Friday, March 2

Cinta dan Remaja

Assalamualaikum.

Ini ialah entry pertama saya di blog ni. Masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dengan environment baru tapi saya akan cuba untuk menulis dengan terbaik. InsyaAllah.


"Jangan sesekali kalian; Lelaki- menyentuh wanita. Terutama hatinya."- 
  -Nasihat seorang imam-.



Tak tahu kenapa dari dulu lagi, saya begitu berpegang teguh dengan nasihat di atas yang datang dari seorang imam. Mugkin kerana bila pertama kali saya mendengar nasihat ni, saya dapat rasakan yang ianya begitu dekat dengan jiwa remaja saya, begitu kena dengan hati perempuan saya dan begitu hampir dengan naluri wanita saya.

Cinta Remaja? Pandangan seseorang tentang cinta remaja mungkin berbeza-beza.  Apa yang bakal saya tulis hari ini ialah tentang pandangan saya sendiri tentang cinta dan jugak cinta remaja.

Pertama sekali, pandangan masyarakat tentang cinta perlu diperbetul. Bila kita sebut tentang "cinta/jatuh cinta" umumnya apa yang akan kita bayangkan ialah satu couple yang berdua-duaan, berpegang tangan dan ke arah itu yang saya rasa semua orang faham maksud saya.

Apa yang saya mahu tekankan ialah bukan semua orang begitu. (walaupun saya mengaku ramai yang ke arah itu ). Cinta pada usia remaja bukan hanya berpaksi kepada cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan. Cinta remaja bukan hanya melibatkan hubungan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki ajnabi. Tetapi cinta ialah segalanya. Cinta remaja mungkin sahaja cinta seorang hamba kepada penciptaNya. Cinta remaja mungkin merupakan cinta seorang anak kepada ibu bapanya. Cinta seorang remaja mungkin merupakan cinta seorang kakak kepada adik-adiknya. Mungkin juga cinta seorang adik kepada kakak dan abang-abangnya. Apa yang saya boleh katakan ialah cinta pada usia remaja ialah cinta kita pada setiap orang yang kita sayang.

Itu pandangan saya sahaja.

Dan bagi saya cinta itu luas maksudnya, sangat abstrak dan begitu mendalam maksudnya. Tak wajar kita menyempitkan pemikiran kita tentang maksud "cinta" dengan benda-benda yang haram yang sering kali disalah ertikan dengan cinta.

Umpamanya, satu pasangan yang ditangkap berdua-duaan bila ditanya kenapa buat macam ni. Jawapan yang paling common yang kita biasa dengar ialah- "Kami saling mencintai". Pada saya ini bukan cinta! Ini ialah benda lain yang mempengaruhi pemikiran kita yang kita sendiri selalu salah ertikan dengan cinta. Cinta tak mengubah sesuatu yang haram menjadi halal tidak kerana dalam apa jua keadaan sekali pon.

Satu pasangan yang tidak ada ikatan yang halal berpimpin tangan di pusat membeli beleh- cinta.
Seorang suami memimpin tangan isteri sambil mendukung anak mereka- juga cinta.
Pada satu masa dulu, saya sendiri keliru tentang maksud cinta yang sebenar. Apa itu cinta. Saya pernah lontarkan kemusykilan saya tentang cinta pada seorang ustaz. Saya tanya "Ustaz, cinta ni benda yang salah ke?"

"Demi Allah, sesungguhnya jika kepala salah seorang dari kalian ditusuk dengan jarum dari besi, maka itu lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya."

Hadis Riwayat Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (486)

Beliau memberi jawapan yang saya rasa sangat tepat tentang cinta. "Cinta tak salah. Cinta ialah sesuatu yang semulajadi dan natural. Kita tak minta untuk jatuh cinta dan cinta merupakan fitrah manusia."

sumber gambar.

Islam tidak pernah mengharamkan sesuatu yang fitrah. Dan jatuh cinta ialah fitrah manusia. Jadi pada pandangan saya, Islam tidak mengharamkan cinta. Tidak. Tetapi Islam mengharamkan zina dan perbuatan ke arah zina. Cinta tidak haram. Cinta yang sentiasa menghidupkan kita setiap hari. Cinta itu sendiri yang membawa kepada perkahwinan dan cinta juga yang membawa kebahagiaan kepada sesebuah perkahwinan. Jadi jika cinta disalurkan pada tempat dan masa yang betul, cinta itu tak salah.

Mungkin padangan saya agak liberal kan? Hahaha. Tapi secara jujur itu pandangan peribadi saya.

Walaubagaimana pon, sejauh mana kita cuba menjaga perbuatan kita agar tersimpang jauh dari zina. Kadang-kadang kita mungkin akan tersasar sedikit dari landasan yang betul. Ini yang menyebabkan ramai golongan alim ulamak yang mengharamkan proses bercinta dan lebih kepada bercinta selepas kahwin. Saya juga tidak menolak pandangan ini malah menyokong seratus peratus.

sumber gambar.

Jadi secara konklusinya, pada pandangan saya cinta itu tak salah cuma kita ni khususnya golongan remaja tak seharusnya menyalah ertikan cinta dengan benda lain yang menyebabkan maksud cinta itu sendiri tersasar. Cinta itu boleh tapi kita mestilah menjauhi zina dan perbuatan ke arah penzinaan.

Tapi, bagi golongan yang belasan tahun khususnya masih bersekolah tu bagi saya tak perlu la nak bercinta-cinta bagai ni. Fokus pada pelajaran dulu, bila dah ada kerjaya yang mantap dan income yang kukuh. Barulah fikir soal cinta ni. Kalau rasa dah suka kat seseorang tu simpan dulu, kalau tak tahan sangat puasa. Okay?

Masa saya sekolah dulu, ramai jugak kawan-kawan yang bercinta masa sekolah. Hahaha. Dan saya selalu jugak dilantik sebagai "doktor cinta" walaupun tak berapa nak pakar soal cinta ni. Sesetengah daripada diorang ada masalah bila parents macam tak berapa nak bagi bercinta masa sekolah. Sebenarnya ada sebab mak bapak kita tak bagi bercinta masa sekolah ni.
  • Tak boleh nak fokus pada pelajaran. Makan ingat dia, tido ingat dia.
  • Duit mak suruh beli makanan guna buat topup takpun belanja makwe dia makan.
  • Selalu mengantuk dalam kelas sebab tiap-tiap malam bergayut phone sampai pagi macam mana tak tido.
Banyak lagi alasan yang saya rasa ada jugak betulnya kenapa budak-budak belasan tahun ni tak sepatutnya bercinta. Belum masuk lagi part putus cinta, menangis macam apa lagi. Last-last tak sampai sebulan dapat awek/pakwe lain. Adeeei.

"Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan." - Hadis Riwayat Tirmidzi.

Saya rasa setakat ini sahaja entri saya malam ni. Terima kasih kerana sudi membaca entri pertama saya yang tak seberapa ni Saya sendiri masih belajar dan kalau memang ada salah silap, saya sudi untuk dibetulkan. Apa yang saya tulis merupakan pandangan peribadi saya sendiri sahaja.

Terima kasih. :)

Liyana Izzati.

2 comments: