lebih suka akan rakan-rakan yang  " mentag" jawapan-jawapan yang telah dikeluarkan oleh ilmuan agama daripada menciptaa jawapan ikut kefahaman sendiri..ingat apa yang kita faham tidak sebenarnya betul ...apabila terdapat group-group yang membincangkan soal agama ini...banyak soalan-soalan yang ditanya saya lihat memang ditujukan untuk menjawab  kemusykilan dalam hati mereka... dan apabila jawapan yang diberikan agak bercanggah dan tidak tepat .maka saya bimbang si tukang tanya mengambil jawapan anda itu sebagai jawapan kepada soalan dia...YA !!!....memang kita kata mustahil...tetapi benda-benda mustahil yang banyak berlaku sekarang ini....

salam....






No comments:

Post a Comment