Sunday, February 26

Memasang Wifi hotspot sendiri dirumah


Kepada pembaca yang mempunyai sambungan broadband dirumah (Streamyx, Penangfon, etc),tahukah anda bahawa anda dapat menjadikan rumah anda sebagai zon WIFI hotspot seperti yang banyak terdapat di restoran-restoran mamak, cybercafe dan lain-lain. Dengan sedikit kelengkapan dan kemahiran,anda dapat menyiapkan Wifi hotspot sendiri dengan mudah. Kelebihan : 1.Jika dahulu hanya sebiji komputer atau laptop dapat mengakses internet, kini semua komputer dan laptop dirumah anda dapat mengakses internet serentak! 2.Jika rumah anda adalah rumah dua tingkat, tidak menjadi masalah untuk komputer dan laptop samaada ditingkat bawah / atas untuk mengakses internet asalkan mempunyai antena wireless. 3.Dapat bermain game LAN beramai ramai jika mempunyai banyak PC.Contohnya game Counter Strike, Red Alert, Dota, dan lain-lain. 4.Dapat berkongsi file-file dengan seisi rumah dengan mudah. Jika anda berminat untuk mengetahui caranya, ikuti tutorial ini :) Tutorial ini khas untuk pengguna streamyx yang menggunakan modem biasa (bukannya Wireless Modem) Kelengkapan yang diperlukan : 1.Wireless Router 2.Kabel LAN (2 unit) Langkah-langkah :Bahagian A – Sambungan hardware 1.Dapatkan Wireless Router dimana-mana kedai komputer.Sekiranya anda mencari wireless router yang agak murah dan mempunyai perfomance yang baik, saya sarankan anda membeli wireless router Belkin.Boleh didapati di Plaza Lowyat dengan harga rm99. Wireless Router Belkin :









No comments:

Post a Comment