Untuk menghasilkan apps untuk Android, kita memerlukan IDE yang sesuai untuk tujuan pembangunan apps tersebut. IDE yang paling sesuai untuk digunakan ialah Eclipse yang mana ia boleh di dapati secara percuma, mempunyai banyak plugin tambahan serta boleh digunakan pada mana-mana sistem operasi; Linux, Windows ataupun Mac OS. Google yang merupakan penyumbang terbesar untuk Android juga menggalakkan penggunaan Eclipse.
Kali pertama saya cuba memasang Eclipse dan ADT (Adroid Development Toolkit) plugin di dalam Ubuntusaya, menu Android Project tidak kelihatan sama sekali di dalam Eclipse. Saya cuba mencari penyelesaian dengan Google, tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Setelah mencuba beberapa kali akhirnya jumpa jalan penyelesaiannya; kita tidak boleh memasang Eclipse pada direktori Home kita.
Jadi kali ini saya ingin tunjukkan cara cara memasang Eclipse dan ADT plugin di dalam Ubuntu, dan saya akan gunakan Eclipse yang saya muat-turun dari laman web rasminya, bukan yang di pasang melalui Ubuntu Software Centre.
Pada laman web rasmi Eclipse, muat turun Eclipse Classic 3.7.x (dapatkan versi terkini). Simpan fail tersebut pada direktori yang mudah untuk dicapai kemudian, sebagai contoh di dalam direktori Downloads. Pastikan anda memilih platform yang sesuai dengan Ubuntu anda.
Langkah 2: Pasang Eclipse
Dengan menggunakan Terminal, gunakan arahan seperti yang di bawah untuk memasang Eclipse ke dalam direktori /opt.
$ sudo tar -xvzf ~/Downloads/eclipse-SDK-3.7.1-linux-gtk-x86_64.tar.gz -C /opt
Sila tukarkan nama direktori dan juga nama fail mengikut kesesuaian komputer anda.
Langkah 3: Muat turun Android SDK
Lawati laman web berikut untuk muat turun Android SDK yang kita perlukan nanti. Tanpa SDK ini kita tidak boleh menghasilkan apps untuk Android kerana semua API yang kita perlukan untuk pembangunan apps terdapat di dalam SDK ini.
Android SDK
Sila dapatkan versi terkini.
Langkah 4: Extract SDK
Untuk Linux, kita tidak perlu memasang SDK ini seperti pada Windows, kita hanya perlu extract SDK ini dan letakkan pada mana mana direktori yang mudah untuk dicapai nanti. Untuk contoh ini, saya letakkan di dalam direktori ~/Workspace pada komputer saya
Kita memerlukan beberapa lagi tools tambahan untuk dimuat turun. Tetapi kita akan muat turun menggunakan SDK yang baru kita extract tadi.
Klik dua kali pada fail ~/Workspace/android-sdk-linux/tools/android dan pilih Run pada kotak dialog yang keluar.
Seterusnya pada Android SDK Manager, pilih tools yang perlu kita muat turun. Rujuk gambar di bawah. Tekan butang Install Package.
Langkah 6: Set Environment Variable
Seterusnya, buka fail ~/.profile dan masukkan kod berikut pada bahagian bawah fail tersebut.
export PATH=$PATH:~/Workspace/android-sdk-linux/tools:~/Workspace/android-sdk-linux/platform-tools
Tukarkan direktori pada kod di atas dengan direktori anda sendiri.
Langkah 7: Pasang plugin WST
ADT plugin memerlukan plugin tambahan lain untuk berfungsi iaitu , jika plugin ini tiada, kita tidak akan dapat memasang plugin yang kita perlukan nanti.
Buka Eclipse yang baru dipasang tadi, pergi ke menu Help > Install New Software…, dan tekan butangAdd. Masukkan maklumat seperti di bawah ini:
Kita perlu tunggu beberapa minit untuk membenarkan Eclipse mendapatkan maklumat tentang plugin yang tersedia di dalam repository ini.
Langkah 8: Pasang plugin ADT
Selesai
ADT plugin memerlukan plugin tambahan lain untuk berfungsi iaitu , jika plugin ini tiada, kita tidak akan dapat memasang plugin yang kita perlukan nanti.
Buka Eclipse yang baru dipasang tadi, pergi ke menu Help > Install New Software…, dan tekan butangAdd. Masukkan maklumat seperti di bawah ini:
Setelah selesai, anda akan dapati banyak pilihan plugin yang ada, tetapi apa yang kita perlukan hanyalah:
WST server Adapters
Pilih plugin ini yang berada di dalam bahagian Web, XML, Java EE and OSGi Enterprise Developmentdan klik butang Next untuk memasang plugin ini.
Langkah 8: Pasang plugin ADT
Setelah selesai memasang plugin WST server Adapters tadi, kita perlu menambah repository untuk ADT plugin. Buka menu Help > Install New Software…, dan tekan butang Add. Masukkan maklumat seperti di bawah ini:
Selepas itu, kita perlu menunggu beberapa minit untuk membenarkan Eclipse mendapatkan maklumat tentang plugin tersebut. Setelah selesai, pilih Developer Tools dan tekan butang Next untuk memasang plugin tersebut.
Selesai
Setelah selesai memasang semua plugin yang diperlukan, anda kini boleh gunakan Eclipse ini untuk membina apps untuk Android.
No comments:
Post a Comment